Salam Perjuangan

18 Januari 2013

VangVieng Pagi Hujan Perlahan


SUASANA pagi bergerak perlahan tatkala hujan dengan simfoni rentak lembut. VangVient bandar di kelilingi bukit-bukit dan pergunungan batu kapur di utara Vientiane bergerak seperti biasa. para pelancong Eropah yang rata-ratanya dari negara bukan berbahasa lnggeris seperti Belgium, Sweeden, Swiszerland,Denmark dan Norway begitu teruja dengan suasana tradisi bandar dan perkampungan yang jauh berbeza dengan negara mereka
Sebenarnya inilah produk dan dapatan yang mereka mahu.Mereka bukan mahukan pusat membeli-belah seperti Berjaya Times Square, Midvalley atau Sogo di Kuala Lumpur, Mereka bukan mahu menginap di Hatten Hotel seperti di Melaka. Mereka bukan mahu sibuk atau macet kota seperti di Pulau Pinang atau Johor Baharu.

 Sejujur-jujurnya,n apa yang mereka mahuka ialah keunikan, kedamaian dan asli tradisi yang tidak terdapat di tempat-tempat mereka. Justeru bawalah mereka ke kampung Melayu yang asli, tempat-tempat bersejarah seperti makam Tun Teja, Perigi Hang Tuah atau makam Hang Tuah di Melaka dan beriadah seperti di Taman Negara Pahang, Gunung Ledang,Johor atau keunikan tanah tinggi Kundasang di Sabah.. lsu emosi dan psikologi seperti inilah yang tidak dapat dihayati oleh 'Tourism Malaysia'.

Vangvieng sekilas pandang tidaki jauh juga dengan suasana  kampung tradisi dan kampung baru di Malaysia.Bagi pelancong atau pengembara Muslim mencari makanan halal amatlah sukar.Justeru dengan adanya sebuah restoran lndia yang diwarwarkan halal sudah memadai untuk mereka bertawakal bagi menggalaskan perut. Sekurang-kurangnya roti nan tandori ayam, nasi goreng ayam, roti prata dal dan teh tarik dapat pengubat rindu Malaysia nun jauh di sana. Salam rindu. (TB)

Tiada ulasan: