PARAMESWARA dari Kerajaan Melayu lama Sri Wijaya,Palembang (kini dalam lndonesia) telah memudiki Sungai Musi,Palembang pada sekitar tahun 1400M kerana sengketa keluarga telah melarikan diri ke Tanah Melayu bermudik ke Sungai Muar lalu ke Sungai Melaka dan membuka kota Melaka pada awal tahun 1400 dan bermulanya Kesultanan Melayu Melaka, empayar kesultanan dan jajahan takluknya yang terkenal pada abad ke -14 hingga jatuhnya kerajaan Melaka di tangan Portugis 1511.
Tanpa TB duga, TB telah menjejaki Sungai Musi, Palembang yang merupakan titik tolak Parameswara dan kerajaan Sri Wijaya dan susur-galur asal usul kesultanan Melayu yang dikatakan dari Bukit Seguntang,Palembang.Sungai Musi terus mengalir membawa seribu cerita yang telah berabad-abad terakam dan terus menjadi nadi utama penduduk dan kota Palembang membawa dagangan dan kenangan.
lndahnya, Jambatan Ampera yang terbentang didirikan Belanda menjadi kebanggaan sejarah kota ini. Jambatan Ampera akan memancarkan cahaya gemerlapan pada sebelah malam. Dikatakan dahulu, jambatan ini menjadi pintu masuk kapal-kapal dagangan yang menjalankan urus niaga di seluruh Pulau Sumatera. Jambatan ini boleh dibuka dan ditutup bagi kemudahan lalu-lintas kapal-kapal besar hilir-mudik.Palembang dan Sungai Musi terpahat dalam ingatan! (foto-foto 2011) (telah disiarkan dalam TB pertama kali pada 15/8/11 berjudul:'Palembang & Sungai Musi Terpahat Dalam lngatan')
TB kirimkan sekalung tahniah kerana SUKAN SEA ke-26 telah bermula minggu ini (perasmian telah disempurnakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 11 November 2011) yang mana lndonesia tiba giliran sebagai tuan rumah yang mana upacara dan acara sukan SEA berlangsung di kota Palembang (Sumatra Selatan) dan di kota Jakarta. Semoga semua sukses!
|
Sungai Musi,Palembang Penuh Bersejarah |
|
Jambatan Ampera Masih Utuh Peninggalan Belanda |
|
Jambatan Ampera Mercu Tanda Kota Palembang |
|
Di Sebatang Jalan ke Pasar Besar |
|
Masjid Al Manar Berhampiran Pinggiran Kota Palembang |
|
Pintu Masuk Utama Benteng Kota Besar |
|
Benteng Kota (Kuto) Besar (Besak) Peninggalan Penjajah Belanda |
|
Kota Pertahanan Zaman Penjajahan Belanda |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan