Salam Perjuangan

31 Januari 2013

BENARKAH GURU SEJARAH TIDAK FAHAM SEJARAH ?


LAPORAN akhbar Utusan Malaysia (16/1/2013) lalu ada menyebut bahawa Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju dengan kenyataan yang mendakwa ramai guru Sejarah tidak faham sejarah negara.

Presidennya, Hashim Adnan menegaskan, adalah tidak mungkin guru Sejarah kabur dalam memberikan penerangan tentang sejarah negara kerana perkara tersebut adalah pengkhususan yang ditekankan ketika berada di universiti.

Justeru beliau telah mengukuhkan sangkalannya benar berdasarkan keputusan para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam saban tahun.Adakah andaian ini benar? Saya yakin, Hashim Adnan tersilap menafsir apa yang dimaksudkan guru sejarah tidak faham sejarah.


Sebenarnya tidak faham sejarah ; tidak tahu cara penyampaian ilmu sejarah adalah dua situasi berbeza.Namun tidak dinafikan isu ini bersangkut-paut dengan kemahiran bahasa yang mana jelas menimbulkan banyak kekeliruan

Oleh itu kaedah komunikasi yang berkesan  guru tersebut perlu pertingkatkan lagi. Dan tidak mustahil ada juga guru yang terbawa-bawa dengan 'ideologi pemikiran'nya yang negatif kerana diselaputi oleh sikap perkauman yang songsang.

Saya sendiri mendapat respons daripada seorang guru/pensyarah pendidikan yang pernah berpengalaman sebagai guru di sekolah selama 15 tahun (selebihnya sebagai pensyarah/pendididik guru di IPGM). Beliau pernah menempuh pengalaman sebenar.

 Suatu tengah hari beliau secara kebetulan lalu di koridor sebuah kelas; tingkatan 4.Kebetulan seorang guru sejarah keturunan bukan Melayu sedang berdiri mengajar di hadapan kelas dengan suara lantang yang jelas kedengaran ke cuping telinganya.Ya, antara isi pelajaran yang beliau  terdengar ialah begini..."Malaysia telah dibuka oleh Parameswara ketika menemui Melaka....."

Sekilas dengar seperti tidak ada silapnya. Ya, sebagaimana frasa yang diujarkan begini: 'Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan'? lnilah yang boleh mengelirukan jika ada guru sejarah 'tidak jujur' menerangkan tentang sejarah.

Sayugia  apabila mengaitkan mengenai pembukaan Melaka oleh Parameswara (ingat Parameswara bukan orang lndia atau orang Keling dari benua Keling: istilah fakta dari buku Sejarah Melayu tetapi ialah seorang yang beragama hindu (kerana ketika itu pengaruh hindu mendahului selepas animisma)yang mana anak raja dari dinasti Saleindra di Palembang,Sumatera yang mana sudah tentulah daripada rumpun mahawangsa Melayu)sudahlah tentulah belum ada nama Malaysia (bermula 1963).

Melaka  walaupun disebut negeri tetapi berstatus sebuah negara yang berkerajaan dan berpelembagaan (Kanun Melaka). Sebab itu dalam buku sejarah Melayu disebut 'Negeri China', Negeri Arab' dan sebagainya bagi merujuk negara yang berkerajaan. 

Begitu juga jika ditanya 'Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan'? Harus diingat bahawa kemerdekaan yang dicapai pada 31 0gos 1957 pada ketika itu ialah sebuah kerajaan yang bernama Persekutuan Tanah Melayu yang mana lnggeris menyebutnya 'Malaya'. lstilah 'Malaysia' hanya l;ahir pada tahun 1963 atas idea sebuah gagasan penggabungan Sabah,Saarawak,Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu.

 INILAH realiti sejarah yang sepatutnya guru sejarah atau sesiapa pun tidak menjadi kabur atau berpura-pura kabur. Kesilapan ini bukan hanya ditujukan kepada guru sejarah sahaja tetapi kepada orang awam keseluruhannya. Kebenaran itu pahit tetapi kesilapan itu menghancurkan!

Tiada ulasan: