TB ucapkan tahniah dan syabas kepada AJK Masjid Al Azim kerana berjaya menampilkan imej masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadah tetapi sebagai pusat komuniti masyarakat. Kegiatan riadah, wacana ilmu, hiburan lslam seperti nasyid, sukan rakyat dan aktiviti ekonomi telah dapat dilaksanakan dengan baik. Pokoknya nawaitu yang baik akan menghasilkan matlamat yang baik jua.
Cuma TB tidak pasti adakah para penceramah sedia berceramah andainya tidak ada 'salam sampul' (bayaran wang) dihulurkan. TB harap tidaklah benar andainya masyarakat kini melabelkan kini ramai lahir 'ustaz sampul' dan ala selebiriti yang agak rajin berceramah kini.
Almaklumlah zaman sekarang banyak lahir 'ustaz segera'. Tukang jual ubat pun menggelar diri 'ustaz', tok bomoh pun 'ustaz', pengajar silat pun dipanggil 'ustaz', penceramah motivasi yang sanggup melabelkan dirinya 'motivator diiktiraf' juga mahu dipanggil 'ustaz' penyanyi nasyid pun panggil 'ustaz' dan macam-macam 'ustaz' lagi.Walhal jikalau di Universiti AlAzhar gelaran 'Ustaz' itu untuk mereka yang berkedudukan 'Profesor' dan yang ada PhD di Universiti AlAzhar akan memakai tarbus (songkok Arab) yang bersalut baldu merah di atasnya!
Namun TB percaya masih ramai lagi 'ustaz' yang sedia menyampaikan ilmu agama secara percuma semata-mata niat kerana fisabilillah. Wallahualam. (TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan