Kita
bersih dan teruskan bersih
setiap
ruang lumut kotor yang hanyir
sisihkan sekian lama bermukim di lorong
bersemenda
di longkang kehidupan
Setiap
yang loya menjijikkan
kita
muntahkan keresahan
agar
nanar tidak membusung
tusuk
onar memudaratkan sekalian
yang
bertahun-tahun telah dibiarkan
Kita
mahu menghela nafas
di
rumah baru yang mulia ini
dalam
waspada kitaran sejahtera
agar
setiap jelek di lapangan itu
dibawa
angin dikunjungi bayu
Kita
mahu sisihkan debu menyeka
ke
destinasi yang diredai kalbu
agar
sampah di sungai sejarah
mengalir
arus ke laut bebas
mengisar
waktu ke muara kesucian
Kita
bersih teruskan bersih
di
setiap permulaan hayat
agar
tapak yang mahu kita bangunkan
di
rumah peradaban mulia ini
tidak
diselaputi lalang dan duri
buat
anak-anak cucu mendatang!
DR
RAJIEE HADI,
Kuala Lumpur.
24 April 2012.
(sumber: Harakahdaily, 24 April 2012)
CATATAN: Puisi di atas bersifat non partisan. Penulis/penyair menyeru kepada semua pihak dan individu termasuk daripada parti politik pemerintah mahupun pembangkang agat turut membersihkan 'segala kekotoran dan kejelekan' seperti amalan rasuah, kronisme, nepotisme, materialisme dan individualisme agar sama-sama menaikkan martabat manusiawi sebagai insan kamil yang bermaruah.Sekiranya 'kelahiran' puisi di atas pada masa,tarikh dan waktu yang berrkaitan ianya adalah suatu kebetulan sahaja. (TB)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan