Salam Perjuangan

05 Januari 2013

HJ HASSAN TOPIT, DATUK YUSOF OTHMAN & RASHID DOGOL

KISAH tiga sahabat lama (dan boleh juga diperbaharui lagi) yang asalnya anak kelahiran bumi Melaka yang mahu TB ceritakan sepintas lalu ialah tentang betapa dunia ini yang luas terbentang tetapi kecil jua akibat usia perjalanan hidup yag dilewati. Dengan dipanjang usia; ketiga-tiga sahabat lama TB ini telah mengukir kejayaan demi kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan berkeluarga.

HJ Hassan Topit yang TB 'tersua' ketika sambutan Hari Guru Kebangsaan di Johor Baharu, Johor pada tahun 2006. Sebenarnya mulai tahun 2006, TB tidak lagi turut berada dalam senarai Jawatankuasa lnduk Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan seperti tahun-tahun sebelumnya kerana TB tidak bersama KPM lagi tetapi terus menabur bakti dan berjuang dalam dunia pendidikan di gelanggang yang lain.Bayangkan kami tidak bertemu hampir 30 tahun! Raut fizikalnya yang jauh berubah namun suara dan gelagat kelakarnya dan sikap 'friendly' tetap terpancar kekal mesra.TB dibawa bersua Hj.Hassan melalui teman lama juga, Cikgu Roslan yang bertugas di Jabatan Pelajaran Johor,JB.

Bersandarkan profil diri atau biodata dalam blognya 'Cetusan Minda' Hj Hassan telah meniti dari satu tahap ke satu tahap; baik dalam bidang akademik mahupun tanggungjawab dan kewajipan dalam kerjaya perguruan. Dipendekkan cerita, Hj Hassan sebenarnya adalah sahabat semaktab TB semasa kami sama-sama mengikuti kursus asas perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai (MPB/kini IPGM kampus BM) 1976-77. MPB ketika itu ialah salah sebuah maktab perguruan yang ternama, berprestij dan berwibawa setanding MPSI/SITC (kini UPSI) khususnya dalam bidang kebahasaan, kebudayaan dan kesusasteraan.TB masih ingat kami ketika itu kami sibuk dengan fesyen seluar 'bell-bottom' dengan rambut panjang ala-Bruce Lee. Banyak cerita,kisah suka duka ketika di MPB; insya-Allah TB akan tulis dalam memoir lain; termasuk TB terpaksa 'menukarkan nama' TB sebanyak 3 kali. Khabarnya Hj Hassan telah pulang ke Melaka; dan menjawat sebagai Pengetua (Cemerlang) di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Melaka. Tahniah!

Datuk Yusof Othman yang TB tidak temui semenjak kami memperoleh ijazah pertama di UPM Serdang pada era 1980-an lalu.TB hanya mendengar khabar tentang beliau dari teman-teman bahawa beliau bertugas sebagai guru di Melaka. Bintang beliau cerah ketika khidmatnya ditabur di bumi kelahirannya,Melaka. TB cuma dapat berita mengenai kejayaan demi kejayaan Yusof daripada sahabat TB, Cikgu Abu Bakar Presiden KPPK/NUTP yang juga berkhidmat di Melaka ketika itu.Tahniah! Yusof semasa kami sekelas berkuliah di UPM dahulu seorang yang pendiam tetapi mudah serius dan tersenyum. Sesekali beliau berhujah dalam bilik kuliah mahupun tutorial terasa 'panas' dan pedas juga.Lantaran kemalangan yang dialami semasa belajar di UPM dahulu (kakinya terpaksa disambung besi) beliau agak terbatas mahu bergerak. Kadangkala kelihatan beliau menumpang motosikal atau kereta kawan.Apapun Yusof agak selesa berjalan kaki yang mana mungkin mahu menjalani terapi kakinya.

Begitulah Datuk Yusof Othman, tuah ayam boleh dilihat tetapi tuahnya Allah telah mengurniakannya dengan pelbagai kejayaan.Jawatan akhir beliau sebelum bersara pada tahun lepas 2012 (mengikut sumber yang TB terima)ialah sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka .Sehingga kini TB belum dapat berjumpa dengannya. Begitu juga sahabat-sahabat lama TB di Melaka seperti Abdul Rahman Awal,ldris,Jani,dan lain-lain.

Manakala Cikgu Abdul Rashid Dogol ialah rakan semaktab TB yang mengambil jurusan pengajaran Sejarah sebagai subjek major kedua,Tidak banyak maklumat tentang Rashid yang TB ketahui. Namun ketika akhir kerjayanya  (bersara wajib, tahniah!) beliau memegang jawatan Guru Besar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Selandar Melaka.TB dapat hubungi dan berjumpa dengannya di bandar Jasin,Melaka pada tahun 2011 sewaktu TB ada urusan di pejabat tanah Jasin Melaka ketika itu.Suara dan susuk tubuh Rashid tetap seperti dahulu walau wajahnya banyak berubah tidak seperti dahulu.Hahaha...Rashid tetap nampak comel; walau sudah bercucu. Baru-baru ini beliau ada menjemput TB ke rumahnya kerana majlis kenduri kahwin anak bongsunya.Sayang sekali, TB tidak dapat menghadiri kerana ketika itu berada di UGM, Jogyakarta,lndonesia.

Begitulah kisah tiga (3) sahabat yang terus mengikut putaran hidup dan kehidupan. Kegigihan dan kejayaan kalian semoga menjadi contoh anak-anak Melayu yang lain khususnya para guru zaman ini yang banyak memperoleh 'durian runtuh' dan pelbagai kemudahan hasil perjuangan para pendidik masa lalu. Salam perjuangan! (TB:emel: dr_rajieehadi@yahoo.com)

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum wbt sahabat lama. Tk kerana masih ingat saya. Terharu bila membaca coretan di halaman saudara, lebih-lebih lagi nostalgia semasa di MPB. Masa terlalu pantas berlalu. Saya kini berada di hujung perkhidmatan. Bila ke Melaka datanglah ke SMS Muzaffar Syah. Lama kita tidak bersua muka.