DEWAN Pemuda PAS Johor mendesak Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman memberi penjelasan berhubung dakwaan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas yang menyifatkan Melayu Johor paling miskin di Malaysia.
"Saya mendesak sekali lagi agar Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman agar menjawab kenyataan yang dilemparkan dengan kadar segera agar rakyat Johor khususnya Orang Melayu di negeri ini dapat mengetahui hakikat sebenar perkara ini," kata ketuanya Suhaizan Kaiat.
Menurut Suhaizan, dakwaan Syed Ali itu sesuatu yang amat berat dan perlu dicermati secara serius oleh pihak kerajaan negeri pimpinan Abdul Ghani.
"Kenyataan Datuk Syed yang turut membandingkan Melayu Kelantan 'lebih kaya' berbanding Melayu Johor juga merupakan suatu tamparan hebat dan menjatuhkan kredibiliti Kerajaan Negeri Johor yang diterajui Umno yang selama ini mendabik dada mendakwa diri mereka sebagai 'hero pejuang Melayu'," katanya lagi.
Selain itu juga kata Suhaizan, pelaburan dalam projek Iskandar Malaysia yang telahpun melepasi sasaran RM100 bilion seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini juga menimbulkan tanda tanya.
Apa yang dipersoalkan katanya apakah ianya mampu memberikan pulangan yang bermanfaat dan keuntungan kepada rakyat negeri Johor khususnya, sehingga dakwaan 'Melayu Johor termiskin' ini berlaku.(sumber:HD,17/1/13)

TB: Pada hemat TB ada baiknya mana-mana pihak termasuk PAS sendiri melakukan kaji selidik secara ilmiah atau profesional; apa yang diwawarkan 'Melayu Johor Paling Miskin di Malaysia'. Untuk permulaan ADALAH AMAT BAIK DAN MUNASABAH kaji selidik ini dilakukan segera di kawasan DUN SEROM dalam bahagian Ledang,Johor yang mana YAB Dato Abdul Ghani Menteri Besar Johor selaku wakil rakyat kawasan ini beberapa penggal yang lalu.Beliau juga ialah Ketua UMNO bahagian Ledang. Silalah buat kaji selidik taraf sosioekonomi orang Melayu di Serom,Sungai Mati, Bukit Kangkar,Sagil dan kawasan-kawasan sekitarnya.Buktikan secara akademik bukan hanya tohmahan kosong! TB percaya ada dapatan yang boleh menggemparkan! (TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan