PADA suatu petang TB pergi ke sebuah stesen petrol di Lembah Kelang. TB masuk ke dalam kerana mahu membayar harga setin minuman dan petrol. Pelanggan ketika itu melebihi sepuluh orang terdiri Melayu.Apabila TB masuk seorang lelaki separuh umur berpakaian kemas, berkereta mewah dan tampak berpelajaran.Semasa TB masuk berselisih seorang anak muda lndia (Tamil) sedang keluar.TB tidak pasti sama anak muda Tamil itu; lelaki atau perempuan.Lelaki separuh usia itu marah-marah dengan cara yang bersopan dan memberi motivasi kepada pelanggan Melayu di sekelilingnya. Ada yang tersenyum,ada yang diam membisu dan ada yang tidak ambil peduli.Lelaki separuh usia itu kelihatan wajahnya semacam kecewa.
TB yang baru masuk dan menuju kaunter lantas bertanya,'ada apa?' Lelaki separuh usia itu dengan bersemangat lalu berkata,'Adakah patut anak lndia itu kata, budak Melayu ini, bodoh!' TB terkejut tetapi masih menahan emosi kerana membiarkan lelaki separuh usia itu meluahkan isi hatinya.' Berani dia kata "bodoh" di hadapan kami ini semua Melayu?'
Dia masih tidak puas hati. 'Kerana apa' TB bertanya memancing perhatiannya. ' Pekerja kaunter ini baru bertukar shif, berlaku salah faham..tapi dia terus melontarkan perkataan 'bodoh'! Di manakah maruah kamu?' Lelaki seperuh usia itu menuding ke arah anak-anak remaja Melayu yang sibuk bertugas di kaunter tersebut.
lnilah senario yang berlaku. Ketika para pemimpin kita khususnya PM, dan ketika parti-parti politik; baik UMNO mahupun gabungan BN; baik PKR, PAS mahupun gabungan PR mahu memikat undi di kalangan rakyat Malaysia kini bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka sengit maka para pemimpin Melayu yang berada dalam BN khususnya PM dan dalam PR terkini terlalu 'memberi muka' kepada golongan minoriti khususnya masyarakat Tamil Malaysia yang asal usulnya pendatang dari lndia ini.
Masyarakat Tamil ini yang paling majoriti di kalangan keturunan lndia cuma sekitar 7% tetapi seolah-olah kini boleh mendominasi isu-isu negara baik dalam pelajaran (ramai yang berjaya dalam bidang guamam, kedoktoran dan perniagaan) dan tidak kurang juga dalam jenayah. Slogan mereka mudah, "asyik berteriak memberitahu mereka golongan termiskin,tertindas dan teraniaya" Tetapi dalam diam-diam ketahuilah bahawa kini orang lndialah yang terkaya nombor satu di Malaysia! (Ananda Krisnan, taukeh Astro/Maxis) telah 'mengalahkan' Robert Kuok (Raja Gula) jutawan nombor satu sebelum ini)
Justeru adakah simpton-simpton suhu politik yang 'melebihkan' masyarakat lndia dan nama Ananda Krisnan terkaya di Malaysia serta 'beri muka dan banyak lemak' golongan masyarakat lndia di Malaysia sekarang telah memberi impak psikologi kepada golongan ini dalam kehidupan sosial masyarakat Malaysia sekarang.Adakah ini petanda tidak sihat?
Adakah orang-orang Melayu khususnya anak-anak muda Melayu mula 'hilang taring keberanian' kerana telah tidak meletakkan ilmu dalam carta perjuangan hidup sekarang lantaran lebih kepada mengejar hiburan-hiburan astro yang melemahkan minda mereka? Bolehkah para pembaca memikirkan sejenak bagaimana nasib orang Melayu yang berjumlah hampir 4 juta dan merupakan rakyat asal di Selatan Thailand (Narathiwat,Yala,Songkhla, Hadyai,Satun) tetapi hidup merempat di tanah air mereka? Cuba bandingkan dengan nasib masyarakat lndia Malaysia pula. Ah, alangkah.......(TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan