JASAD penuntut Malaysia, Adrian Jay Pereira, yang ditetak mati di luar rumah sewanya di bandar Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam Selasa, selamat tiba di Advance Cargo Centre (ACC), MAS Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Jasad mendiang yang tiba pada pukul 2.30 petang dengan penerbangan MH 870 dari Surabaya, disambut beberapa anggota keluarganya yang begitu sebak melihat jasad itu.
Adrian, 23 penuntut Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang, dilaporkan ditetak dengan senjata tajam ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumah sewanya di bandar Malang, Jawa Timur pada malam Selasa.
Turut mengiringi jasad mendiang yang akan dibawa ke rumahnya di Taman Klang Jaya, Klang, Selangor, adalah wakil Kementerian Pengajian Tinggi dan wakil Kedutaan Indonesia di Malaysia.
Sebanyak 173 penuntut Malaysia kini mengikuti pengajian di Malang dan daripada jumlah itu, 161 adalah di Universiti Brawijaya. (sumber: Bernama, 9/11/11)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan