KALAU kita dengar dan percaya kepada perangkaan, sama ada awam atau swasta, ekonomi kita tidaklah seteruk Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita tahun ini dianggarkan lima peratus berbanding AS sebanyak 1.5 peratus dan Zon Euro dalam 0.3 peratus. Tapi pertumbuhan ekonomi kita lebih rendah daripada China, India, Indonesia dan banyak lagi negara di rantau ini.
Bukan sahaja pertumbuhan ekonomi kita tidak lagi sepesat sebelum Krisis Kewangan Asia 1997/98, malah telah mengalami beberapa krisis kecil selepas itu. Sejak krisis 1997/98, KDNK kita berkembang di bawah paras 5 peratus sedangkan kita memerlukan pertumbuhan purata 7 peratus setahun dari awal 1990-an hingga tahun 2020 untuk mencapai taraf negara maju.
Jurang ekonomi melebar semula
Seperti saya nyatakan dalam ruangan Kunta Kinte Original, Berita Harian 28 Disember bahawa perangkaan menunjukkan pada 2009, jurang pendapatan antara kaum sudah berbalik kepada yang asal yakni pada permulaan Dasar Ekonomi Baru atau lebih teruk. Jurang pendapatan bandar dan luar bandar sudah kembali kepada waktu kita mencapai kemerdekaan pada 1957.
Walaupun jurang pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera dan Cina misalnya, telah menguncup pada1990, tapi ia melebar semula pada 2009.
Pada 1990, bagi setiap RM1 pendapatan Bumiputera, Cina memperoleh RM1.70. Menjelang 2009, jurang ini meluas menjadi dua kali ganda.
Ambil contoh simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula. Orang Cina menyimpan 2.4 kali lebih banyak daripada Bumiputera. Orang Cina miliki 5.6 kali lebih banyak bangunan. Pada 2005, hanya 7.4 peratus syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia milik Bumiputera berbanding 58.6 peratus oleh orang Cina.
Jumlah ekuiti Bumiputera hanya 18 peratus berbanding 35.8 peratus oleh orang Cina.
Dalam pasaran buruh pula, pekerja Cina peroleh gaji purata 1.77 kali lebih tinggi daripada Bumiputera. Ini tidak menghairankan kerana majoriti Bumiputera bekerja dengan kerajaan yang lebih rendah gajinya manakala majoriti Cina bekerja dalam sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Bumiputera.
Bumiputera warga ekonomi kelas tiga
Kalau diukur mengikut pekali Gini (Gini coefficient), orang Cina dan India secara purata makin jauh meninggalkan Bumiputera dari segi pendapatan.
Saya tidak menolak ada orang Cina dan India miskin, tetapi bilangan mereka jauh lebih kecil daripada Bumiputera. Dalam konteks ekonomi, Bumiputera sudah menjadi rakyat kelas ketiga selepas orang Cina dan India.
Kerana ekonomi negara kini tidak berkembang sepesat tempoh DEB Baru dan dasar pembahagian kekayaan melalui pembasmian kemiskinan serta penyusunan semula masyarakat tidak lagi diamalkan dengan serius malah sudah diganti dengan keterangkuman dan meritokrasi, maka kesan lelehan (trickle-down effect) semakin perlahan.
Manifestasi kemunduran ekonomi Bumiputera ini boleh dilihat di mana-mana saja. Beberapa hari lalu, ketika bersarapan di sebuah kedai India bukan Islam, saya ternampak sekeluarga India (yang tentunya kaya) masuk dengan diiringi seorang pengawal keselamatan Melayu berpakaian seragam biru.
Kasihan pula melihat dia berdiri terpacak di belakang majikannya sepanjang mereka bersarapan. Tetapi apa nak buat, itu cara dia mencari rezeki halal dan itulah agaknya yang diperintahkan oleh majikannya.
Boleh kata semua orang India dan Cina kaya yang ada pesaing perniagaan dan takut diculik, apatah lagi yang ada musuh akan mengambil orang Melayu, khususnya bekas anggota Unit Tindakan Khas polis sebagai pengawal peribadi.
Ada sesetengahnya sampai berbelas-belas orang. Apabila mereka ke mana-mana, mereka akan bergerak dalam konvoi tiga atau empat buah kereta. Cermin kereta mereka tentulah gelap gelemat. Kadang-kadang mereka tidak pun ada dalam kenderaan. Sekadar helah mengelak daripada ancaman.
Kerana Melayu taat
Alhamdulillah, kerana ramai orang Cina dan India kaya di negara kita ini dan kerap berlaku keganasan yang melibatkan mereka, maka ramailah bekas anggota polis dan tentera Melayu dapat kerja jadi pengawal keselamatan.
Lagi-lagilah sekarang apabila jenayah bunuh, culik, peras ugut dan rompakan makin menjadi-jadi. Bukan tauke saja yang ketakutan, sengkeh pun ketakutan juga.
Saya perhatikan tauke Cina dan India yang saya kenali jarang sekali mengambil orang Cina atau orang India jadi pengawal peribadi mereka. Ramai orang India jadi pemandu. Lagipun tidak ramai orang Cina yang mahu jadi pengawal keselamatan – berbahaya dan gaji tidaklah besar mana. Lebih baik buat kerja lain.
Tetapi orang Melayu dan India yang rendah pelajaran dan tidak pandai berniaga terpaksalah buat apa saja yang mereka layak untuk mencari rezeki halal. Itu pun sudah ramai orang Melayu dan India yang menjadi penjenayah, khasnya bekas tahanan Ordinan Darurat yang dimansuhkan. Dalam hal ini, saya salahkan kerajaan dan Parlimen yang memansuhkannya.
Tapi dalam jenayah pun, Melayu kalah kepada kaum-kaum lain. Ramai Melayu diambil menjadi pegawai keselamatan dan pengawal peribadi tauke Cina dan India kerana orang Melayu taat serta setia hasil pembabitan mereka dalam pasukan bersenjata. Lagipun, jarang sekali Melayu terbabit dengan jenayah seperti culik dan peras ugut. Kalau terbabit pun cepat kena tangkap.
Wallahualam, saya pun tidak tahu sama ada orang Melayu dan Bumiputera seronok atau tidak menjadi warga ekonomi kelas tiga serta mempertaruhkan nyawa sendiri untuk melindungi nyawa dan kekayaan orang lain.
* (sumber: The Scribe A Kadir Jasin)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan