Suatu petang yang santai
Ummi Nessa (UN) telah mewawancara Dr. Rajiee Hadi (DRH) seorang tokoh pendidik
yang juga mantan aktivis kesatuan guru serta terlibat secara langsung dalam
bidang penulisan,kesenian,kebudayaan dan kemasyarakatan. Beliau ialah mantan
Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Bahasa Melayu Se-Malaysia(KKGBMS),mantan Ahli
Majlis Jawatankuasa Agung (AMJA)Kongres Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran
Malaysia(KONGRES),mantan Ahli Majlis Permuafakatan Pengurusan Kementerian
Pelajaran Malaysia,mantan Ahli Jawatankuasa lnduk Hari Guru Kebangsaan dan
mantan Pengerusi PIBG salah sebuah sekolah menengah agama di Selangor. Beliau
kini ialah Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia (PENDIDIK) . Semoga
dapatan wawancara ini menjadi sumber inspirasi kepada semua para pendidik dan
para pejuang kemanusiaan.
UMMINESSA
|
Assalamualaikum,apa khabar Dr?
|
DR. RAJIEE HADI
|
Waalaikumussalam wbkt. Alhamdulillah,khabar baik.
|
Selamat bertemu dan terima kasih kerana sudi membuat
sesi wawancara bersama UN dalam bual bicara motivasi pendidikan.
Boleh saya panggil Dr sahaja?
|
|
Boleh, saya selesa dengan panggilan
itu. Mahu panggil cikgu pun boleh.
|
|
Saya memilih Dr berdasarkan kepada kejayaan kerjaya pada
suatu ketika dan sehingga kini. Boleh Dr ceritakan pekerjaan
ataupun bidang apakah yang telah Dr diceburi?.
|
|
Begini…Jika’ nak diceritakan panjang ceritanya dalam
hal pengalaman ini.Maklumlah pelbagai tempat dan suasana tempat
bertugas khususnya berkaitan dengan pendidikan. Saya telah
berkhidmat di empat buah negeri;Johor,Negeri Sembilan,Wilayah Persekutuan dan
Selangor. Saya pernah berkhidmat sebagai guru pelatih di Selangor,Kuala
Lumpur dan Johor.Kemudian sebagai guru terlatih di Johor,Negeri Sembilan,
Selangor dan Wilayah Persekutuan.Pendek kata, dari sekolah harian hingga ke
sekolah berasrama penuh,dari kelas peralihan hinggalah mengajar tingkatan
enam selama 17 tahun. Kemudian sebagai pensyarah dan Ketua Unit Pembangunan
Keguruan Jabatan Penyelidikan di salah sebuah institusi perguruan di
Malaysia sekitar sepuluh tahun dan bakinya sebagai pensyarah kanan di
salah sebuah universiti luar negara. Saya juga pernah berkhidmat sebagai
pensyarah sambilan di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan di Universiti
Putra Malaysia (UPM) di samping beberapa buah kolej swasta. Kegiatan lain
sebagai penulis bebas dan wartawan sambilan, perunding motivasi dan
psikologi.
|
|
Hmm..hmmm.. Rupa-rupanya
Dr ni orang yang hebat ya... Tak salah saya memilih Dr
dalam sesi ini.
|
|
Oh, ye ke? Saya rasa, sama seperti orang lain. Cuma saya
merasakan mahu mengisi peluang bagi menimba pengalaman yang tidak saya
perolehi semasa di bangku sekolah dahulu.Maksud saya dalam soal kepemimpinan.
|
|
Nampaknya Dr ni lebih ke arah
bidang yang berkaitan pendidikan, iaitu mendidik dan menyuntik
motivasi. Sejak bilakah Dr mula berminat dalam profesion ini?
|
|
Kalau nak diceritakan memang panjang. Sejarah bermula
apabila saya berjinak-jinak dengan buku. Beginilah. sebenarnya…sejak kecil
saya suka sangat membaca. Seingat saya usia 5 tahun saya dah
masuk tadika atau dahulu dipanggil “sekolah tumpang”kerana
dah pandai membaca. Bahan bacaan saya tidak setaraf dengan usia saya
. Contohnya pada usia 6-12 tahun, saya sudah mula membaca buku-buku
karangan penulis terkenal seperti karya Hamka,Shakepeare,Abdullah Hussein,
Abdul Moes,A.Samad Ahmad dan ramai lagi. Sehingga sekarang, saya masih minat
membaca. Tak kiralah sama ada buku, jurnal atau artikel. Setiap pagi
saya mesti membaca akhbar dan sekurang-kurangnya 1 buku setiap
hari.Hahaha..sekarang sudah tentulah saya melayari berita-berita dalam
internet termasuk blog. Saya suka bahan bacaan seperti autobiografi,motivasi
dan pembangunan kendiri serta politik semasa. Jika tidak
membaca bagai ada sesuatu yang tidak kena pada hari itu.
|
|
Elok benar minat sebegitu diamalkan sehingga kini.
Suatu amalan yang patut dipuji.
|
|
Terima kasih. Minat itu memang datang dalam
diri bukan perlu paksaan sebenarnya.Ya..lah faktor persekitaran, latar dan
zaman banyak mempengaruhi juga dalam kehidupan saya.
|
|
Saya setuju dengan Dr.
|
|
Memang patut dipupuk minat ’tu dari
awal sebenarnya.Walau ketika itu tiada dorongan sesiapa tetapi bagi saya
membaca ketika itu sebagai suatu escapism atau pelarian daripada
kesunyian.Manalah banyak hiburan alternatif ketika zaman saya
membesar.Tambahan saya jenis tidak suka berhiburan bersama rakan-rakan
sebaya.Lebih gemar menyendiri.
|
|
Bagaimana dengan zaman persekolahan
Dr.
|
|
Zaman persekolahan saya tidak
mengalami kelengkapan walaupun tahap minimum.Maklumlah sekolah rendah di
estet zaman kolonial;tiada guru bahasa lnggeris.Kemudian sekolah rendah di
kampung yang terpaksa berasingan antara pelajar lelaki dan perempuan.Kekadang
seorang guru terpaksa mengajar dua buah kelas pada suatu masa yang
sama.Terpaksa berkejar ke sana sini mengawal bilik darjah yang berdinding
kadbod. Justeru, kebanyakannya saya sendiri memotivasikan diri saya
berdasarkan kepada penelitian dan pemerhatian dan kepekaan saya
terhadap pengaruh persekitaran tempat tinggal dan keluarga .Apatah lagi
sejak kecil seusia 10 tahun saya berdikari tidak tinggal bersama ibu bapa
tetapi tinggal bersama datuk yang mempunyai ramai cucu lain. Minat
membaca yang mendalam sejak kecil banyak membentuk peribadi dan jiwa
saya misalnya semasa saya di sekolah rendah, dan menengah rendah saya telah
membaca karya penulis tersohor seperti Hamka, Arenawati, Acdiat K.Mihardja,
Pramoedya Ananta Toer, Abdullah Hussin, A.Samad lsmail,A.Samad Ahmad,A. Samad
Said dan lain-lain lagi. Dan saya telah membaca kesemua novel yang memenangi
hadiah utama dan saguhati Peraduan Menulis Novel 10 tahun merdeka anjuran
DBP.Novel-novel itu saya pinjam daripada ldris(sebenarnya milik abangnya)
yang dikenali ”Apah”iaitu rakan zaman kecil saya.Sebenarnya abang
sulung ldris, Asaha Abong (kini Dato’)menjadi idola di kampung saya
kerana menjadi pelajar pertama menjejaki kaki ke menara gading,Universiti
Malaya,Kuala Lumpur pada awal 1960-an.
|
|
Seronok mengikuti pengalaman
persekolahan Dr. Apakah yang memotivasikan Dr membaca?
|
|
Membaca adalah hobi saya. Pada
mulanya, saya melihat banyak buku,kitab lama dan majalah klasik di atas
loteng rumah datuk saya .Saya ambil kemudian membelek-belek sehingga timbul
minat untuk mengetahui isi buku yang saya temui itu. Jadi saya membacanya
satu persatu. Sehinggalah habis buku dan majalah yang ada saya baca
semuanya. Bahan-bahan kritikan masyarakat tulisan Abdul Rahim Kajai
saya baca walhal bukan label kanak-kanak seusia saya ketika itu.
|
|
Bermakna Dr lebih matang berbanding
usia... betul begitu?.
|
|
Saya tak menafikannya. Memang
pemikiran saya lebih matang daripada usia. Contohnya saya suka bergaul
dan membincangkan topik-topik semasa dengan orang dewasa. Sebenarnya
menyeronokkan. Kadang-kadang lucu pun ada.
|
|
Lucu?. Maksud Dr?
|
|
Lucu bila saya membicarakan tetang
isu –isu semasa.Misalnya tika saya berusia 14-15 tahun saya sudah kritis
tentang kemudahan jalan yang tidak berturap,parit yang tersumbat. Walhal bukan setaraf dengan usia
saya. Dan saya terus menulis di ruangan forum pembaca akhbar Utusan
Malaysia/Utusan Melayu lalu disiarkan.Gembiranya bukan kepalang!
Kadang-kadang kena marah juga bila menyampuk perbualan orang dewasa.
Itulah yang melucukan saya. Saya dapat berbahas dengan orang yang lebih tua
daripada saya.Hahaha..tapi tidaklah sehebat Hang Nadim!
|
|
Baiklah… Tadi Dr beritahu saya.. banyak bidang yang
telah diceburi. Apakah jawatan mutakhir Dr ?
|
|
Pensyarah Kanan di salah sebuah IPTA di Brunei.
|
|
Hebatnya Dr . Ok lah .. tentu banyak pengalaman yang
dapat Dr perolehi semasa menjawat jawatan Pensyarah Kanan di sana
ya… Boleh Dr ceritakan sedikit?
|
|
Bekerja di tempat orang tidak sama
dengan di negara sendiri. Banyak birokrasi. Saya sejujurnya tak
berhasrat ’nak menonjolkan diri, siapa saya di sana. Kena
faham-fahamlah. Nanti mereka menyangka kita ’nak melobi atau ’nak
menunjuk-nunjuk pandai.Namun saya tetap berpegang kepada prinsip jika
membabitkan hal-hal akademik. 0leh itu saya hanya bekerja rutin
mengikut apa yang ditawarkan atau diarahkan sahaja.Di samping memberi
kuliah,menyelia praktikum mengajar mahasiswa perguruan, saya juga membuat
penyelidikan,menulis esei dan membuat kerja-kerja terjemahan bahasa Melayu ke
bahasa lnggeris. Tapi pengalaman lain adalah; seperti dapat melihat
sejauh mana kesungguhan pelajar di sana dalam mengejar ilmu...bak kata
bidalan ’lain padang,lain belalang.’
|
|
Apabila saya amati, Dr lebih
suka berkhidmat dan berbakti untuk orang lain.
|
|
Maksud puan?.
|
|
Ya.. lah..berdasarkan bidang
yang Dr ceburi sebutkan tadi, menunjukkan Dr berminat berinteraksi
dengan orang ramai. Sebagai guru atau pendidik ... ’kan
selalu bertemu dan memberikan tarbiyah kepada orang lain.
|
|
Betul ‘tu puan. Saya memang suka bidang yang ada
interaksi dan komunikasi dua hala yang positif . Ya.. lah antara pensyarah
dengan pelajar contohnya. …
|
|
Emmm…….. Baiklah Dr. Boleh Dr
jelasakan perkara yang paling tidak disukai terutamanya membabitkan kerjaya
Dr?
|
|
Berbicara tentang perkara yang paling
saya tidak suka dalam kerjaya ini banyak berkaitan soal peribadi.
Misalnya,kedudukan saya ketika saya berkhidmat di Malaysia hanya
staf biasa. Walaupun ada perkara-perkara yang saya rasakan patut berubah
tetapi cepat-cepat saya beralah dan tak perlulah terlalu berat untuk
memikirkannya. Kerana tidak ada apa-apa perubahan pun kalau saya mencadangkan
atau mengesyorkan sesuatu idea. Saya paling tidak suka apabila ada
individu atau pihak luar yang tidak berkaitan tetapi berkepentingan
mencampuri urusan kerja.Maksudnya yang nyata,mereka yang tidak
berkemahiran. Mereka hanya pandai berkata dan mengarahkan sahaja tapi tidak
ada kemahiran untuk menunjukkan bukti apa yang diperkatakan kepada saya atau
stafnya. Saya pernah juga bersuara mengenainya tetapi tiada apa
tindakan yang diambil.
|
|
Maksudnya Dr. rasa tak puas hati
dengan birokrasi ?.
|
|
Saya tak kata aspek birokrasi sahaja.
Tetapi banyak pihak yang memberi pelbagai alasan ’red tape’. Sebab saya
ni memang aktif dalam beberapa persatuan dan kesatuan guru. Banyak perkara
dalam Perintah Am Kerajaan saya tahu. Jadi nampaklah di situ berberapa
kelemahan kerana ada ketua yang tidak tahu banyak prosedur terutama soal
peruntukan kewangan. Sehingga pada satu tahap, saya merasakan
tidak ada guna bersuara kerana tidak ada keadilan di situ.
|
|
Nampaknya Dr. memang begitu komitmen
dalam karier.
|
|
Memang itu adalah amanah yang
diberikan kepada saya. Saya kena melaksanakan yang terbaik
walaupun ada ketikanya dianggap seperti suatu persaingan.
|
|
Maksud Dr tidak mendapat bantuan
mana-mana pihak itu bagaimana?.
|
|
Maksud saya semasa saya
melanjutkan pelajaran di IPT di peringakat ijazah lanjutan sehingga PhD, saya
tidak pernah mendapatkan biasiswa dari mana-mana pihak baik dari pusat
mahupun dari negeri. Bermakna saya bebas dan mandiri.Saya menjual aset
untuk menampung perbelanjaan pengajian ijazah lanjutan.
|
|
Saya sungguh teruja dengan
kesungguhan dan keteguhan Dr untuk mencapai kejayaan tanpa mana-mana bantuan
kewangan. Jadi, apa rahsia Dr sehingga berjaya kini.
|
|
Tidak dinafikan semasa di tingkatan enam,
maktab perguruan dan ijazah sarjana muda pendidikan saya dibiaya ala kadar
sahaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Walau tidak mencukupi saya
berusaha bekerja sambilan mencari sumber rezeki tambahan. Selain sebagai
penulis dan wartawan sambilan, saya menjual buku secara jualan langsung ke
sekolah-sekolah.Sebab itu saya berkeyakinan bahawa kejayaan saya adalah hasil
usaha sendiri dan tidak mengharapkan orang lain untuk mencapai impian dan
cita-cita. Allah telah mengurniakan semangat yang tinggi kepada saya di
samping sokongan dan seluruh isi keluarga yang mendoakan kejayaan.
|
|
Berdasarkan pengalaman
Dr, minat membaca agak mendalam . Boleh Dr terangkan
apakah perkara yang paling diminati selain membaca dilakukan ketika
lapang?.
|
|
Sebenarnya saya minat dalam
seni...drama dan teater. Dahulu semasa awal perkhidmatan saya dalam
bidang perguruan saya pernah berlakon teater ,mendeklamasi puisi, berpengakap
dan masa terluang saya suka membaca. Saya sasarkan membaca buku
atau novel, sebuah naskah setiap hari. Itu adalah amalan saya sejak
dahulu lagi. Selain itu saya juga minat menulis puisi. , menyanyi ,
berenang , jogging dan aktiviti kembara. Bagi saya masa itu adalah emas dan
sangat berharga.Alhamdulillah telah menghasilkan 20 buah buku kreatif dan
akademik. Buku terkini (2003) ialah kumpulan puisi perseorangan CINTA ARAFAH
yang telah diterbitkan oleh Dwiwangsa Publication.
|
|
Apakah Dr pernah memenangi sebarang
sayembara penulisan?.
|
|
Hahaha. Ada ’tu adalah dalam
genre puisi dan cerpen dalam beberapa sayembara di peringkat
maktab,universiti,negeri dan kebangsaan.. Antaranya pada sekitar
tahun 90-an saya merangkul tempat pertama, hadiah RM3ribu dan
mengalahkan beberapa sasterawan terkemuka yang lain waktu tu...dalam
sayembara menulis Puisi Bosnia anjuran PENA .Saya menggunakan nama seorang
wanita.Hahaha...ramai yang tidak tahu rahsia ini.Seperkara yang tidak dilupai
saya adalah salah seorang daripada sepuluh pemenang sagu hati dan memperoleh
hadiah RM3 ribu menamakan kereta nasional, Proton Saga,1985. Selain
itu, saya suka menulis cerpen dan puisi yang seringkali disiarkan
di akhbar-akhbar dan majalah tempatan dan luar negara termasuk di
Brunei , lndonesia dan Singapura. Tetapi kini aktiviti agak minimum
kerana kesibukan dengan kerja hakiki saya. Namun kini saya kembali menulis
esei ilmiah dan kreatif semula.Saya berazam menulis buku-buku ilmiah.
|
|
Tampaknya Dr agak arif dari
segi ilmu pendidikan dan mendalami bidang kesusasteraan dan linguistik.
|
|
Bukan apa saya meminati semua
jurusan ilmu tapi yang paling minat psikologi bahasa dan sastera iaitu
yang berkisar kognitif dan pemikiran.
|
|
Dr ada menyebutkan tentang perkara
yang paling diminati iaitu membaca , menulis cerpen, puisi dan lain-lain.
Bagaimana pula dengan perkara yang paling tidak disukai.
|
|
Perkara yang paling saya tidak suka
semasa kanak-kanak dahulu ialah terpaksa berjauhan ibu bapa
kerana tinggal dengan datuk. Ini kesan masa lalu saya.Saya
menyendiri,sensitif tetapi memiliki daya sensitiviti yang tinggi. Saya
terpaksa tinggal dengan datuk sebab di kawasan kuarter ibu bapa, lokasi
sekolah agak jauh dan tidak bersesuaian. Bapa memutuskan menghantar
saya dan dua adik saya ke rumah datuk yang berhampiran bandar.
Sangat sedih masa itu. Terasa macam anak terbuang saja. Tapi apabila
bapa saya menerangkan sebab mengapa saya di hantar ke kampung barulah
hati saya tenang walau kerap kesayuan. Sehingga sekarang walaupun hampir 50
tahun berlalu saya masih dapat merasainya perit perpisahan dengan
keluarga.
|
|
Benar apa yang dikatakan bapa
Dr . Bapa Dr sebenarnya memandang masa depan Dr . Dan apa yang terhasil
sekarang, Dr agak kuat kini melawan perasaan dalam setiap perjuangan
kesan pengorbanan perasaan Dr berpisah daripada keluarga
pada masa silam. Dan kini bagaimanakah Dr mengisi masa senggang ?
|
|
Masa senggangg saya biasanya saya
membaca dan menulis artikel atau mengarang cerpen dan puisi.
|
|
Kehidupan sosial Dr?
|
|
Saya suka berpersatuan dan aktif
dalam NGO.Ehemmmm tidak keterlaluan saya katakan bahawa saya turut
berarak bersama-sama para pejuang bahasa Melayu sewaktu menentang PPSMI
(Pengajran & Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris).
Kebetulan saya juga terlibat ketika penubuhan Gerakan Mansuhkan PPSMI
(GMP). Saya ni sensitif sikit dengan isu-isu semasa yang sedang berlaku.
Kadang-kadang saya akan bersuara melalui online contohnya apabila ada isu
yang dibincangkan tidak berkenan di hati saya akan menghubungi langsung dan
berdialog dengan ahli panel sama ada di televisyen,radio mahupun dalam
majlis-majlis dialog terbuka. Saya memang minat berjuang tentang
perkara-perkara yang tidak betul dan harus diperbetulkan.Ya, saya
kritis tapi analitis... Saya tak suka duduk diam
sahaja.Ha..ha..ha..sekarang sesiapa boleh melayari blog saya....tiub
bocor blogspot.com
|
|
Bermakna masa-masa luang Dr diisi
dengan perkara yang bermanfaat lah ya. Jadi tiada istilah rehat
nampaknya.
|
|
Emm. Dah minat dan menjadi
tanggungjawab saya untuk memperbetulkan perkara yang saya kurang
senang..yelah..mesti ada KBKK...kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif!
|
|
Berdasrkankan pernyataan Dr dari
tadi, dapat saya ambil kesimpulan bahawa Dr seorang yang berdikari , maksud
saya semasa menuntut di universiti sehingga ke peringkat PhD , Dr tidak
mendapatkan mana-mana biasiswa pun. 0leh itu apakah prinsip Dr
sebenarnya.
|
|
Saya berpegang kepada prinsip
berdikari tanpa ’ ”tongkat ’. Sebenarnya saya belajar dan menyelidik
berdasarkan kemahuan dan minat sendiri bukan mengikut acuan pihak lain.ltu
adalah prinsip saya. Hasil daripada pengamatan positif saya sendiri. .
Itulah prinsip mandiri saya. Saya berpegang kepada prinsip seperti
mana semasa mesyuarat permuafakatan pengurusan KPM bagi penentuan
PPSMI dahulu saya dan KKGBMS berterus terang menyatakan tidak setuju
berhubung pelaksanaan PPSMI.Saya mengemukakan hujah-hujah akademik di
meja mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu.
|
|
Dalam erti kata lain, bermakna kita
tidak boleh mengharapkan mana-mana pihak untuk menempa kejayaan? Maksudnya
berusaha sendiri. Tetapi pernahkah Dr bergantung dengan mana-mana
individu atau pihak hatta dengan keluarga?.
|
|
Kami dari keluarga yang
sederhana. Saya tidak bergantung dengan keluarga kerana kerana datuk
saya juga terpaksa memelihara 9 cucunya yang yatim piatu. Saya
lebih memandang kepada adik beradik saya. Biarlah ibu bapa saya
memberikan tumpuan kepada mereka. Saya tidak bergantung dengan
mana-mana pihak pun.Ada juga frust sebab beberapa kali mohon
biasiswa peringkat sarjana dan doktor falsafah diketepikan. Namun kenangan
manis yang tidak dapat lupakan ialah kejayaan saya memperoleh ijazah sarjana
(M.A) secara separuh masa cuma dua semester atau satu tahun sahaja di
UKM.Kemudian saya ditawarkan terus melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D di
universiti yang sama. Bagi saya itu adalah hikmah yang tidak terhingga kerana
saya tidak terikat dengan mana-mana agensi atau menggunakan wang rakyat.
Saya bebas.
|
|
’Bebas’. Seronok bunyinya ya
Dr.
|
|
Memang seronok saya tidak terikat,
tidak terasa termakan budi, tidak rasa bersalah kepada masyarakat dan tiada
masalah dengan mana-mana pihak.
|
|
Berdasarkan keceriaan Dr
,memang saya dapat lihat Dr menikmati erti kebebasan ini.
|
|
Dapat dizahirkan dengan keceriaan
saya sekarang. Bukan apa puan, saya telah mengalami pelbagai
kisah pahit duka menempuh kejayaan yang saya perolehi sekarang.
Kena banyak bersabar. Sebab ramai yang mencemburui kejayaan saya.
Saya tidak suka pula untuk bersaing. Apabila ada persaingan saya
lebih suka mengalah dan angkat kaki dulu sebelum apa-apa berlaku.Tetapi
bukan bererti saya mengalah begitu sahaja tetapi saya akan terus bersemangat
menempa kejayaan seterusnya.Maksudnya saya berfikiran positif..
|
|
Adakah Dr seorang yang suka melihat
kebahagiaan orang lain daripada kebahagiaan sendiri?
|
|
Ya. Emmm betul...apa pun bergantung
kepada sikon.(situasi dan kondisi)
|
|
Bagaimana dengan kehidupan rutin Dr?
|
|
Dahulu ada perancangan jangka
pendek mahupun jangka panjang.Saya ada syarikat konsultans sendiri yang
pernah mengendalikan beberapa seminar tetapi tidak aktif.lnsya-Allah, saya
akan menggerakkan sepenuh masa pada masa yang sesuai kelak. Maklumlah kita
sebagai hamba Allah hanya mampu merancang dan berusaha. Kenalah banyak
menempuhi cabaran dengan penuh kesabaran yang banyak.
|
|
Betul Dr... kita kena banyak
bersabar dalam setiap perjalanan kehidupan in.Harapan UN kepada Dr yang
secekal ini yang betah dengan pelbagai kesulitan dan cabaran agar
mendorong motivasi kepada guru-guru muda hari ini.
|
|
Bagi saya senang atau sukar kita
mesti sentiasa yakin diri berpaksikan keyakinan kepada Allah dan banyak
bersabar.Biar orang menganiaya kita, jangan kita menganiaya orang lain.Ada
ubi ada batas....
|
|
Benar... Tentu ada
kekuatan dalam diri Dr .
|
|
Kekuatan dalam diri saya ialah yakin,
berdikari dan ada motivasi pembangunan diri sendiri. Saya suka melihat
ke hadapan dan menoleh ke belakang untuk membuat penambahbaikan.Mesti ada
wawasan!
|
|
Dr sudah lama berkecimpung dalam
profesion pendidikan . Kalau tidak silap lebih 30 tahun. Apakah
sumbangan yang telah Dr berikankan?
|
|
Pengalaman dalam bidang pendidikan
selama 30 tahun. Penglibatan dalam NGO dan organisasi persatuan selama 20
tahun. Penglibatan dalam penulisan sama ada penulisan deskritf dan
kreatif.Pengalaman menghadiri dan terlibat dalam seminar di dalam dan luar
negara termasuk mengembara ceruk rantau dalam negeri dan luar negara.
Pengalaman yang digarap ini biasanya secara gabung jalin dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, dalam kuliah saya kongsikan untuk para pelajar
saya.Tujuannya meningkatkan motivasi mereka.Selain itu saya garapkan ke dalam
karya-karya kreatif.
|
|
Walau banyak kejayaan
yang Dr perolehi, tentu ada pelbagai bentuk cabaran dan halangan yang
terpaksa Dr hadapi. Adakah begitu Dr?.
|
|
Biasalah puan, kita bekerja dengan
manusia dan persekitaran.Ada interaksi dan komunikasi.Tentu ada
halangan-halangannya. Tentu ada yang tidak senang dengan apa yang kita
miliki. Ramai yang cemburu dengan kejayaan kita dan orang lain.
ltu lumrah kehidupan. Bagi saya halangan perlu saya
ditatangi dengan merangka pelan A,pelan B dan seterusnya. Sikap
cemburu,dengki dan khianat orang lain anggaplah suatu persaingan
sihat.Kita jangan putus-asa.Dalam diam kita boleh bertindak.Umpama menarik
tepung dalam rambut.Rambut tidak putus,tepung tidak tumpah.Apa salahnya kita
berhijrah ke tempat lain untuk mendapatkan pengalaman baru dan
menyebarluaskan kepada ilmu pada orang lain.Berhubung dengan halangan-halang
birokrasi,tidak perlulah saya bercerita panjang. Ada yang bersifat
personal.Namun peraturan yang sedia ada tidak silap tetapi manusia yang
melaksanakannya tidak cekap,tidak amanah. Yang paling mengecewakan
saya ialah apabila bertemu ketua majikan yang opurtunis,hipokrit dan tidak
ada pendirian; bagai lalang ditiup angin.
|
|
Wah, macam tidak puas hati luahan Dr?
|
|
Tidak puas hati adalah fitrah.Saya
manusia hamba-Nya yang serba lemah dan kekurangan.Sebenarnya saya jenis
kakitangan yang bertindak atau menegur mengikut peraturan sedia
ada.Perintah Am Kerajaan. Saya akan merujuk Perintah Am bagi
penambahbaikan dalam sesebuah organisasi.Bukan menyembunyikan habuk di bawah
karpet. Selain itu perkara yang berkaitan penilaian prestasi yang ada
elemen ketidakadilan kerana tidak mematuhi prosedur penilaian.Misalnya semasa
zaman penilaian SSB masih banyak kedapatan Ketua Pejabat yang tidak
memanggil staf mereka bagi melaksanakan prosedur penilaian secara
telus.Mereka menilai pada padangan luaran dan emosi tetapi bukan kepada
sumbangan dan penghasilan kerja kita seperti yang digariskan dalam
panduan skema. Ini membuatkan saya tidak berpuas hati dan berasa kecewa
serta hilang kepercayaan!
|
|
Baiklah Dr. Saya rasa bual
bicara kita sudah ke penghujungnya. Saya ingin membuat
kesimpulan dengan apa yang diperkatakan. Beginilah Dr.. Pada padangan
saya, Dr adalah seorang cekal menerokai bidang akademik . Banyak
buku Dr telah diterbitkan pada suatu masa dahulu.. begitu juga dengan cerpen
dan puisi. Penglibatan Dr dalam NGO banyak membawa implikasi
positif sehingga hari ini. Kekuatan Dr adalah prinsip hidup tidak
bergantung dengan sesiapa tetapi tidak malu bertanya kepada mereka yang tahu
dan berilmu. Sejarah hidup Dr banyak membantu Dr untuk mengecapi
kejayaan di samping pengorbanan ahli keluarga yang sanggup berkongsi suka
duka sepanjang kerjaya Dr. Itu adalah kekuatan dalaman Dr. Bagi
saya Dr orang yang tabah dan kuat menghadapai cabaran dan dugaan kerana
Dr berpaksikan keyakinanan kepada Allah. Bagaimana Dr? Adalah Dr setuju
dengan kesimpulan saya.
|
|
Tidak ada salahnya puan membuat
kesimpulan ini. Tapi saya ingin melengkapkan lagi rumusan puan ni
. Bagi saya setiap pekerjaan mesti ada perancangan, setelah dirancang
lakukan pelaksanaan dengan teratur dan buatlah pemantauan dari semasa ke
semasa bagi menentukan perancangan dan pelaksanaan dapat dilaksanakan
dengan bersistemetik.lnsya-Allah jika dikurniakan kesihatan diri yang sihat
walafiat saya akan membuat penyelidikan untuk ijazah Ph.D dalam bidang lain
pula.
|
|
Syabas dan didoakan Dr terus
berketrampilan dan berdaya saing dalam kerjaya dan beroleh kejayaan dengan
cita-cita Dr yang tidak pernah luntur,tidak kunjung padam itu.Baiklah
Dr. Saya sangat-sangat bertuah dapat mewawancara dalam sesi bual
bicara motivasi ini. Terima kasih.
|
|
Saya pun bertuah kerana dapat
berkongsi apa yang saya miliki dan pernah miliki sebelum ini dalam kerjaya
saya. Bolehlah yang baik diambil sebagai panduan dan yang tidak elok
dijadikan sempadan. Yang baik datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang daripada
saya sendiri.Sama-sama.
(sumber: umminessa.blogspot.com/ Blogger ini
kini sedang menyiapkan PhD dalam bidang kepemimpinan dan dakwah di
sebuah IPTA Malaysia. Wawancara telah dilakukan pada tahun 2009).
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan