Salam Perjuangan

11 Januari 2013

LPF KHIANATI BAHASA MELAYU?

TB terima aduan daripada seorang pembaca berhubung dengan elemen secara halus yang sedang berlaku bagi menunjukkan rasa tidak hormat mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita Malaysia.Beliau bertanya 'adakah syarat tayang wajib kepada filem-filem bukan berbahasa Melayu di pawagam-pawagam di Malaysia yang wajib ada sarikata Bahasa Melayu telah dilonggarkan kerajaan khususnya di Lembaga Penapis Filem (LPF)?

TB faham lantaran TB dan beliau juga berasa amat sedih kerana senario ini mencerminkan sikap memperlekehkan dan tidak prihatin terhadap kedudukan bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pembaca tersebut telah memberitahu bukti sebagaimana yang terjadi ke atas penayangan filem Hindi yang ditayangkan di pawagam Capsquare,Kuala Lumpur baru-baru ini, 'KHILADI 786' dan 'DABANG' yang mana filem-filem tersebut tanpa sarikata Bahasa Melayu.Justeru apakah reaksi atau tindakan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang kini diterajui oleh Ketua Pengarah barunya, Dr Awang Sariyan dalam menangani isu ini? Adakah LPF tidak peka dan mengambil  mudah soal bahasa kebangsaan kita? (TB)

Tiada ulasan: