TB tidak tergamak menyiarkannya berita gempar yang TB perolehi lewat tengah malam tadi.Apatah blog TB sejak dahulu bersikap neutral dan tidak memihak.lni pun TB beritahu kerana berdasarkan fakta dan nilai berita.
TB tidak tergamak. Pembaca budiman yang mahu mengetahui dan menilainya bacalah portal berita internet HARAKAHDAILY.net. lngat bukan UTUSAN MALAYSIA. Jika Utusan; tentulah pembaca sudah beranggapan lain.Dengan kemaafan- (kemungkinan menjelang siang hari; berita itu telah dipadamkan daripada portal Harakahdaily bukan mustahil)- Ya Allah hanya pada-Mu kami berserah sama ada palsu atau benar. Jauhilah kami daripada fitnah dan hasad dengki sesama kami. (TB)
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.
30 April 2013
29 April 2013
DUN GAMBIR LEDANG PAS BOLEH TAWAN DENGAN SYARAT......
SUDAH dua penggal M.Astojan (BN-MIC) mewakil DUN GAMBIR dalam parlimen Johor kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. Apakah kali ini membuktikan lagi Melayu sebenarnya majoriti dalam minoriti? Maksudnya walaupun Melayu adalah majoriti, tetapi diwakil wakil lndia daripada MIC yang mana nikmat pembangunan pesat yang melimpah-ruah tetapi dimonopoli dan diraut oleh kaum Cina di DUN Gambir. Apakah kali ini merubah segala? Apakah pemimpin UMNO di Bukit Gambir terus 'tutup mulut' dek kenyang dalam kesenyapan?
Kali ini PAS mengemukakan calon seorang intelek dan berintegreti' Dr Mahfouz. Tidak salah jika kali ini pengundi Melayu/lslam memilih beliau atas nama ketokohannya , atas nama individu itu.Tidak salah jika kali ini pengundi lslam mahukan seorang 'khalifah merangkap imam' bagi mengemudi kehidupan dunia dan akhirat.Namun kehadiran calon Bebas boleh 'kacau daun' juga.
Apapun PAS Gambir wajib bekerja keras. PAS Gambir wajib mendekati semua pengundi;tidak kira pengundi lslam ataupun bukan lslam.Tidak kira Melayu, Cina ataupun lndia. Semua petugas Pas mestilah positif. Pendekatan 'dari rumah ke rumah' adalah wajar. Tahu menyebut sepatah dua bahasa suku kaum Jawa adalah suatu kelebihan.Tahu menyenaraikan nama-nama makanan atau kuih-muih masyarakat Jawa juga sesuatu yang wajar. Sudah tentu Wak Tukiman, Pak Giman Lek Samingan, Kak Penah, Wak Jaman, Saerah, Suminah dan Sukaimi di Bukit Gambir atau Sengkang akan tersenyum gembira.
Pas juga patut berkempen secara berbisik-bisik.Pohon semua pengundi bersepakat,bersatu hati. Beritahu pengundi vateran akan hakikat semasa. Usah mengumpat dan memburuk-burukkan pihak lain. lni banyak memberi kesan seperti perang saraf. Mengedarkan pamlet, flyer, dan apa jua bahan ringkas terutamanya biodata calon Pas adalah boleh memberi kesan. Sebagai 'think tank' pilihan raya pada masa lalu; TB yakin berbekalkan pengalaman lalu; dan azam,semangat kuat dan kesepakatan petugas Pas maka tidak mustahil Dun Gambir kali ini adalah milik Pas.
Takbir!

28 April 2013
SELAMAT DATANG NAJIB KE BANGI
SELAMAT datang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke DUN Bangi, Selangor. Itulah harapan dan penantian para pengundi DUN Bangi. DS Najib Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor kini giat 'meronda' berkempen seluruh Negeri Selangor.Misi menawan Selangor giat dilakukan walaupun dalam kesibukan beliau berkempen di negeri-negeri lain.
Di Selangor Najib terus mengumumkan manifesto dan akujanji tambahan seperti memberi peruntukan pembinaan dewan di SJK Tamil di ljok.Begitu juga dalam siri lawatan beliau ke daerah-daerah lain.
Namun pengundi Parlimen Serdang khususnya di DUN Bangi masih terus menanti Najib mengumumkan pembinaan jalan baru di Bandar Baru Bangi, tambahan peruntukan untuk Sekolah Rendah Agama lntegrasi (SRAI) Bandar Baru Bangi dan sebagainya. Dengan memberi bantuan kepada SRAI tidaklah ibu bapa terbeban dengan bayaran 'paksaan' PIBG 'secara bulanan' dan bayaran yuran tambahan (sekarang: semua sekolah di bawah KPM; percuma tiada yuran persekolahan). Perhatian ini penting agar SRAI dalam Selangor tidaklah bagai dianaktirikan jika dibandingkan SJK Tamil dan SJK Cina.
Begitu juga pengundi DUN Bangi masih menanti pembangunan semula pekan Bangi dan masjid kampung Bangi lama yang daif dan uzur. Begitu juga pengundi amat berharap Najib dapat mengumumkan langkah drastik bagi pembinaan segera masjid kariah bagi warga Bandar Seri Putra dan masjid kariah Bandar Bukit Mahkota,Bangi yang sudah lebih 5 tahun terbengkalai.
Rakyat DUN Bangi kini bersemangat menanti 'pintu masuk' Bangi bagi menanti Najib mengotakan bahawa rakyat didahulukan. DUN Bangi bukanlah DUN panas sepanjang masa jika bijak didekati dengan penuh hemah dan budi bicara. Selamat datang DUN N26 Bangi parlimen Serdang! (oleh TB).

DUN LENGGENG : CALON PAS MASUK HOSPITAL
CALON Pas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar,49, kini dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur semalam dipercayai mendapat serangan angin ahmar.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd. Khairil Anuar Wafa mengesah calon itu dirawat di ICU bagaimanapun tidak menyatakan hospital mana di Kuala Lumpur.
"Saya memang dimaklum Zulkefly dalam ICU, tetapi tidak pasti di hospital mana," katanya di sini hari ini.
Mohd. Khairul merupakan calon Pas di DUN Labu pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini. (sumber:Kosmo,28/04/13)
DUN SEROM LEDANG: CALON BELUM BERGERAK
SEMALAM 27 April, TB terima laporan daripada sebilangan besar warga emas di kawasan Serom terutamanya di Sungai Mati, Serom l,2, dan 3 bahawa calon BN DUN SEROM Abdul Razak Minhat belum pun bergerak dari pintu ke pintu untuk menemui para pengundi khususnya menemui warga emas.
Apa sudah jadi Abdul Razak? lnilah masanya setiap calon menunjukkan komitmennya.Walaupun DUN SEROM kawasan selesa namun menang atau kalah; tujuan menjadi calon atau wakil rakyat biarlah niat kerana Allah.lni bagi menunjukkan keberkatan yang akan kita peroleh kelak daripada Yang Maha
Berkuasa.
TB diberitahu bahawa Abdul Razak akan menemui setiap warga emas yang berusia 60 atau 70 (tidak berpencen) ke atas bagi merekodkan nama mereka yang 'terlepas pandang' agar dapat diketengahkan bagi skim bantuan Jabatan Kebajikan Msyarakat daerah setiap bulan dan skim bantuan lMKarisma.
lnilah 'assigment' awal bakal calon bagi menunjukkan keprihatinan bagi membuktikan slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN'. Sayugia diingatkan mulai PRU 13 ini dan seterusnya zaman mendahulukan kroni suku-sakat telah berakhir.Jika tidak mendahulukan rakyat ini bermakna wakil rakyat tersebut telah 'menderhaka' kepada parti yang didukungnya dan pemimpin parti yang diwakilinya. Justeru sudah tentu peluang menjadi YB hanya sepenggal sahaja dan aduan boleh terus diajukan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Pengerusi BN. Beringat-ingatlah...'zaman disaluti emas telah berakhir'...........(TB)

27 April 2013
PARLIMEN TANGGA BATU MELAKA: PETUGAS BN BOLEH TIDUR LENA
TB dapat khabar jauh dari suku-sakat di sana kerusi-kerusi DUN dalam parlimen Tangga Batu yang ditandingi BN khususnya UMNO dalam kedududukan 70% selesa ini.lni memberi laluan mudah bagi jentera pilihan raya BN yang diketuai oleh ldris Haron (Datuk) di kawasan tersebut.
Apapun jika kita ikhlas mahu menabur bakti kepada agama,bangsa dan negara serta beriltizam tidak melakukan rasuah dan pecah amanah, selain sentiasa berakhlak mulia maka tidak ada sebab kita tidak boleh dipilih menjadi wakil rakyat.
Kepada ldris Haron, jika tersua jika mahu mengenali TB bolehlah bertemu sekadar makan berlaukkan asam pedas Melaka yang menjadi kegemaran TB. ltupun amat bersyukurlah. TB.Selamat maju jaya!

26 April 2013
HERMAN TINO UMPAMA PELITA DALAM KABUS DI TANJUNG KARANG ?
WALAUPUN ditentang oleh isterinya sendiri, penyanyi dangdut tempatan, Masrun Tamsi, atau nama popular Herman Tino tetap bertekad untuk bertanding di Parlimen Tanjung karang atas tiket Bebas.
Terkini, penyanyi berusia 59 tahun itu didakwa telah ditaja oleh parti pembangkang untuk menjatuhkan parti Barisan Nasional (BN). Dakwaan tersebut, walaubagaimanapun disangkal oleh Herman yang menyatakan bahawa beliau masih berasa terhutang budi kepada Barisan Nasional (BN) yang sering memberikan pertolongan kepadanya. Tambahnya lagi, keputusannya untuk bertanding diambil hanya dalam tempoh 24 jam.
"Namun atas dasar ketidak puasan hati terhadap segelintir pemimpin yang tidak memandang kewujudan saya sebagai anak seni dan penduduk tempatan, hati saya jadi marah, seterusnya menjadi punca tindakan bertanding sebagai calon Bebas diambil," katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.
"Meskipun ramai menuduh saya membelot parti dan dikritik teruk semua yang memungkinkan mata pencarian sebagai artis selepas ini lenyap, namun semua itu saya terima dengan hati terbuka."
Jelasnya, bukan niat beliau untuk menentang pihak kerajaan sama sekali mahupun terlibat dalam dunia politik yang ternyata memakan banyak wang untuk berkempen.
"Saya tiada wang yang banyak untuk dijanjikan kepada pengundi sekiranya menang nanti, tetapi saya mampu menjanjikan jambatan kasih sayang untuk memulihkan hubungan orang ramai yang kini dilihat rosak kerana taksub dengan fahaman politik masing-masing," katanya.
Dalam usahanya untuk berkempen, pihaknya yang bergantung kepada dana tertentu juga terpaksa menggadaikan harta-benda. Di samping itu, Herman turut mendapat sokongan para sahabat yang mana beliau telah memperoleh wang deposit untuk bertanding selepas dua daripada mereka menggadaikan kereta bernilai RM10,000.(sumber:YahooMalaysia, 26/04/13)
RAIS YATIM MAHU UBAH?
Slogan yang dibawa oleh pembangkang iaitu''Ubah Kali
Ini'' atau ''Mari Kita Ubah'' tidak terasas kepada realiti, kata Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaah Datuk Seri Dr Rais Yatim. Katanya, keperluan mereka untuk mengubah kerajaan adalah langkah
pembangkang yang biasa.
"Mereka tidak kira apa kebaikan yang telah kerajaan Barisan Nasional
(BN) lakukan, cuma mereka mahu menggalakkan perubahan itu dari kaca mata sempit mereka.
"Tetapi kalau rakyat meneliti rekod pencapaian kita secara fizikal, misalnya di Jelebu sendiri dalam lima tahun kebelakangan ini, lebih dari
RM42.8 juta kita ''curahkan'' untuk pembangunan kepada rakyat Jelebu dan
faedahnya telah diterima oleh rakyat.
"Tetapi apa yang pembangkang boleh ubah? Jadi sistem pemikiran ini
harus ada pada setiap insan dan tidak hanya menerima slogan kosong dan setiap
kata-kata yang dihanburkan mesti dilengkapkan dengan rekod, data dan dengan perkara
yang telah dialami...ini tidak ada pada slogan pembangkang," katanya
kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan Parlimen Jelebu di Simpang Pertang dekat
sini,
hari ini.
Beliau sebelum itu menikmati ''minum petang'' bersama pemimpin masyarakat Melayu, Cina dan India di sebuah kedai kopi di Simpang Durian dalam siri
kempen beliau membantu calon BN.
Turut hadir ialah calon BN bagi kerusi Parlimen Jelebu Zainudin Ismail dan
calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang Datuk Jalaluddin
Alias.
-- LAGI
RAIS-SLOGAN 2 (AKHIR) JELEBU
Oleh itu, Rais berkata kekosongan ini harus dirasai oleh rakyat dan tidak ada pilihan bagi rakyat selain daripada menegakkan kebenaran dan
memunculkan data BN yang berupa sumbangan dari kerajaan serta melihat keluarga masing-masing.
"Dari situ kita nampak apa BN sudah buat dan kita tidak hairan kalau
pucuk pimpinan pembangkang datang ke Jelebu atau ke Seremban sebab jual ubat
kosong. Ini sesungguhnya cara mereka menarik perhatian tetapi dalamnya tidak ada
isian," katanya.
Sementara itu, Zainudin yakin BN akan beroleh kejayaan di Parlimen Jelebu dan empat kerusi DUN di bawahnya iaitu Chennah, Pertang, Sungai Lui dan
Klawang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini kerana sokongan rakyat yang
padu.
"Antara faktornya ialah kerana di sini tiada isu besar boleh
dibangkitkan oleh pembangkang. Keseluruhan penduduk Jelebu umumnya sudah boleh menilai
di antara yang baik dan tidak baik.
"Mereka sudah sekian lama bernaung di bawah BN dan sudah banyak bukti sebenarnya tentang pembangunan, kemajuan, kenikmataan dan keselesaan
rakyat di bawah BN. Jadi, soal nak ubah itu saya fikir di Jelebu tidak menjadi satu perkara yang menarik bagi rakyat," katanya.
Bagi Jalaluddin pula, masyarakat di DUN Pertang akan bersama BN kerana mereka sudah merasai tentang transformasi yang dibuat oleh kerajaan kerana
ini memberi kesan yang baik yang turut dirasai masyarakat luar bandar. (sumber: Bernama, 26/04/13)
25 April 2013
AKUJANJI BN MAHU BENDUNG PENDATANG ASING?
BARISAN NASIONAL (BN) patut menyebut dalam akujanjinya bagaimana mahu membendung kemasukan menggila pendatang asing ke negara kita. Kemasukan pendatang asing ke Malaysia ada yang dikategorikan pendatang tanpa izin/haram (PATI), pendatang tanpa permit, pendatang langgar pas lawatan sosial dan pendatang yang menyalahi peraturan-peraturan lain imigresen.
BN sebagai kerajaan yang memerintah 55 tahun sepatutnya ada pelan pembangunan yang terkawal dan tidak amat bergantung kepada pendatang asing. Mencontohi Singapura negara maju yang membangun era 1970-an adalah wajar. Singapura telah 'menghalau atau mengusir' pekerja-pekerja asing yang membanjiri republik itu suatu ketika dahulu. Apabila negara tersebut tidak lagi bergantung sangat kepada pekerja asing separuh mahir maka Singapura dapat membendung pelbagai gejala sosial yang kita sedia maklum.
Kini difahamkan jika kita meninjau di berapa lokasi hospital kerajaan contohnya Hospital Serdang, Selangor kini saban hari akan adanya kelahiran anak-anak pekerja lndonesia, Vietnam,Mnymar,lndia, Bangladesh, Filipina bahkan Afrika! Itu hanya contoh sebuah hospital.Dan bagaimana pula kelahiran di luar hospital dan seumpamanya? Tidakkah ini memberi impak masalah dan beban sosial pada masa akan datang.? Bak kata seorang teman; bukan mustahil pula 20-30 tahun akan datang asing permintaan kepada bahasa Vietnam pula akan diajukan tanpa segan-silu lagi di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan macam-macam perkara yang bukan mustahil kelak.
Justeru adalah bukan cerita lawak jika dikatakan pendatang asing kini telah 'menawan' negara kita dari Langkawi hingga ke Johor Bahru dan dari Perlis hingga ke Sabah. Pendatang Myanmar yang tidak kita sedar kehadiran mereka pun, ramai sudah ditangkap di Kuala Lumpur dan di Johor Bahru. Pendatang bangsa lain jangan dikata lagi. Bebas di mana-mana. Bahkan ada syarikat yang menggunakan pendatang haram sebagai "Pengawal Keselamatan".
Frasa 'menawan' bermakna mereka sudah 'menguasai kita' sehingga jabatan penguat kuasa pun tak begitu berkesan lagi menangani pelbagai kerenah jenayah mereka. Di Kuala Lumpur umpamanya, Datuk Bandar mengaku penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mampu mengambil tindakan terhadap pendatang yang berniaga di gerai. Ini kesalahan yang sangat kecil. Apatah lagi jenayah besar dan sofistikated.

(Gambar Hiasan Ketika Operasi Daulat di Lahad Datu,Sabah,Malaysia) |
Negara kita yang aman makmur dan sikap kita yang suka berbudi dan 'tak kisah apa nak jadi', mengundang macam-macam jenis pendatang dari seluruh dunia. Makin ramai, tak terkira jumlahnya. Pelbagai berita jenayah pendatang - yang serius - tersiar dalam televisyen dan akhbar hampir setiap hari - dah jadi macam cerita hiburan.
Semakin banyak koloni haram orang asing didirikan, terutama di sekitar Lembah Klang hingga ke Pulau Langkawi - termasuk mendirikan rumah batu - di atas tanah milik kerajaan, di pinggir pantai dan malah di atas tanah milik peribadi. Tidak nampak penguat kuasa, termasuk polis yang bertindak. Koloni ini dipercayai menjadi tempat persembunyian dan penampungan pendatang haram. Contohnya, "kampung orang Burma" di Pulau Langkawi - jelas terpampang di depan mata. Situasi ini bagaikan sudah jadi perkara biasa.Justeru kita tidak perlu berbuat apa-apa. Sebenarnya anggapan ini bukan silap sahaja tetapi merbahaya!
Tragedi yang tidak pernah terduga di Lahad Datu dan Semporna - jelas membuktikan bahawa pendatang yang kita sambut dan beri layanan istimewa, boleh membawa gerombolan pengganas bersenjata, menggugat kedaulatan dan keselamatan kita. Nyatalah, persamaan rumpun bangsa dan agama bukan suatu jaminan.
Kita terlupa pesan nenek moyang: "Buat baik berpada-pada. Ada musuh dalam selimut. Ada gunting dalam lipatan".
Sebagaimana kata Johan Jaafar:" Sudah terlalu lama we have taken things for granted. Kita terlalu bermurah hati; membenarkan mereka datang ke bandar-bandar, pulau-pulau dan wilayah kita. Ada kes-kes pencolekan dan pembunuhan. Masih juga kita menutup mata".
Mereka mendirikan kampung air dan kita tidak buat apa-apa tindakan. Tanpa kita sedar mereka sudah berada di mana-mana. Bandar-bandar di sempadan (termasuk di Semenanjung) jadi syurga orang asing. Kita terkejut melihat jutaan pendatang haram di keliling kita. (New Straits Times 16 Mac 2013).
Sebenarnya "kita" tak terkejut kerana "kita" tak pernah ambil kisah dan belum terasa ada bahaya. Walaupun Utusan Malaysia sering mengingatkan kita. Tiba-tiba Lahad Datu dan Semporna menyebabkan kita menangis tak berlagu. Berkempenlah kita memungut derma untuk anak-isteri perajurit yang terkorban. Lagu-lagu patriotik pun berkumandang semula di radio dan televisyen.
Menurut banci penduduk 2010, sebanyak 27.7 peratus (%) penduduk Sabah adalah bukan warganegara. Sekarang 2013 - sudah berapa peratus? Mana-mana negara pun yang mempunyai penduduk bukan warga negara begini ramai - apa lagi pendatang haram - lambat laun pasti akan ditimpa mala petaka bencana politik yang serius.
Beberapa tahun terakhir ini kita mengalami masalah sosial-politik yang semakin serius - akibat terlalu ramai rakyat yang asalnya pendatang - berjuang untuk mendapat lebih banyak kuasa politik. Pemimpin-pemimpin mereka juga masih kuat mempertahankan budaya, bahasa dan identiti asal mereka. Di Sabah, lebih serius lagi apabila ada pendatang yang menuntut Sabah adalah pusaka milik mereka.
Kata Presiden Benigno Aquino, terdapat 800,000 pekerja Filipina di Malaysia (sebahagian besar pastilah di Sabah). Di samping itu, menurut Mohd. Zaki Harry Susanto, Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk, ada 300,000 orang Suluk yang terdaftar sebagai warganegara Malaysia. Tiada yang pasti berapa ratus ribu pula pendatang haram, termasuk yang mendirikan koloni dan hidup bebas di pulau-pulau di perairan timur Sabah.
Wartawan NST, Desmond Davidson yang membuat tinjauan di Pulau Bum Bum menulis cerita yang menarik mengenai pendatang haram dari Sulu. Di pulau ini terdapat 50 kampung, dua daripadanya didiami pendatang Sulu. Jumlah mereka sekitar 200 orang, tetapi merekalah yang paling banyak menimbulkan kacau-bilau.
Suku Bajau - majoriti penduduk daerah Pantau Pantau - tidak senang hati kerana Sulu Filipina ini menduduki kampung itu tanpa mempedulikan undang-undang.
Kata Ketua Kampung, Bhogo Abad, "Mereka menanam jagung dan ubi kayu di atas tanah milik orang dan menganggap tanah itu milik mereka. Mereka membina surau sendiri. Tidak mematuhi peraturan agama yang ada dan tidak mengakui saya sebagai ketua kampung. Di pulau ini seperti di selatan Filipina - tidak ada undang-undang. Tidak ada polis."
Tragedi pencerobohan di Sabah ini, bukan lagi sekadar isu keselamatan tetapi telah menjadi masalah politik yang sensitif dan amat sulit ditangani. Di belakangnya ada persaingan merebut kuasa politik. Membabitkan pula hubungan dengan negara jiran tetangga. Menyukarkan pula kita membezakan antara orang "Sulu" dan "Suluk" - antara generasi Tun Datu Mustapha dan anak cucu mereka dengan generasi yang baharu tiba. Kesetiaan mereka masih di selatan Filipina, tetapi mahu terus menetap di Malaysia. Inilah akibat membiarkan pendatang 'menawan' kita.
Salah Kita Sendiri
Salah satu kesalahan besar kita ialah melunakkan panggilan "pendatang haram" sebagai "pendatang tanpa izin". Terlalu berbudi bahasa bukan pada tempatnya. Akibatnya kita merasa pendatang haram bolelah kita terima - bukan suatu kesalahan besar. Tiada membawa apa-apa bahaya. Sekarang kita lihat padahnya.
Kata bekas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan: "Pekerja asing terutama PATI (pendatang haram), tidak mempunyai ketaatan kepada Malaysia. Kalau terlalu banyak pekerja asing - kalau berlaku apa-apa - terdapat 'askar tersedia' di sini. Justeru kita perlu perketat penguatkuasaan untuk memastikan tiada lagi PATI (pendatang haram) masuk ke negara ini."
(Benarlah pemerhatian Musa, 'askar tersedia' sudah ada di Lahad Datu dan Semporna.)
Kata Musa, " Kalau tak silap saya, kita ada dua juta PATI, sedangkan polis 100,000 dan tentera 150,000. Cukupkah polis dan tentera hendak menghadapi mereka?" Jawab Musa, "Tak cukup!"
Tegasnya: "Kemasukan pelancong dan pelajar asing juga perlu dipantau dengan lebih ketat bagi memastikan mereka tidak menyalahgunakan kebenaran yang diberikan, untuk aktiviti jenayah. Kita mahukan pelancong bukan pelacur. Kita mahukan negara jadi hab pendidikan, bukan hab pengedar dadah." (Utusan Malaysia 19 Mac 2013).
Pesan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, insiden di Sabah ini "is a wake-up call for us, not only for the government but also the rakyat". Tidak saja di Sabah, tetapi di seluruh negara. Mesti bangun dan bertindak tegas macam "Ops Daulat".
Peristiwa hitam - ganas - kejam di Sabah ini sepatutnya benar-benar menyedarkan kita daripada terlena oleh kesenangan: Bahawa "pendatang haram" - dari mana juga - adalah "musuh kita". Mestilah ditangani dengan tegas - bersepadu dan sungguh-sungguh. Perdana Menteri sudah melancarkan tindakan tegas di Sabah. Tidak boleh lagi ada tindakan sambil lewa. lsunya kini dalam kempen-kempen PRU 13; baik BN mahupun PR adakah membangkitkan isu membendung kebanjiran pendatang asing ini?- ( oleh TBi dan sumber rujukan bebas daripada akhbar-akhbar tempatan)
24 April 2013
DUN LENGGENG PARLIMEN SEREMBAN KIAN KECOH
PELUANG BN mengekalkan DUN Lenggeng di Negeri Sembilan dengan mempertaruhkan panglima perang Umno negeri, Datuk Ishak Ismail kini semakin kurang jelas.
Ia kerana wujud penolakan daripada akar umbi Umno setempat diLenggeng terhadap pencalonan ketua Umno bahagian Seremban itu.
Perkara itu mula dikesan sejak beberapa hari sebelum penamaan calon apabila ahli Umno Lenggeng sebelum ini dilaporkan mengugut akan meletakkan calon Bebas sekiranya Ishak diamanahkan BN negeri untuk bertanding di situ.
Ia menjadi kenyataan apabila ketua penerangan cawangan, Zulkifli Abdullah disahkan sebagai sebagai calon Bebas menentang Ishak dan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar pada hari penamaan calon, Sabtu lalu.
Penyandang kerusi berkenaan ialah Mustafa Salim, yang baru dibebaskan oleh mahkamah pada Mac lalu daripada sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM20,000 atas satu tuduhan menerima rasuah.
Zulkifli pula, yang disingkirkan daripada Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas, adalah di antara nama-nama yang sebelum ini disebut-sebut bakal menggantikan Mustafa di kerusi tersebut.

Selain Zulkifli, satu lagi nama yang disebut-sebut sebelum ini adalah ketua penerangan Umno cawangan Panchor, Syamsul Amri Ismail.
Satu sumber yang rapat dengan Syamsul sewaktu dihubungi Malaysiakinimelahirkan rasa hairannya apabila Ishak menerima pencalonan itu.
"Datuk Ishak dalam ucapannya sebelum ini, sebelum nama beliau dicalonkan, pernah menegaskan yang beliau tidak mahu menjadi calon walau pun ditawarkan mana-mana kerusi oleh menteri besar," kata sumber tersebut yang enggan dinamakan.
Tanpa merujuk secara langsung kepada Ishak, beliau berpendapat sesetengah calon Umno kali ini tidak menepati kriteria boleh menang yang digariskan perdana menteri – orang muda, berpendidikan tinggi dan diterima orang ramai.
Beliau yang bertugas sebagai penjawat awam berkata, kalangan ahli Umno di kawasan itu mungkin tidak menunjukkan bantahan mereka secara terang-terangan.

Bagaimanapun, kalangan ahli Umno di Lenggeng itu tetap membantah dalam diam dan mungkin menzahirkannya di kertas undi kelak, katanya.
"Yang saya nampak jentera (Umno Lenggeng) kini 'tenang' sahaja," kata sumber tersebut.
Situasi yang sama turut dihadapi calon parlimen Seremban , Datuk Dr Yeow Chai Tiam Chai yang dilaporkan menerima bantahan daripada kira-kira 50 ahli MCA bahagian tersebut.
Namun, situasi Yeow dilihat lebih baik berbanding Ishak kerana ketua MCA Seremban, Datuk Peter Lai Yit Fei yang mengetuai kumpulan penentang tersebut kini membawa diri ke luar negara.
Peter sewaktu dihubungi Malaysiakini semalam berkata beliau berada di satu lokasi di luar negara dan menjelaskan beliau dan orang-orangnya hanya menolak pencalonan Yeow tetapi mereka tidak memboikot kempen beliau.
Seorang wakil Yeow, Datuk Leong Teong Chwee diketika dihubungi turut menjelaskan bahawa kempen Yeow kini tetap berjalan lancar dengan dukungan seluruh jentera BN Seremban.
Yeow yang pernah menjadi ADUN Lukut selama hampir 20 tahun sebelum ini merupakan senator Dewan Negara dan mengasaskan Pusat Dialisis Mawar di Negeri Sembilan.
Beliau bakal berhadapan saingan sengit dengan bekas ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dalam pertandingan lima penjuru melibatkan DAP, BERJASA dan dua lagi calon Bebas.
Selain Lenggeng, tujuh lagi kerusi DUN Negeri Sembilan ditandingi calon Bebas – Jeram Padang, Nilai, Seri Menanti, Bukit Kepayang, Senawang, Port Dickson, dan Repah.
Dua lagi kerusi parlimen juga turut menarik tumpuan calon Bebas ialah Rembau dan Teluk Kemang.(sumber:MK,Ahmad Fadli KC, 2404/13)

23 April 2013
AZMI AHMAD CALON PAS TIDAK SERIUS TANDING DUN SEROM PARLIMEN LEDANG?
SEHINGGA kini TB tidak dapat mengesani dan mengenal pasti; siapakah AZMI AHMAD calon PAS DUN SEROM. TB layari google dan yahoo dan sumber-sumber lain tetapi tidak dapat mengetengahkan nama beliau dengan lebih jelas.
Adakah beliau 'suka-suka' bertanding; sekadar calon tangkap muat? Setahu TB, di kawasan Serom nama Mohd.Yunus Samad tidak asing lagi sebagai 'duta kecil' Pas yang aktif. Pak Yunus dikatakan sering 'solo' dan tetap bersemangat apabila menceritakan perjuangan Pas dan lslam. Bahkan yang lucunya, Mohd Yunus Samad pernah TB terjumpa beliau sewaktu menghadiri program Pas berhampiran Masjid Ar-Rahman,Universiti Malaya,Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.
Selain itu,seorang aktivis muslimah Pas di kawasan Labis, Segamat iaitu Puan (Cikgu) Normala yang pernah menjadi calon Pas di PRK pada musim lalu (tewas) dikatakan berasal dari Kampung Serom 3. Adakah tidak ada saudara mara beliau yang turut bergerak cergas dengan Pas di kampung asal kelahirannya? Mengapakah Cikgu Normala tidak dicalonkan di Dun Serom,tempat asal usul kampung kelahirannya? Tidakkah ini merupakan satu kesilapan percaturan Pas negeri Johor?
Sehingga kini TB tidak tahu siapakah Azmi Ahmad calon Pas Dun Serom. TB telah menghubungi beberapa orang pengundi Dun Serom yang amat ingin mengetahui siapakah Azmi Ahmad.Justeru ada baiknya bagi sesiapa yang tahu maklumat Azmi Ahmad atau 'tuan punya badan' itu memberi reaksi dan ulasan positif dalam blog ini.lnilah peluang bagi beliau untuk menampilkan latar dirinya. Kalah menang adalah soal kedua.
Apa yang TB hasratkan biarlah calon-calon yang mahu bertanding di Dun Serom betul-betul serius. Bukan sekadar menebar jala.Bukan sekadar memancing nasib.Bukan sekadar menerima arahan pucuk pimpinan. Mana ada kejayaan tanpa usaha? (oleh TB)

DUN NILAI PARLIMEN SEREMBAN : MAJORITI PENGUNDI PROTES
PENGGAL lalu DAP pegang kerusi DUN NILAI dalam parlimen Seremban.
Sudah tradisinya Dap lawan BN (MCA).Bersilih ganti. Namun pekan lama Nilai
masih dihantui masalah kesesakan jalan besar (Main Road) yang dianggap klasik
oleh sebilangan penduduk. Balai Polis Nilai masih bangunan lama,sempit dan
tidak sesuai dengan perkembangan Nilai pada tahun 2013 (bukan 1980). Pasar Baru
yang dibina di Jalan KLIA terbiar begitu sahaja bagai sang gajah putih. Apa
yang tidak kena?
Bandar Baru Nilai
ada( ketikanya disebut 'Putra Nilai" sepatutnya 'Nilai Putra') lanskap
pembangunannya bagaikan tidak terurus.Di pesisir bukit bulatan Pesiaran
Perbandaran berhampiran Majlis Perbandaran Nilai (MPN) terpapar tulisan 'MPK'
sepatutnya MPN. Bandar Baru Nilai atau Putra Nilai ini infrastruktur
pembangunannya bagaikan tidak seimbang.
Banyak bangunan
rumah kedai di Nilai Square terbiar sepi,kaku dan jelek Ada baiknya bank-bank
utama dipindahkan ke sini..Mujur ada Klinik Kesihatan Nilai (kerajaan) buat
sementara di situ akibat kebakaran klinik lama di pekan Nilai lama.terlalu
banyak batu penghadang di sepanjang jalan. Banyak orang beranggapan ini
membazirkan. MPN dan PDRM Trafik Balai Polis Nilai boleh sama-sama fikirkan
laluan alternatif agak tidak menimbulkan sesak dan kemalangan pada waktu
kemuncak. Kawasan pasar raya Tesco dan Giant serta jalan deretan bank-bank di
Maybank,Ambank dan seterusnya harus difikirkan pembangunan jalan pada masa
hadapan.
Jalan pilihan ke
Masjid Putra yang datang dari USIM,Persiaran llmu ke persiaran perbandaran
berhampiran MPN sepatutnya dipercepatkan di persimpangan Manipal lnternational
University menuju ke Masjid Putra dengan dibina jalan baru dan laluan pintu
masuk masjid yang baru. Kedudukan masjid yang di atas bukit dengan adanya
laluan dan pintu baru maka ini menandakan masyarakat peka kepada warga emas
yang kurang berupaya.
Surau-surau yang
daif seperti SurauTaman Desa Anggerik di pinggir USIM harus difikirkan
pembinaan semula sesuai dengan kedududukan lokasinya berhampiran IPTA yang
berorientasikan lslam. Stadium Tertutup Nilai adakah untuk kegunaan awam?
Begitu juga Kompleks Sukan Nilai yang baru dibina; adakah terbuka untuk
penduduk awam Nilai?
Begitu juga tasik
yang berhampiran; alangkah baiknya MPN jadikan tempat riadah atau
rekreasi.Manakala Masjid Putra yang menjadi laluan masuk ke KLIA
sewajarnya menjadi masjid yang paling banyak diimarahkan oleh para pengunjung
atau jemaah.Bagaimana pula pelan pembangunan Hospital USIM yang kononnya telah
tersedia tapaknya ? Orang ramai ingin tahu juga.
Bersandarkan ini
adakah calon-calon PRU 13 di DUN NILAI atau PARLIMEN SEREMBAN sama ada daripada
BN, DAP atau Bebas bahkan khabarnya BERJASA turut bertanding boleh berjuang
untuk membawa nafas baru bagi para penduduk Bandar Baru Nilai yang kian pesat
berkembang dan membangun?.
Jika wakil
rakyat yang bakal dipilih tidak ada misi dan wawasan; begitu juga MPN
maka sudah sewajarnya jika MAJORITI para pengundi DUN NILAI akan memprotes!
Tidak mustahil para pengundi khususnya pengundi lslam/Melayu sebulat suara
mengundi BERJASA kali ini untuk parlimen Seremban. (oleh TB)
22 April 2013
BRUNEI DARUSSALAM: KHATIB BUAT TEGURAN...
KHATIB
menegur segelintir orang-orang Islam di negara Brunei Darussalam yang
tidak mengendahkan untuk mendengar doa yang dibacakan ketika menghadiri
sesebuah majlis, dan kalangan makmum yang terus bangkit tanpa berdoa terlebih
dulu selesai bersolat jemaah di masjid.
Dalam Khutbah
Jumaat , Khatib turut telah berkongsikan beberapa adab berdoa supaya doa itu
menjadi doa yang mustajab iaitu berwudu', menghadap qiblat, memulakan dan
mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah Ta'ala serta memberi
selawat dan salam kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
"Alangkah
ruginya mereka yang tidak ikut serta berdoa kerana pada doa yang dibacakan
dalam suatu majlis atau selepas solat dan seumpamanya, lazimnya mengandungi
permohonan untuk mendapatkan keampunan, rahmat, keberkatan, kesejahteraan,
kesihatan dan keselamatan serta memohon perindungan diri dan keluarga dari mara
bahaya, bencana dan sebagainya."
Khatib
menegaskan bahawa umat Islam sepatutnya mendengar dengan khusyu' dan tawadu'
akan doa yang dibacakan itu serta turut meng"Amin"kannya supaya turut
sama mendapat keberkatan dari doa berkenaan.
"Dan
ingatlah bahawa orang yang tidak mahu berdoa dianggap sebagai orang yang
sombong kepada Allah Ta'ala, bahkan mereka juga akan mendapat kemurkaan dari
Allah Ta'ala."
Namun Khatib
memberi peringatan bahawa seseorang itu tidaklah boleh berdoa dengan suatu yang
tidak munasabah dan mustahil ataupun mendoakan keburukan dan keikhlasan kepada
orang lain.
Khatib turut
mengingatkan bahawa adalah lebih elok jika turut berdoa untuk kebaikan dan
kesejahteraan umat Islam seluruhnya, dan lebih utama lagi turut mendoakan untuk
ibu bapa dan anak-anak.
"Perlulah
diketahui bahawa terdapat banyak waktu jika kita berdoa di dalamnya, doa akan
mudah dan cepat dimakbulkan, antaranya ialah Malam Jumaat dan Hari Jumaat,
waktu di antara azan dan iqamah, ketika Khatib duduk di antara dua khutbah,
ketika sujud di dalam solat, setelah solat fardu, di bulan Ramadhan, pada Malam
Al-Qadar,Hari Arafah, ketika minum air Zam Zam, ketika membaca Al-Quran
terutama apabila khatam."
Namun, menurut
Khatib, perlu juga diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh
menyebabkan doa tidak dimakbulkan Allah Ta'ala, antaranya ialah orang yang
berdoa itu tidak dicintai Allah Ta'ala kerana mengabaikan perintah dan
larangan-Nya. ( Sumber : Hasrulraizan MP 19/4/2013)
PARLIMEN LIPIS RIBUT LAGI
CALON Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya ke-13 bagi kerusi Parlimen Lipis yang digugurkan pada saat akhir walaupun setelah menerima watikah pencalonan menyatakan kesedihan dan marah dengan apa yang berlaku namun tetap reda.
Bekas pensyarah, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, berkata, beliau berasa marah dan dukacita kerana watikah yang sudah ada dalam tangannya bertukar tangan dengan menggunakan teknik sabotaj.
“Saya marah sebab watikah sudah ada pada saya tetapi dirompak oleh Ketua Bahagian Umno Lipis dan kumpulannya.
“Bukan saya sahaja yang disabotaj tetapi turut sabotaj parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Namun begitu, beliau tetap menyatakan penghargaan kepada Najib Razak dan Menteri Besar Pahang kerana melayakkannya menjadi ‘calon boleh menang’ bagi BN.
Beliau turut menyatakan hasrat akan turun berkempen membantu calon BN bagi Dun Ceka dan Benta selain melahirkan harapan agar BN menang pada PRU13. (Sumber : MUHAYUDIN SALLEH, 21/4/13 ) :

21 April 2013
PARLIMEN TANJUNG KARANG :HERMAN TINO SILAP CATUR?
DALAM senyap tiba-tiba Herman Tino disahkan bertanding di Parlimen Tanjung Karang, Selangor pada pengumuman hari penamaan calon semalam.Herman akan menentang Dato Noh Omar (penyandang) dan calon Pas. Apapun nawaitu Herman Tino TB tidak mahu komen. Dalam beberapa bulan yang lalu TB ada menonton persembahan Herman di Angkasapuri RTM anjuran Radio Klasik RTM. lni membuktikan Herman masih diingati, tidak dilupai.
Cuma TB terkilan kerana Herman begitu bernafsu besar mahu bertanding di peringkat parlimen yang mana lebih mengarahkan perpecahan undi antara kita sesama kita. Alangkah baiknya pada pandangan TB, Herman mengetengahkan dirinya bertanding bagi kerusi Dun Sekinchan yang menyaksikan bakal perlawanan antara BN (MCA) dan DAP.Sejak beberapa penggal wakil rakyat Sekinchan terdiri daripada kaum Cina.
Justeru rata-ratanya para pengundi Melayu/lslam di Dun Sekinchan berasa kecewa kerana mereka tidak ada calon alternatif bagi mewakili mereka yang di atas pagar.Kebanyakan mereka berpendapat peluang Herman untuk memenangi Dun Sekinchan cerah jika dilakukan dengan strategi yang betul.Apakah Herman telah silap catur dalam memutuskan kawasan yang mahu ditandinginya? Apakah beliau tidak serius?Apakah beliau sekadar suka-suka? Herman oh Herman....TB minat lagu 'Pelita Dalam Kabus'. (TB)

KELANTAN : CALON BN PRU 13
Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi negeri Kelantan yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.
PARLIMEN:
P.19 TUMPAT - Mansor Salleh
P.20 Pengkalan Chepa - Dali Husin
P.21 Kota Bharu - Mohamad Fatmi Che Salleh
P.22 Pasir Mas - Che Johan Che Pa(tarik diri)
P.23 Rantau Panjang - Ghazali Ismail
P.24 Kubang Kerian - Anuar Safian
P.25 Bachok - Awang Adek Hussin
P.26 Ketereh - Annuar Musa
P.27 Tanah Merah - Ikmal Hisham Abdul Aziz
P.28 Pasir Puteh - Tuan Mustaffa Tuan Mat
P.29 Machang - Ahmad Jazlan Yaakub
P.30 Jeli - Mustapa Mohamed
P.31 Kuala Krai - Tuan Aziz Tuan Hamat
P.32 Gua Musang - Tengku Razaleigh Hamzah
DEWAN UNDANGAN NEGERI:
N.1 Pengkalan Kubor - Noor Zahidi Omar
N.2 Kelaboran - Wan Hanapi Wan Yaacob
N.3 Pasir Pekan - Nik Noriza Nik Salleh
N. 4 Wakaf Bharu - Mohd. Rosdi Ab. Aziz
N.5 Kijang - Zaluzi Sulaiman
N.6 Chempaka - Wan Razman Wan Abd Razak
N.7 Panchor - Che Rosli Hassan
N.8 Tanjong Mas - Kanidy Omar
N.9 Kota Lama - Tan Ken Ten
N.10 Bunut Payong - Mohd. Fakhrurazi Abdul Rahim
N.11 Tendong - Hanafi Mamat
N.12 Pengkalan Pasir - Tuan Anuwa Tuan Mat
N.13 Chetok - Aimi Jusoh
N.14 Meranti - Mohd. Afandi Yusoff
N.15 Gual Periok - Shaari Mat Hussain
N.16 Bukit Tuku - Mohd. Zain Ismail
N.17 Salor - Mohamad Nordin Awang
N.18 Pasir Tumboh - Mohd. Shamsul Mohd. Yusoff
N.19 Demit - Wan Mohd. Nazi Wan Hamat
N.20 Tawang - Mohd. Zain Yasim
N.21 Perupok - Mohammad Zaidi Sidek
N.22 Jelawat - Ilias Husain
N.23 Melor - Mohd. Othman Omar
N.24 Kadok - Mohamad Basri Awang
N.25 Kok Lanas - Md. Alwi Che Ahmad
N.26 Bukit Panau - Baharudin Yusof
N.27 Gual Ipoh - Bakri @ Mohd. Bakri Mustapha
N.28 Kemahang - Dayang Saniah Awang Hamid
N.29 Selising - Zulkifli Ali
N.30 Limbongan - Mohd. Rujhan Salleh
N.31 Semerak - Zawawi Othman
N. 32 Gaal - Redzuan Stapha
N.33 Pulai Chondong - Halim @ Ab. Halim Ismail
N.34 Temangan - Azemi Mat Zin
N.35 Kemuning - Eriandi Ismail
N.36 Bukit Bunga - Mohd. Adhan Kechik
N.37 Ayer Lanas - Mustapa Mohamed
N.38 Kuala Balah - Abdul Aziz Derashid
N.39 Mengkebang - Azizzuddin Hussein
N.40 Guchil - Nik Sapeia Nik Yusof
N.41 Manek Urai - Che Jalal Muda
N.42 Dabong - Ramzi Ab. Rahman
N.43 Nenggiri - Mat Yusoff Abdul Ghani
N.44 Paloh - Nozula Mat Diah
N.45 Galas - Abd. Aziz Yusoff
PARLIMEN JEMPOL : ISA SAMAD MINAT LAGU LAMA
CALON BN di Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Samad berkata pencabarnya penyanyi Aishah yang popular dalam industri seni tanah air tidak akan merencatkan kempennya dalam hari-hari yang akan datang.
Ini kerana, beliau akan memberi tumpuan kepada persaingan yang dilihatnya berlangsung di antara BN yang menentang seteru politiknya iaitu PAS - sebuah "parti yang banyak masalah".
"Saya tak ada kisah sangat sama ada dia (Aishah) penyanyi, ustaz, guru atau peguam kerana yang itu memang profesion dia.
"Cuma kita berlawanan dari segi parti, maknanya kita berlawan dengan PAS dan kita tahu PAS sedang menghadapi banyak masalah," katanya sambil menambah bahawa keyakinan orang ramai terutamanya umat Islam dan ahli parti sendiri terhadap PAS semakin berkurangan.
Ditanya sama ada beliau sendiri ada meminati Aishah sebagai seorang penghibur, Isa ketawa kecil dan menjelaskan beliau hanya mendengar lagu-lagu 60-an sahaja.
"Saya lagu-lagu baru tak ada (dengar). Saya (dengar) semua lagu-lagu 60-an sahaja," katanya sewaktu satu wawancara ringkas bersama beberapa media, termasuk Malaysiakini di Jempol pagi tadi.
Isa sebelum ini adalah ahli dewan undangan negeri (ADUN ) Bagan Pinang dan sekarang bertanding merebut kerusi parlimen Jempol yang sebelum ini disandang Datuk Lilah Yasin.
Lilah sekarang ini bertanding di kerusi DUN Palong bagi memberi laluan kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan itu mencuba nasib untuk menjadi ahli Parlimen.
Mengulas peluangnya, Isa yakin BN mampu menang bersih di semua kerusi yang ditandingi di Jempol.
Keyakinan itu disandarkan Isa kepada rekod lima tahun Pakatan di Negeri Sembilan yang menurutnya hanya tahu "mengolah isu" tetapi pada masa yang sama belum menampakkan "idea yang luar biasa".
"Pakatan Rakyat ini hidup dengan isu sahaja. Masa penawaran pertama saham (IPO), mereka kata kita jual minyak pada Israel. Itu tidak betul.
"Mereka juga pernah dakwa Felda bankrap," kata Isa yang juga merupakan pengerusi badan pelaburan Felda, Felda Global Venture (FGV).
Jika beliau menang kerusi Jempol, Isa dijangka akan dilantik sebagai menteri memandangkan beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sewaktu memenangi kerusi yang sama pada pilihan raya tahun 2004.
Beliau terpaksa melepaskan jawatan itu pada tahun 2005. (sumber: MK, 21/04/13)

PARLIMEN LEDANG: HASSAN KARIM LAWAN HAMIM SAMURI
PARLIMEN LEDANG ironisnya sering mengetengahkan 'orang luar'. Ada ketikanya kerusi parlimen dan ada ketikanya kerusi DUN. Soalnya, apakah yang sudah dilakukan di kalangan para pemimpin UMNO terdahulu yang tidak menyediakan para pelapis pemimpin yang berwibawa, berilmu dan beriltizam untuk masa hadapan? Apakah legitasi yang ditinggalkan oleh pemimpin-pemimpin lama seperti Cikgu Musa (Allahyarham), Md Nor Rashid, Ngah Abdul Rahman (Allahyarham), Ahmad Arshad (Allahyarham) dan lain-lain lagi? Tepuk dada tanyalah minda.
Kini PRU 13 mengemukakan calon 'heavyweight' Hassan Karim (PKR) dan lr.Hamim Samuri (BN/penyandang). Tiada calon bebas pada kali ini. Hassan Karim walaupun tidak TB kenali; tetapi sebagai seorang ahli akademik dan penulis, TB pernah ikuti namanya sebagai seorang aktivis di Johor Baharu. Hassan juga adalah calon luar Ledang.Hassan seingat TB ialah seorang pemimpin gerakan pelajar di IPTA yang cergas pada era 1970-an.Beliau juga tidak asing lagi bergiat dalam parti pembangkang di selatan Johor. Cuma TB tidak pasti sama ada beliau aktif dalam PSRM atau PRM ataupun PSM. Apapun setelah penggabungan PRM bersama PKR maka Hassan bergiat dalam PKR.
Menyebut nama Hassan, TB teringat Abdul Razak Ahmad (Allahyarham) yang hidup dan matinya dalam perjuangan membela rakyat marhaen.Hassan tidak kurang begitu juga. TB pernah terbaca esei-esei dan puisi beliau yang banyak menyentuh soal keadilan,pembelaan rakyat tertindas dan ditindas. TB sebagai seorang penyelidik hanya menyatakan sesuatu yang benar. Hassan juga adalah seorang pemidato yang baik. Apapun adalah baik sekiranya Hassan berkempen dari rumah ke rumah di seluruh daerah parlimen Ledang.Nyatakan dengan jelas misi dan misinya. Zaman calon 'berselimut' dalam rumah kini telah berakhir. Mampukah beliau?
Hamim Samuri difahamkan adalah penyandang. Khabarnya beliau juga dahulu adalah 'orang luar'. TB pun sehingga kini tidak mengenali siapakah beliau.Suara beliau juga jarang berkumandang di dewan rakyat; jika dibandingkan Dr Fuad Zakarshi (Parlimen Batu Pahat.). Jika di Selangor nama 'Samuri' adalah nama yang tidak asing iaitu 'Raja Tauke Sate Kajang' yang sangat popular.
Adakah Hamim mempunyai kaitan dengan 'Samuri Kajang'? Wallahualam.Apapun Ledang adalah kawasan tradisional yang selalu dikatakan selamat untuk UMNO. TB yang lahir dan dibesarkan di daerah ini sejak zaman sebelum merdeka memang sedia maklum bahawa budaya dan kehidupan masyarakat dalam daerah ini tidak dapat dipisahkan daripada UMNO.Tetapi zaman lalu yang datang bila-bila masa boleh berubah.Masyarakat kian celik minda dek kebolehupayaan menggapai ilmu.
Untuk lebih berlaku adil; baik Hassan mahupun Hamim (penyandang) perlu lebih akrab mendekati masyarakat dan mengenali setiap individu adalah suatu kelebihan. Situasi seronok di zon selesa pada era Abdul Ghani 0thman telah berakhir.Lakukan kewajipan anda; baik sebelum memenangi kerusi ini mahupun sesudah memiliki kerusi ini. Selamat maju jaya. (TB)

20 April 2013
DATUK KAMILIA IBRAHIM BERMARUAH
DATUK KAMILIA IBRAHIM diberitakan keluar UMNO dan meletakkan semua jawatan dalam parti termasuk Naib Ketua Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi serta merta pada saat-akhir hari akhir menjelang hari penamaan calon. Ekoran itu, beliau dipecat serta merta.
Walaupun TB tidak mengenali secara dekat Datuk Kamilia tapi TB sebagai rakan UMNO yang sentiasa mengikuti sejarah perkembangan UMNO sejak penubuhannya (kebetulan TB adalah pelajar terbaik subjek Sejarah semasa zaman persekolahan lalu) maka banyak hal yang berkaitan susur-galur UMNO TB ikuti dan fahami.
Nama Datuk Kamalia jika tidak sebaris dengan nama Datuk Seri Rafidah Aziz (sekarang Tan Sri), paling kurang pun namanya mengikuti Rafidah Aziz sepanjang karier politik mantan ketuanya. Paling kurang pun sudah melebihi 30 tahun beliau berkecimpung dan berbakti kepada UMNO khususnya sayap wanita UMNO.
Tentu beliau banyak bersabar menanti gilirannya kerana menghormati bekas bosnya Rafidah di parlimen Kuala Kangsar. Kemudian beliau masih setia menghormati bos keduanya, Datuk Sharizat Jalil yang sejak awal mengistiharkan tidak mahu bertanding lagi di kerusi parlimen tradisinya.
Maka sudah tentulah Kamilia merasakan gilirannya telah tiba.Beliau tahu siapa dirinya.Beliau sedar matlamat dan hala tuju politiknya.Justeru demi maruah diri, apabila pucuk pimpinan tidak ada lagi 'deria rasa deria fikir' terhadap dirinya maka beliau pun membuatkan keputusan dramatik yang mengejutkan banyak pihak.
TB tabik kerana Kamilia mempunyai prinsip, Kamilia mempunyai maruah dan harga diri. Kamilia sudah membuat keputusan ke manakah haluannya.Beliau rela dipecat demi sebuah maruah! Dan Kamilia mengambil keputusan bertanding atas tiket bebas.
Oleh itu kepada para pengundi parlimen Kuala Kangsar, jika anda mahu memilih seorang pemimpin yang tahu harga dan jati diri maka bukan mustahil undi anda akan beralih kepada Kamilia. Kemenangan Kamilia adalah kemenangan sebuah maruah! (TB)

DUN 26 BANGI SELANGOR PANAS!
PENAMAAN calon telah selamat berlangsung. DUN 26 Bangi menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Haji Shafie Ngah PAS (muka baharu/penyandang) dengan Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, BN (baharu).
Haji Shafie telah mula mempromosikan namanya selaku Ahli Majlis Perbandaran Kajang sejak beberapa bulan lalu melalui banner yang tergantung di tiang-tiang TNB di sekitar Bandar Baru Bangi (BBB). BBB adalah kubu kuat PAS sekian lama dan agak sinonim dengan nama Dr Haron Din.Apatah lagi di sini majoritinya terhimpun para cendekiawan dari UKM, UNITEN, IPGM,ILIM dan sebagainya.
DUN 26 Bangi sejak dahulu lagi silih berganti. Dr Amran Kasimin(BN) pernah menewaskan penyandang Dr Shafie Abu Bakar seorang yang 'low profile', Namun pada PRU ke-12 lalu Dr Shafie Abdu Bakar yang tawaduk ini dapat merampas kembali kerusi DUN Bangi ini daripada Dr Amran. Dan kali ini apakah nama yang serupa daripada Pas (Haji Shafie) dapat mempertahankan kerusi Pas yang dikatakan panas ini?
Haji Shafie diketahui oleh masyarakat setempat bahawa beliau telah bergerak cergas dalam aktiviti kemasyarakatan sudah sekian lama. Sekiranya beliau juga mengekalkan ciri-ciri peribadi seperti Dr Shafie Abu Bakar yang berperwatakan sederhana, zuhud, merendah diri dan berperibadi mulia maka tidak ada sebab mengapa para pengundi DUN 26 Bangi menolak calon Pas yang baru ini.Pentingnya Pas di kerusi Dun Bangi sudah menjadi darah daging pengundi di sini.
Bagi Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain peguam syarie yang masih muda lulusan Universiti Malaya ini bukan sahaja glamour tetapi sering menonjol di dada-dada akhbar dalam beberapa kes di mahkamah syariah. Beliau adalah harapan BN kali ini selepas kejayaan Dr Amran pada masa lalu. Walaupun pada zaman kampus Mohd Zaidi dikatakan cenderung kepada politik lslam namun apabila beliau berada di arena pascasiswa segala-galanya berubah. Agaknya beliau sekarang melihatkan politik realiti yang sebenarnya.Beliau juga dikatakan rajin dalam kegiatan masyarakat setempat.
Mohd Zaidi juga diharapkan dapat merenung kembali beberapa aduan yang diterima berhubung caj bayaran perkhidmatan kos guaman kes syarie yang dikenakan kepada orang ramai. Misalnya sekadar pengesahan penceraian, permohonan hadanah, permohonan nusyuz dan sebagainya biasanya 'membuka fail' sudah dikenakan fis antara RM500-RM1000. Itu belum lagi bayaran-bayaran lain yang kes tertangguh..0leh kerana beliau peguam syarie ( agensi swasta) dan bakal menjadi wakil rakyat maka tidak ada sebab beliau tidak peka segala masalah rakyat berhubung dengan soal kemampuan kewangan mereka.
Apakah calon Pas dan BN telah siap sedia dengan pelan pembangunan prasarana dan insani sama-samalah dinantikan pada musim berkempen ini.Sudahkah difikirkan alasan mengapakah pembinaan masjid di Bandar Seri Putra dan masjid di Bandar Bukit Mahkota hany tinggal tapak sahaja? Walhal tapak-tapak masjid yang terbiar itu sudah melebihi 5 tahun.
Sudahkah difikirkan jawapannya mengapakah masjid di pekan Bangi lama ketinggalan zaman dan agak daif bangunannya? Walhal kuil di pekan bangi lama lebih hebat dan tersergam dibandingkan masjidnya. Pada hal penduduk Melayu/lslam adalah majoriti jika dibandingkan penganut hindu.Tidakkah ini memalukan; baik di pihak BN mahupun di pihak Pas?
Panas tetap panas.Namun janganlah dibiarkan lampu-lampu TNB di sepanjang jalan BBB, BSP dan BBM bergelapan.Janganlah dibiarkan lampu trafik di bulatan plaza tol lambat berfungsi. Dan fikirkan apakah kekurangan dan kelebihan BBB dan persekiataran dalam Dun Bangi sekarang! (TB)

19 April 2013
PARLIMEN LEDANG DUN SEROM......CALON BEBAS.
DR RAJIEE ABDUL HADI anak jati kelahiran Serom akan bertanding sebagai calon bebas di DUN Serom atau Parlimen Ledang?Apakah iltizam dan gagasan di belakang tabir? Apakah pelan pembangunan insan dan fizikal yang akan diketengahkan untuk para pengundi di DUN Serom?
Justeru adakah generasi yang berusia 40 ke atas masih mengenali beliau yang suatu ketika pernah menjadi Guru Penolong Terlatih selama hampir enam tahun di Sekolah Menengah Bukit Gambir,Muar, 1978-1983? Jika pun ada generasi ketika itu sekarang; rata-ratanya mereka memegang ketua cawangan UMNO di parlimen Ledang khususnya di Bukit Gambir yang mana adalah generasi anak-anak murid beliau.
Selepas itu, beliau meneruskan pengajian ijazah lanjutan, master dan PhD yang mana beliau terpaksa kembara meninggalkan kampung halaman bagi menimba ilmu dan pengalaman dalam kehidupan; baik di kota dalam negara mahupun terpaksa merantau ke luar negara.
Bagi Dr Rajiee Abdul Hadi setiap pintu masuk dan penghujung kampung di Serom,Sungai Mati, Pantai Layang, Tanjung Agas, Bukit Gambir,Sengkang, Kampung Hang Tuah, Kampung Melepang, Kampung Termil, Ladang Sagil, Kampung Sagil, Balai Polis Sagil, Air Panas, Kampung Melayu Raya, Kampung Banjar,Kampung Seri Jaya, Kampung Parit Kasan,Kampung Meranti Sundai,Kampung Simpang Lima,Kampung Belemang, Parit Kangkar,Pulau Penarik dan lain-lain lagi adalah 'padang permaianan yang nostalgik sejak zaman kanak-kanak dan remaja'. Adakah pada hari penamaan calon, sabtu 20 April beliau akan muncul di pusat penamaan calon bagi menyerahkan borang pencalonan SPR?
Sebenarnya desas-desus teropong TB yang datang dari jauh; ada jua rasa tidak puas hati di kalangan para pengundi di DUN Serom dan DUN Gambir. Dun Tangkak tidak menjadi masalah.MCA mewakili kaum Cina sudah menjadi tradisi sekian lama. Jika DAP berjaya merampas DUN Tangkak, masyarakat tionghua masih diwakili kaumnya juga.Ada suara yang mengatakan calon DUN Serom yang diketengahkan sekarang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Ghani 0thman. Ada suara pengundi UMNO tempatan mahukan 'orang Serom 3' Muhammad Bakar (Pengarah Jasa Johor?). Manakala di kawasan lain mahukan calon mereka juga.
Di DUN Gambir sudah dua penggal orang MIC menjadi wakil rakyat kepada 80% pengundi Melayu. Walhal pengundi lndia di DUN Gambir cuma 3% sahaja.Adakah situasi begini sesuai pada PRU 13 atau pada masa-masa akan datang? Adakah para penduduk Bukit Gambir mahukan seorang lslam menjadi wakilnya? Ada logiknya, apabila majlis berkaitan agama lslam DUN Gambir yang lalu tidak dapat duduk dalam saf atau jemaah dalam masjid.Terserahlah kepada para pengundi DUN Gambir akan datang adakah minda yang bijaksana digunakan pada PRU 13 kali ini.
Dan adakah Dr Rajiee Abdul Hadi akan bertanding sebagai calon Bebas bagi DUN Serom atau dan Parlimen Ledang cuma gimik lawak cerita politik semasa atau cerita benar? Tunggulah hari penamaan calon, dengan penuh takzim dan kemaafan! (TB).

AISHAH : SERIKANDI BANGSA YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH
VETERAN UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di
Hospital Gleneages di sini pada 12.50 tengah hari ini kerana sakit tua, Demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman yang dipetik daripada Bernama.
Aishah Ghani lahir 15 Disember 1923 ialah Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia antara 1973 dan 1984, serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia antara tahun 1972 sehingga 1984. Dilahirkan di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor,

Aishah memperoleh pendidikan awalnya
di Sekolah Melayu Bukit Raya,Cheras, Selangor dan
menyertai sekolah menengah di Diniyah Puteri, Padang
Panjang, Sumatera Barat, Indonesia,
dari tahun 1936 hingga 1939. Pada tahun 1940 hingga 1943, beliau menyertai Maktab Perguruan Tinggi Islam di Padang,
Sumatera Barat, dan kemudiannya pergi ke London pada
April 1955 dan
memperoleh ijazah kewartawanannya dari Politeknik Regent Street di
London pada Disember 1958.
Penglibatan
Aishah dalam bidang politik bermula sebaik sahaja Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
ditubuhkan pada tahun1945,
dan beliau menjadi Ahli Jawatankuasa dan sekaligus mengetuai sayap wanita yang
dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Ketika
itu, beliau juga bertugas sebagai wartawan Pelita Malaya, lidah rasmi PKMM.
Aishah
keluar daripada AWAS pada tahun 1946 (AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948) dan menyertai
perhimpunan yang menuntut kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur,
pada Mac tahun yang sama. Beliau menyertai UMNO Kampung Baru
pada tahun 1949 dan
dilantik sebagai Setiausaha.
Sekembalinya
Aishah dari kursusnya di London pada tahun 1959, beliau bertugas
sekali lagi sebagai wartawan, kali ini untuk Berita Harian,
serta sebagai penyunting di Kumpulan Akhbar New Straits
Times. Beliau meletakkan kedua-dua jawatannya pada tahun 1963apabila beliau menjadi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Naib
Ketua Wanita UMNO.Pada 13 September 1962, beloau
dilantik sebagaiSenator dan
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.Beliau adalah wanita
yang pertama di Malaysia menjadi senator serta wakil wanita Malaysia yang
pertama ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dari tahun 1967 hingga 1972, Aishah menjadi wakil
Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Taraf Wanita PBB. Beliau juga menyandang
jawatan Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor antara
tahun 1960 hingga
1972.
Pada
tahun 1972, Aishah dipilih menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, satu
pertubuhan yang beliau mengetuai selama 12 tahun sehingga 1984. Pada 1 Mac 1973, beliau dilantik
sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat selepas persaraan Tun Tan Sri
Dr. Fatimah dan memegang jawatan ini selama 11 tahun sebelum
menamatkan khidmatnya pada tahun 1984. Semasa menyandang jawatan Menteri
Kebajikan Masyarakat, beliau melancarkan Yayasan Kebajikan Negara, sebuah
pertubuhan yang masih berfungsi pada hari ini. Aishah ialah Pengerusi Tetap
Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sejak tahun 1986 hingga sekarang.
Selepas
kerjaya politiknya, Aishah menyandang jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia (1985-1997),
Ahli Jawatankuasa Yayasan Tun Abdul Razak,
serta Pengerusi Pusat
Perlindungan Wanita Darsaadah. Selain itu, beliau juga merupakan
Pengerusi Koperasi Jaya Murni Wanita
Berhad sejak penubuhannya pada tahun 1975.
Seakan-akan
ini tidak mencukupi, Aishah juga menumpukan masanya dalam bidang perniagaan,
dan merupakan pengerusi dan/atau pengarah untuk sekurang-kurang tujuh syarikat
sendirian berhad.
Kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia amnya, Aishah Ghani bukan setakat pemimpin UMNO, bukan setakat pemimpin wanita Melayu; bahkan Aishah adalah ikon dan serikandi wanita Malaysia sepanjang zaman.Semoga semangat perjuangannya menjadi teladan kepada seluruh wanita hari ini; khususnya para puteri tanah air.Dalam bara jiwanya, tetap tertiup darah perjuangan serikandi untuk agama, bangsa dan watan tercinta. Al-fatihah....(oleh TB & sumber tambahan daripada Bernama & Wikipedia).
Anugerah
·
1971: Johan Mangku Negara (J.M.N.) oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
·
1978: Darjah Dato' Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua
(D.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datin Paduka' oleh Kerajaan Selangor
·
1985: Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang
membawa gelaran 'Tan Sri' oleh Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
·
1986: Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia (USM)
·
1999: Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama
(S.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datin Paduka Seri' oleh DYMM Sultan Selangor
·
2002: Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Langgan:
Catatan (Atom)