Salam Perjuangan

12 November 2011

KUPU SB : BUAT SEMINAR PENDIDIKAN ISLAM 2012


SEMINAR  ini merupakan satu persidangan antarabangsa yang akan mengumpulkan para cendekiawan serantau. Ia merupakan satu usaha kerjasama antara Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia (FTIUTM), Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei (KUPUSB) dan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor.

 Seminar Antarabangsa Perguruan Dan Pendidikan Islam yang menggunakan singkatan SEAPPI 2012 ini akan diadakan di Hotel Sofitel, Senai, Johor Bahru. Tema seminar yang dipersetujui bersama ialah “Pengajaran Dan Pembelajaran Realistik Dalam Pendidikan Islam:Penerokaan Terhadap Kandungan Dan Kaedah”.  Di samping itu beberapa sub-tema telah dipilih berkaitan dengan model kurikulum dan kaedah pengajaran Pendidikan Islam, isu-isu semasa dalam pengajaran dan pembelajaran realistik Pendidikan Islam termasuk inovasi dan aplikasi teknologi, perbandingan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam (tradisional dan moden), peranan dan penglibatan wanita dalam Pendidikan Islam dan latihan perguruan di institusi pengajian tinggi. 
(sumber: Urus Setia UTM Skudai Johor)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya telah telefon banyak kali ke urus setia di UTM. Tetapi berdering tidak diangkat. Sungguh memalukan