SAYA terima maklumat ,kenyataan Presiden Perkasa Datuk lbrahim Ali ini berhubung isteri mengabaikan suami punca hubungan sulit telah mengundang pelbagai reaksi khususnya respons marah-marah daripada sebilangan besar golongan wanita.
Jika YB Bung Mokhtar berhujah menyentuh tentang cara pemanduan kaum wanita yang banyak menyebabkan faktor kemalangan lantaran ketidakcekapan juga menerima kritikan daripada golongan hawa maka tidak kurang juga dengan YB lbrahim Ali.
Sebenarnya dari segi ilmu psikolinguistik iaitu berhubung dengan adanya hubungan antara bahasa dan fikiran maka kedua-dua telah berjaya menggunakan bahasa dan gaya bahasa atau stilistik bagi menarik perhatian yang menyentuh hati nurani psikologi wanita.
lnilah yang dikatakan kebijaksanaan KBKK atau nama penuh dalam ilmu pedagogi pendidikan ialah Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis. Tanpa diduga Bung dan lbrahim telah mengaplikasikan KBKK dan bersifat provokatif.
Tidak ramai yang dapat menyelami bahawa Bung dan lbrahim juga menggunakan elemen isu ini bagi tujuan sindiran dan sinisme. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa bahang pedasnya. Usahlan Bung dan lbrahim gusar. Mujur Bung tidak terpancul hujahnya di dalam dewan rakyat bahawa antara faktor ketidakcepatan wanita memandu khususnya kerana ramai golongan wanita memandu laju secara membuta tuli disebabkan mengalami gangguan psikoseksualiti.
Maksudnya dewasa ini ramai wanita mengalami ketidakpuasan dalam hubungan seksual antara pasangan masing-masing.Jangan marah saya kerana saya percaya ada pakar-pakar dalam bidang seksualiti telah atau akan melakukan penyelidikan lapangan berkaitan hipotesis ini.
Hujah lbrahim Ali juga secepat kilat menerima kritikan banyak penjuru daripada kaum hawa.Sebenarnya jika kita buangkan sifat hipokrit,fasik dan munafik, rata-ratanya golongan lelaki bersetuju bahawa hampir 90% lelaki yang baligh,sihat dan waras di minda mereka memikirkan dan mengutamakan seks. lni sejajar dengan teori libido. Bahkan dalam lslam ini adalah fitrah Azawajalla.Sebab itu Nabi Muhamammad SAW ada berpesan bahawa jika seseorang suami apabila berada di luar rumah jika bernafsu melihat wanita lain maka pulanglah mendapat isteri masing-masing.
lni menunjukkan bahawa nabi menyedari tentang fitrah kejadian kaum lelaki ini. Sebab itu lslam mengajar umatnya jika tidak ada daya tahan maka berpuasalah,zikirullah dan bernikahlah satu,dua,tiga atau empat berdasarkan kemampuan masing-masing.
Kemampuan pula bukanlah berdasarkan berfokuskan kepada kebendaan sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah memiliki sifat-sifat mahmudah, daya juang dan daya tahan dalam apa jua cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
Sebenarnya baik Bung mahupun lbrahim, sekilas pandang kenyataan mereka menyebabkan ramai yang melenting marah membara. Namun sebenarnya ada yang tersirat di sebalik kata-kata menjerat. Dalam ruangan yang terbatas ini tidaklah perlu saya mempericikan secara detail.Tahniah Bung dan lbrahim! (sumber: Dr Rajiee Hadi, Kuala Lumpur)
.
|
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.
11 April 2011
BUNG MOHKTAR & IBRAHIM ALI : TAHNIAH !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan