Salam Perjuangan

01 April 2012

HATYAI THAILAND: BERITA MUTAKHIR


Senarai rakyat Malaysia mangsa letupan bom di Hatyai

Berikut ialah senarai nama mangsa warga Malaysia yang terbunuh dan cedera dalam kejadian letupan bom di Hotel Lee Garden Plaza di sini:
Meninggal dunia
1. Law Phin Hock, 46, (lelaki) berasal dari Taman Seri Petaling, Kulim, Kedah.
Hospital Rajyindee
1. Minnie Ng, 35, (perempuan), Banda Hilir, Melaka.
2. Choo Kok Boon, 46, (lelaki), UOG Heights, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
3. Sangathali Khrisnan, 33, (perempuan), Jasin, Melaka.
Hospital University Prince of Songkhla (PSU)
1. Ooi Foon Chuan, 33, (lelaki), Bukit Indah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang - kritikal.
2. Wong Szee Ee, 28, (perempuan), Butterworth, Pulau Pinang.
3. Lin Hock Bee, 38, (perempuan), Alor Setar, Kedah.
4. Lew Kin Lai, 38, (lelaki), Alor Setar, Kedah - kritikal.

Sementara itu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menasihatkan rakyat Malaysia yang tiada hal penting agar mengelak daripada pergi ke selatan Thailand berikutan beberapa kejadian letupan bom di kawasan itu.

Beliau berkata, terdapat seorang lagi rakyat Malaysia dilapor masih hilang dalam kejadian tersebut selain seorang disahkan meninggal dunia. Dalam kejadian itu, 10 daripada 27 rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian tersebut mengalami kecederaan serius iaitu 30 hingga 40 peratus terbakar.( sumber: Utusan oline, 01/04/12TB turut merakamkan takziah kepada semua keluarga yang terbabit dan TB bersyukur bagi pihak yang selamat. 



TB di sebatang jalan utama di Hatyai

Pemandangan Kota Hatyai 


Night Market di Hatyai Berhampiran Plaza Lee Garden Hotel 




Tiada ulasan: