"Jika diteruskan juga, saya bimbang ia akan menagncam keselamatan negara.
![NONE](http://media1-cdn.malaysiakini.com/338/6052fb78159a254ef50b0396df856997.jpg)
Menurut Ibrahim, walaupun program itu berkaitan hak asasi manusia, penganjur kurang sopan kerana memperkenalkan kesamarataan sedangkan majoriti rakyat negara ini beragama Islam.
Katanya, program Seksualiti Merdeka itu perlu dibatalkan kerana kebebasan tetap ada batasnya dan penganjur perlu menghormati sensitiviti agama demi menjaga keselamatan negara.
"Kalau mereka membatalkan program ini, kamu (PERKASA) ucapkan terima kasih kerana kami pun sebenarnya tidak mahu bergaduh,” katanya dipetik akhbar itu lagi.
Mengenai tindakan PERKASA seterusnya, Ibrahim berkata keputusan akan dibuat oleh mesyuarat tertinggi pertubuhan itu.
![NONE](http://media1-cdn.malaysiakini.com/408/94b5cfad041b6b7aa495c2e51024dfb9.gif)
Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan. Ia akan berlangsung dari 9 hingga 13 November dan dijangka dirasmikan oleh Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.(sumber:MK, 02/11/2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan