MENURUT Kamus Dewan (DBP: 2005 : 719 ) Keling bermaksud I IB paku besi yang berkepala dua (untuk melekatkan dua keping besi); Mengeling iaitu melekatkan (menyatukan) besi dengan menggunakan keling.
Keling II sl sj kapal.
Keling III 1. sl sebuah empayar di pantai Coromandel Semenanjung India yang disebut Kalinga dan Telingana, yang terkenal dengan pelayar atau pedagang yang datang ke Asia Tenggara seawal abad ke-3: maka kata Bendahara . "Apa maksud Orang Kaya Saudagar datang ke Melaka ini, kerana tanah keling dan tanah Melaka ini terlalu jauh pelayaran?" ;
2. sl panggilan bagi orang (pedagang, pelayar) yang berasal dari Kalinga dan Telingana yang datang ke Tanah Melayu seawal abad ke-3: adapun pada masa itu Holanda dan orang Cina dan orang Keling pun semuanya datang persembahkan perrmainannya berbagai-bagai rupanya dan lakunya.
3. Kd. Pn Orang India yang beragama Islam ; keling pelikat orang India yang beragama Islam.
Justeru bagi TB tidak ada unsur-unsur menghina kepada sesiapapun .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan