Bagi melahirkan rasa cinta yang tidak pernah padam di samping menyemarakkan rasa kasih dalam rumah tangga pasangan suami isteri di negara ini, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) melancarkan ‘Pekej Mengurat Isteri Sendiri’.
Program berkenaan mula dilancarkan hari ini dan berkuat-kuasa serta merta.
Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa dalam kenyataannya hari ini berkata menerusi PMIS, pasangan suami isteri boleh menginap di mana-mana jenis bilik penginapan yang disediakan dengan potongan harga istimewa.
“Pelanggan juga turut mendapat sarapan pagi dan sajian set makanan malam di kamar masing-masing sewaktu penginapan,”ujarnya.
Aziz seterusnya berkata, bagi pasangan kelamin yang sudah mempunyai zuriat turut dialu-alukan dengan membawa anak masing-masing.
Katanya, walaupun ianya belum dilancarkan secara rasmi sebelum ini, namun pasangan suami isteri yang juga seorang guru di negeri ini telah menempah bilik untuk menyertai majlis ini malam tadi.
“Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan pekej yang ditawarkan sambil menyifatkan ianya sesuatu yang unik,”ujarnya.
Pada waktu yang sama, KTC turut mengalu-alukan anggota polis dan keluarga masing-msing menyertai pakej berkenaan bersesuaian dengan ulang ahun Polis Diraja Malaysia ke-205 menerusi pakej Terima kasih Polis dengan harga RM205.(sumber : HD)
TB: Hubugan suami isteri usahlah dingin. Bawalah dan tukarlah persekitaran yang berbeza. Bawalah tukar dan imej penampilan yang berbeza dalam suasana yang berbeza. Pokoknya atas kehendak 'selera' kedua-dua pihak. Setiap pasangan sewajarnya berfikiran kreatif dan bertindak inovatif. Yang lama akan terasa baru, yang baru tetap terasa baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan