Salam Perjuangan

10 November 2011

SOKONG SEKS SONGSANG BOLEH MURTAD


MUFTI  Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, sebarang kegiatan seks songsang yang bertentangan dengan agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis boleh menjurus seseorang Muslim itu kepada murtad.
Beliau berkata, hubungan sejenis atau seks songsang amat ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada pupusnya manusia sejagat.

"Kegiatan bertentangan dengan agama membawa seseorang itu kepada murtad,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Rahman mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dikecam dan mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil-wakil agama di dalam negara.

Beliau menasihatkan umat Islam menghindari perilaku seks songsang, malah, katanya menyokong program sedemikian pun dilarang sama sekali.

"Hubungan sejenis tidak dibenarkan Islam dan di Pahang ini tidak mahu adanya kumpulan lelaki yang menolak perempuan dan sebaliknya,” tambah beliau. –(sumber: Bernama,9/11/11)

TB pun hairan bin ajaib....alangkah ramainya wanita atau gadis yang tidak mempunyai pasangan (suami) yang sah kini.Sepatutnya isu ini perlu difikirkan bersama agar gadis-gadis lslam yang berpendidikan dan bermaruah ini dapat diselamatkan dengan mencarikan jodoh; tidak kiralah apa kategori sama ada berpoligami atau bukan berpoligami asalkan ada nilai-nilai kasih sayang dan persefahaman yang menjadikan kerukunan hidup di dunia untuk akhirat. Apatah lagi kita semua sedia maklum jodoh,kelahiran,rezeki dan maut adalah ketentuan Allah S.W.T Tetapi sayangnya masyarakat dan pemimpin wanita atau lelaki yang tidak bertanggungjawab kian bermaharajalela juga dalam masyarakat.lnilah natijahnya; apabila 'lelaki lembut' dan wanita yang berselerakan wanita tidak menjadi suatu ancaman sejagat pada masa akan datang kerana manusia kini kian banyak melanggar fitrah Azawajallah.

Tiada ulasan: