Berada bersama remaja Kemboja sebagai jurumudi ketika penulis (TB) cuba memandu sendiri bot di tengah Tasik Tonle Sap |
Sebuah sekolah rendah terapung di Tasik Tonle Sap |
Kawasan rumah terapung di tasik besar di Tonle Sap |
Pub Street di Siem Reap menjadi tumpuan pelancong Barat |
TB di hadapan pintu masuk Angkor Watt |
Siem Reap merupakan ibu kota Siem Reap di Kemboja. Bandar ini terletak di bahagian barat laut negara dan merupakan pusat pelancongan dan budaya penting di Kemboja kerana menjadi pintu masuk menuju kawasan purbakala kota Angkor yang terkenal. Bandar ini memiliki iklim tropika. Pada tahun 2006, bandar ini memiliki jumlah penduduk seramai 139,458 orang.Kini tidak mustahil penduduknya telah bertambah 200,000 orang!
Siem Reap memiliki bangunan tua kolonial dan seni bina negara China di sekitar pengaruh Perancis dan Dalai Lama. Di bandar ini terdapat gedung pertunjukan tarian tradisional Apsara, pusat cenderamata, kilang kain sutera, sawah padi di perkampungan, desa nelayan, dan suaka burung berhampiran tasik/danau Tonle Sap. Lapangan terbang antarabangsa Siem Reap menghubungkan bandar ini dengan dunia luar.
Kata Siem Reap berarti 'Kekalahan Siam' — kini Thailand— dan merujuk pada permusuhan dan pertumpahan darah selama berabad-abad, peristiwa yang diperingati dalam ukiran relief dan monumen. Nama ini juga dapat diterjemahkan sebagai 'Kegemilangan Siam', kerana, selama 500 tahun sebelum peperangan, kota ini menjadi jalan utama dari Kemboja kuno menuju Thailand (Siam ketika itu)
Pada 1901 École Française d'Extrême Orient (EFEO) mula menghubungkaitkan dengan Angkor apabila beliau mula menerokai kembara ekspedisi memasuki Siam dan Bayon. Pada 1907 Angkor, yang telah direbut daripada Siam dengan paksa, dikembalikan kepada Kemboja. EFEO bertanggungjawab membersihkan situs purbakala ini daripada cengkeraman hutan. Pada tahun yang sama pelancong pertama tiba di Angkor dan sejumlah 200 orang pelancong yang tinggal di Angkor selama tiga bulan. Angkor kembali diselamatkan dari hutan dan mendapat perhatian dunia.
Pada saat ditemukan oleh penjelajah Perancis pada abad ke-19, Siem Reap hanyalah berupa desa sederhana. Dengan dikuasainya Angkor oleh Perancis pada 1907, Siem Reap mulai berkembang dan menerima gelombang pelancong pertamanya. Grand Hotel d'Angkordibuka tahun 1929 dan candi-candi di Angkor menjadi salah satu daya tarik pelancongan Asia utama hingga akhir 1960-an.
Tokoh terkenal seperti Charlie Chaplin dan Jackie Kennedy, adalah mereka yang pernah mengunjungi Angkor. Pada 1975, sebahagian besar penduduk kota Siem Reap, bersama seluruh penduduk kota lainnya di Kemboja dianiayai kejam oleh komunis Khmer Merah yang mana baki penduduknya menyelamatkan diri dan tinggal di kawasan kampung pedalaman.
Tokoh terkenal seperti Charlie Chaplin dan Jackie Kennedy, adalah mereka yang pernah mengunjungi Angkor. Pada 1975, sebahagian besar penduduk kota Siem Reap, bersama seluruh penduduk kota lainnya di Kemboja dianiayai kejam oleh komunis Khmer Merah yang mana baki penduduknya menyelamatkan diri dan tinggal di kawasan kampung pedalaman.
Seluruh negara dan rakyat Kemboja menderita di bawah rejim kejam Khmer Merah. Hingga sejak misi keamanan PBB dan kematian Pol Pot pada 1998 barulah keamanan mulai terserlah dan membangkitkan industri pelancongan yang sangat penting untuk memulihkan Kemboja. Maka setelah sekian lama sepi Siem Reap mulai bangkit sejak pertengahan 1990-an.
Kini, Siem Reap adalah kota atau bandar yang paling pesat pertumbuhannya di Kemboja sebagai kota kecil yang menawan tempat singgah sebelum mengunjungi candi-candi terkenal (bagi yang bukan lslam) di Angkor. Daya tarik Angkor menyebabkan Siem Reap telah bangkit menjadi pusat pelancongan utama di kawasan ini yang mana menjadi kota yang hidup dengan dipenuhi hotel dan tarikan pelancongan lainnya khususnya dari Barat. (TB)
Nota: Tasik Besar Tonle Sap ialah sebuah tasik terbesar di Asia.
Nota: Tasik Besar Tonle Sap ialah sebuah tasik terbesar di Asia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan