BEKAS Pengarah Veterinar negeri, Datuk Dr. Noor Soeraya Norsham dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat tuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan gred jawatan antara 2009 hingga 2011.
Hakim Datin Nursinah Adzmi membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Mengikut pertuduhan, Noor Soeraya, 39, didakwa menyerahkan dokumen palsu bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun untuk pegawai Gred G48, G52 dan G54 itu kepada Pegawai Pembantu Tadbir di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Siti Norhayati Md. Yusof antara 16 Mac 2009 dan 24 Julai 2011 melibatkan wang sebanyak RM50,314.69.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika memangku jawatan Gred G44 di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Jalan Pantai dan di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan.
Nursinah dalam penghakimannya berkata, walaupun jelas surat dikeluarkan itu palsu namun pihak pendakwaan gagal membuktikan dokumen berkenaan dipalsukan oleh tertuduh. (sumber: UM,15/01/13)
TB: DUKACITA juga kes seperti ini boleh terjadi dan menjadi isu gempar negara suatu ketika dahulu.Semuanya gara-gara bersikap tamak haloba dan mahu mengejar glamour dan populariti dengan cepat serta lebih bersikap kebendaan.
TB tetap yakin bahawa Dr Veterinar Noor Soeraya masih waras dan TB yakin ilmu yang dipelajarinya sejak kecil boleh membantu dirinya untuk mengerti dan memahami erti kehidupan masa hadapan dengan lebih bermakna.
Bagi TB ini juga suatu kelemahan mekanisme dalam aspek pengurusan peringkat bawahan dan tertinggi. Bayangkanlah ironisnya menurut hakim Datin Nursinah dalam penghakimannya bahawa jelas surat/dokumen yang dikemukakan oleh Dr Noor Soeraya bagi tujuan pelarasan gaji dan elaun untuk gred 48,52,54 adalah PALSU tetapi pihak pendakwaan gagal membuktikannya. Jika benar PALSU apakah tidak ada cara saintifik untuk membuktikan ketulenan atau kepalsuannya.
Apa kata JPA dalam isu ini? Apakah pihak pendakwa 'tidak mahu memanjangkan isu ini kerana akan melibatkan pihak atas yang saling kait berkait'? Bagi TB, apakah JPA berlaku adil kepada penjawat awam lain yang terpaksa bertungkus-lumus bekerja untuk meningkatkan prestasi bagi kenaikan pangkat tetapi gagal menikmatinya kerana menjadi mangsa banyak faktor?
Adakah JPA tergamak melihat nasib penjawat awam lain terpaksa menanti tahun demi tahun bagi tempoh tertentu (time-based) tetapi ada penjawat awam lain dengan 'surat palsu' boleh menikmti kenaikan pangkat dan gaji+elaun dengan cepat? Apa komen Ceupacs dalam isu ini? Apappun keputusan mahkamah tetap kita hormati dan patuhi demi kedaulatan undang-undang. Biarlah masa yang akan menentukannya. (TB)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan