Namun tidak pasti dan tidak diumumkan di khalayak sama ada tahanan itu sudah ditangkap atau dihantar pulang ke negara asal ataupun belum.
Tahanan pendatang haram ini yang datang dari beberapa negara seperti Myanmar, Nepal, lran, Nigeria, Vietnam, Pakistan, Afghanistan, Indonesia, India, China dan Bangladesh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos perbelanjaan makan minum, perlindungan, perubatan dan pelbagai lagi, mencecah jutaan ringgit setiap tahun.
Adakah ini tidak merugikan wang rakyat? Bagaimanakah dengan akta pencegahan yang diluluskan di Parlimen dulu?
Sebagai rakyat, kita tidak mahu masalah yang mengancam keselamatan negara dan orang awam dipandang remeh. Satu mekanisme drastik, tegas dan berani wajar dilakukan oleh kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Pelaksanaan hukuman sebatan patut dipraktikkan bagi pendatang asing ini. Menghantar pendatang asing dengan segera ke negara masing-masing dan menyenaraihitamkan nama mereka agar tidak melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen tanpa kompromi wajib dilakukan jika mahu mengelakkan kejadian sama berulang setiap tahun. (sumber: DR. RAJIEE HADI, BH, 7/3/11)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan