Salam Perjuangan

27 November 2011

AL-FATIHAH OTHMAN BIN JOHAN DAN MENJELANG MAAL HIJRAH 1433

AKHIR 30 Zulhijah 1432H menjelang awal Muharam, pada 26 November 2011, sepupu TB Othman Johan, 65 seorang pesara Sarjan Polis yang pernah berpangkalan di Kem FRU, Sungai Senam,lpoh, Perak telah kembali ke rahmatullah selepas maghrib kerana menghidapi komplikasi jantung,paru-paru dan buah pinggang yang tanpa diduga.

Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan lslam, Masjid Jamek Sungai Mati,Muar Johor sebelum waktu zuhur pada sabtu 26 November 2011 kira-kira 11.30 pagi.TB yang sempat menziarahi jenazah tersebut menyampaikan ucapan takziah daripada TB dan seisi keluarga kepada isteri Allahyarham,  Zabedah Abdullah, anak-anak dan menantu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.Amin.



Selamat tinggal
Alam ukhrawi yang kekal abadi
Allahyarham 0thman Johan, bersemadi 26 November 2011
Al-Fatihah buat  datuk,Allahyarham   Manja bin Sintal 





 lronisnya, malam sambutan penghormatan tahun baru lslam, awal Muharam 1433H di Bandar Baru Bangi,Selangor pula sama ada secara kebetulan atau sebaliknya disambut dengan acara hiburan daripada seorang penyanyi tanah air yang 'ada nama' di sebuah pasar raya terkenal di Bandar Baru Bangi anjuran sebuah bank tempatan.Ah, peristiwa sehari ini banyak membuatkan TB terus berfikir dan berfikir. Selamat bermuhasabah. Selamat tahun baru, 1 Muharam 1433H. Maaf zahir batin.


Acara hiburan pada awal malam l Muharam 1433H di sebuah pasar raya di Bandar Baru Bangi.



Alhamdulillah atas urusan keluarga, TB bergegas pulang ke Selangor Darul Ehsan dan sempat menghadiri solat maghrib berjemaah dan sambutan menjelang Maal Hijrah di Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Selangor Darul Ehsan. Gerimis hujan yang mahu gugur tiba-tiba terhenti bagaikan mengerti dan memahami betapa bumi Bandar Baru Bangi wajar dianugerahkan ketenangan dan kedamaian oleh Allah S.W.T.




Tiada ulasan: