SEMINAR ini merupakan satu persidangan antarabangsa yang akan mengumpulkan para
cendekiawan serantau. Ia merupakan satu usaha kerjasama antara Fakulti Tamadun
Islam, Universiti Teknologi Malaysia (FTIUTM), Fakulti
Pendidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei (KUPUSB) dan
Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor.
Seminar Antarabangsa Perguruan Dan
Pendidikan Islam yang menggunakan singkatan SEAPPI 2012 ini akan diadakan di
Hotel Sofitel, Senai, Johor Bahru. Tema seminar yang dipersetujui bersama ialah
“Pengajaran Dan Pembelajaran Realistik Dalam Pendidikan Islam:Penerokaan
Terhadap Kandungan Dan Kaedah”. Di samping itu beberapa
sub-tema telah dipilih berkaitan dengan model kurikulum dan kaedah pengajaran
Pendidikan Islam, isu-isu semasa dalam pengajaran dan pembelajaran realistik
Pendidikan Islam termasuk inovasi dan aplikasi teknologi, perbandingan kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam (tradisional dan moden),
peranan dan penglibatan wanita dalam Pendidikan Islam dan latihan perguruan di
institusi pengajian tinggi.
(sumber: Urus Setia UTM Skudai Johor)
1 ulasan:
saya telah telefon banyak kali ke urus setia di UTM. Tetapi berdering tidak diangkat. Sungguh memalukan
Catat Ulasan