"Saya masih sayang Nor'aini bahkan, tiada niat menceraikannya, walaupun banyak
tuduhan dilemparkan pada hari ini."Dramatis terkenal, Shaharuddin Tambi, 54, meluahkan demikian ketika ditanya
oleh Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin sama ada beliau bersetuju dengan
permohonan cerai secara baik yang difailkan oleh isterinya, Nor'aini Muhammad,
51.
Shaharuddin memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini, isterinya yang pernah menghidap kanser rahim sering mengalami tekanan emosi.Tambah artis tersebut, Nor'aini memerlukan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan, bagaimanapun enggan mematuhi nasihat dan arahan doktor.
"Walaupun dia bersikap demikian, perasaan kasih dan sayang saya terhadapnya tidak pernah berubah," jelas Shaharuddin yang pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-10 menerusi filem Bintang Malam pada 1992.Terdahulu, Nor'aini memberitahu mahkamah, alasan dia memohon cerai antaranya tiada persefahaman selain mendakwa tidak mendapat hak sewajarnya sebagai seorang isteri.
Ekoran pelbagai alasan yang diberikan, Shaiful Azli memerintahkan pasangan itu menjalani sesi kaunseling di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dalam masa terdekat. Beliau menetapkan 15 Jun ini untuk sebutan semula bagi mendengar laporan kaunseling tersebut.Shaiful Azli sempat menasihati plaintif dan defendan supaya berusaha memperbaiki hubungan setelah berkahwin selama 33 tahun sejak 25 November 1978. Pasangan tersebut yang tidak diwakili peguam syarie pernah bercerai pada 7 Ogos 1984, namun rujuk kembali keesokan harinya dan dikurniakan tiga orang zuriat. (sumber: UM, 27/4/11)

1 ulasan:
l.ADALAH betul dan tepat mana-mana pasangan yang memohon penceraian WAJIB menghadiri kaunseling dahulu dan mendapat surat pengesahan telah hadir kaunseling baru layak buka fail mohon penceraian.lni salah salah tujuan ini untuk tidak menggalakkan penceraian.
2.Tidak wakili peguam syarie itu hak masing-masing. Peguam syarie swasta kebanyakannya 'cekik darah' kena caj tinggi,mahal dan pentingkan duit/wang dan bersikap kebendaan.
3.Hakim dan pendakwa jangan emosional..stabilkan jiwa anda dahulu!!!!Anda penjawat awam..kena patuhlah prosedur kerja.
Catat Ulasan