Salam Perjuangan

18 November 2011

KASTAM KLIA RAMPAS DADAH DI KLIA: TEGAS & JANGAN KOMPROMI LAGI





KASTAM Diraja Malaysia (KDRM) merampas 15 kilogram (kg) syabu bernilai RM3.5 juta yang diseludup melalui kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Sabtu lalu.Dadah ini dilaporkan diseludup melalui kargo di KLIA.

Pengarah Kastam KLIA, M Govinden, berkata kejayaan itu diperoleh apabila anggotanya menahan kereta Perodua Viva dipandu lelaki berusia 24 tahun membawa tiga kotak berisi dadah berkenaan, jam 10 malam.
“Kotak yang dibawa dari China itu diisytiharkan sebagai alat pembesar suara tetapi apabila dibuka terdapat amplifier dan dalamnya ada paket berisi syabu.

“Perkara ini sangat membimbangkan kerana gejala penyeludupan tidak lagi terhad kepada penumpang yang menaiki pesawat tetapi sudah berubah menggunakan kargo,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, penahanan lelaki terbabit membawa kepada penangkapan tiga lagi lelaki berusia antara 23 hingga 51 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

TB sedar KLIA/LCCT kini menjadi pangkalan pengedaran dadah sama ada melalui kargo mahupun melalui laluan biasa bagasi penumpang. Sudah tiba masanya di pintu-pintu masuk mana-mana lapangan terbang dalam negara kita khususnya di KLIA/LCCT kempen 'tersenyum dan tersengih' tidak kena tempat kepada kononnya 'para pelancong' di pintu masuk imigresen dan laluan pemeriksaan kastam dihentikan. 


Wajah pegawai lmigresen dan Kastam wajib serius dan tegas kepada warga asing yang mula masuk sampai di balai ketibaan dan berlepas di lapangan terbang. Personaliti ini bukanlah asing jika kita masuk tiba di Airport Beijing, Frankfurt,Jeddah,Amman, Denpasar, London dan lain-lain lagi. Sekurang-kurangnya ini memberi input kesan  psikologi kepada mereka yang 'masuk Malaysia' bagi tujuan kejahatan seperti pengedaran dadah dan menyalahi pas lawatan. 


TB sering terlihat kadangkala pelancong asing melalui 'greenline' tanpa mengistiharkan bagasi dan berlalu tanpa pemeriksaan rapi pihak kastam. Biasanya kastam akan 'spot check' apabila ada aduan dan rasa kesangsian timbul.


 Adalah lebih baik; imigresn dan kastam Malaysia bersangka buruk kepada setiap pelancong asing yang masuk ke dalam negara kita. lni adalah prosedur....zaman 'mengalungkan' bunga kepada 'bakal-bakal GRO' yang tiba di KLIA/LCCT sudah berakhir.


 CEPATKAN PENDAKWAAN DAN PERBICARAAN MAHKAMAH DAN UMUMKAN SECARA BESAR-BESARAN HUKUMAN GANTUNG MANDATORI YANG DIKENAKAN TERMASUK KEPADA WARGA ASING, BAIK DARI IRAN,NIGERIA,lNDIA,PAKISTAN,TAIWAN,CHINA dan sebagainya. Bertegaslah tanpa komporomi;jauhilah rasuah, itu harapan rakyat. Syabas Govinden dan seluruh KDRM di KLIA dan di mana-mana jua.(TB)




Tiada ulasan: