Salam Perjuangan

13 November 2011

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA: ROMBONGAN PELAJAR DAN TRAGEDI KEMALANGAN

Akhirkah sebuah impian? 
TRAGEDI bas rombongan pelajar-guru yang datang dari Kulim,Kedah dalam perjalanan ke Genting Highland yang ditimpa kemalangan ngeri di lebuh raya PLUS berhampiran Behrang-Slim River, Perak pada 11 November 2011 kira-kira jam 4.30 pagi  yang menyebabkan  lima terbunuh dan beberapa lagi cedera parah adalah suatu tragedi ngeri yang amat menyayat hati.TB dan tim TB mengucapkan tahziah kepada seluruh ahli keluarga yang terbabit dalam tragedi tersebut.

Adalah sesuatu yang malang andainya rombongan pelajar-guru tersebut tidak mematuhi prosedur seperti yang ada dalam garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia.Sehubungan ini, Pengetua/Guru Besar/ Pentadbir Sekolah wajib memantau dan mengambil tahu secara terperinci apa jua bentuk pemantauan ke atas rombongan pelajar khususnya yang mahu melakukan lawatan di luar negeri masing-masing.Kondisi bas dan keupayaan dan pengalaman pemandu bas juga wajar diambil kira; terutama berhubung aspek-aspek keselamatan dan piawaiaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Di samping aspek teknikal dan prosedur lawatan; insuran dan surat keizinan ibu bapa, PPD.JPN dan KPM; pihak pentadbir sekolah seharusnya mengambil tahu tentatif, jadual perjalanan dan pengisian lawatan. Biarlah lawatan sambil belajar itu diolah untuk tujuan semata-mata memperoleh pengalaman dan bersifat menimba pengetahuan dan ilmu di luar bilik darjah.

 Justeru perancangan yang rapi dan perbincangan antara guru muda dan guru senior haruslah ada dari semasa ke semasa di samping idea-idea daripada Penolong Kanan (HEM) dan Pengetua. Sikap lepas tangan haruslah dihindari.

Adalah amat malang jika lawatan hanya lebih ke arah hiburan dan untuk bersantai semata-mata. TB pernah terserempak beberapa pelajar sekolah rendah yang datang dari utara tanah air suatu waktu dahulu, beruniform tetapi berkeliaran di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur yang kebetulan; guru pengiringnya entah ke mana menghilangnya.Tidakkah ini membahayakan diri murid-murid tersebut? (TB).

Tiada ulasan: