MERUJUK
perkara berkaitan saya Puan ABC telah berkhidmat hampir tiga tahun di XYZ,
(2010 hingga kini). Sebelum itu saya berkhidmat di DEF dan seterusnya
Cuti Belajar ljazah Lanjutan sepenuh masa di UXY. Apabila tamat belajar dengan
jayanya tahun 2009/2010, saya telah memohon untuk ditempatkan di STU kerana
saya tinggal di rumah sendiri di QRS. Namun permohonan saya tidak dapat
dipenuhi dan diberitahu ditempatkan buat sementara di XYZ pada tahun 2010.
2.Sebagai
penjawat awam saya akur dengan petempatan tersebut buat sementara waktu.
Perjalanan ulang-alik dari kediaman saya (QRS) ke XYZ lebih kurang 80km sehala. lni bermakna saya
sebagai penjawat awam wanita senior berstatus seorang ibu terpaksa
memandu setiap hari bekerja dan seumpamanya sejauh 160km dengan menghadapi pelbagai risiko
sepanjang perjalanan di lebuh raya.
3.Saya telah
lebih tiga (3)kali memohon pertukaran dan mengajukan melalui Ketua Jabatan
sebagaimana prosedur biasa tetapi gagal.Apa yang mendukacitakan saya sebagai
penjawat awam berfikiran positif dan pernah memperoleh Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang semasa berkhidmat di DEF 2003. Kegagalan ini memberi kesan kepada
saya dari aspek:
3.1. Telah
menjejaskan prestasi dan komitmen perkhidmatan saya yang sentiasa bersikap
proaktif.
3.2. Telah
menjejaskan kesihatan saya yang mana saya menghidap migraine yang
serius.(dilampirkan salinan-salinan surat laporan doktor kerajaan
Hospital WXY).
3.3. Telah
menyebabkan saya mengalami stress yang serius dan doktor bahagian psikiatris
Hospital WXY juga telah mengesyorkan agar saya bertukar ke tempat kerja yang
tidak berapa jauh kerana perjalanan saya QRS-XYZ dianggap jauh dan memberi
kesan , risiko dan gejala buruk kepada kesihatan saya (dilampirkan surat
perakuan doktor kerajaan Hospital WXY).
3.4. Telah
menjejaskan bajet kewangan saya kerana menampung kos perbelanjaan petrol,tol
dan sebagainya yang tinggi setiap hari bekerja.lni juga memberi tekanan
perasaan dan menjejaskan prestasi kerja saya.
3.5. Telah
menyebabkan saya sering diberi Cuti Sakit (M.C) hampir setiap minggu kerana
menghadapi masalah kesihatan.
3.6. Telah
menjejaskan hubungan rakan sejawat dan kekeluargaan saya kerana saya
mengalami kemurungan akibat tekanan perjalanan ke tempat kerja yang jauh.
3.7. Kini
saya mengandung/hamil tujuh (7) bulan dan telah mengalami kompilikasi kesihatan
baru-baru ini lalu dimasukkan wad selama 3 hari (tarikh: xxxx) dan diberi cuti
sambung sakit sehingga xxxyyzz.
4.
Berdasarkan perkara-perkara di atas walaupun surat ini bersifat peribadi tetapi
saya merayu ada pihak yang prihatin dan bersedia membantu penjawat awam yang
mengalami masalah seperti saya. Sekiranya saya tidak berupaya meningkatkan
prestasi kerja saya sebagaimana diamanahkan atas nama Kerajaan Malaysia
dan orang awam/rakyat maka pada siapakah beban masalah saya ini mahu
dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan? Walhal saya telah banyak kali
meluahkan masalah saya dan memohon pertukaran tetapi gagal. Saya berharap
agar ada pihak yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini agar tidak berlarutan
dan memberi kesan dan natijah yang lebih buruk lagi, wallahualam.
5.Kerjasama
pihak tuan/puan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
***(semua info sebenar adalah sulit dan disesuaikan untuk
siaran sebagai renungan untuk kebaikan bersama).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan