KENYATAAN Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah
meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghalang
timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dianggap cuba
masuk campur.
Ketua Penerangan PAS
Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melihat kenyataan bekas Perdana Menteri yang dianggap masih
berpengaruh dalam Umno dan kerajaan itu, hanya akan mengusutkan lagi keadaan.
“Dr Mahathir sudah
berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dan dasar perubahan dalam
pendidikan PPSMI diperkenalkan oleh pentadbirannya. Maka setelah dibuat
kajian, ratusan ribu pelajar Melayu didapati menjadi mangsa iaitu tercicir
dalam pelajaran teras tersebut.
“Jadi
apabila Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk menghapuskan PPSMI dan
kembali kepada bahasa ibunda, beliau (Dr Mahathir) tidak sepatutnya dilihat
cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat menteri betanggungjawab
itu," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Mahathir dalam
kenyataan di Langkawi kelmarin bahawa Perdana Menteri masih boleh menghalang
Muhyiddin memansuhkan PPSMI.
Beliau dipercayai
memberi respons kepada Muhyiddin yang berkata keputusan kerajaan memansuhkan
dasar PPSMI muktamad walaupun cuba didesak oleh beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan
Malaysia (Page).
Muhyiddin juga menolak
sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi
memansuhkan dasar itu pada tahun 2009 dan ia berbetulan dengan keputusan
kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI).
"Pelajar Melayu
luar bandar sudah lama tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut
kembali kepada Bahasa Melayu. Mereka tidak wajar terus menjadi mangsa kepada
eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah
terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran.
“Setelah beberapa
tahun PPSMI diperkenalkan oleh Dr Mahathir, didapati ratusan ribu generasi
pelajar menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang
penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi.
Pada masa yang sama tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah
nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan