Seorang pembaca mengadu dan menulis begini: "Saya menulis bukan untuk merungut, tertapi amat berharap pihak Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan cadangan saya.
Kebanyakan anak-anak memulakan sesi pembelajaran seawal 7.15 pagi. Ini dirasakan sangat membebankan kerana saya perlu bangun seawal 5 pagi dan bertolak jam 6 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan membolehkan anak sampai ke sekolah tepat pada waktunya.
Ini menyebabkan kebanyakan murid tidak dapat bersarapan dan memulakan sesi dalam keadaan penat dan mengantuk. Bersarapan adalah penting dan walaupun anak hanya makan di kedai bersama ibu bapa , itu sudah cukup sebagai masa berkualiti bersarapan daripada memulakan persekolahan dengan perut kosong.
Saya memang ingin hantar anak bersekolah berhampiran rumah, tetapi tiada siapa pula boleh diharap untuk mengambil ketika waktu pulang dan tiada orang pula di rumah memandangkan anak masih kecil.
Bagaimanpun, masalah ini tidak pula dihadapi oleh mereka yang tidak bekerja. Masalah ini mungkin dipandang remeh, tetapi kehidupan jadi sangat memenatkan dan kelam-kabut jika setiap hari terpaksa bangun seawal 5 pagi.
Saya amat berharap pihak Kementerian Pelajaran dapat merombak semula sesi pembelajaran kerana kebanyakn sekolah sekarang hanya satu sesi dan wajarlah waktu persekolahan bermula jam 8 pagi sedangkan pelajar universiti juga memulakan kelas pukul 8.00 pagi " (sumber: Seorang Pembaca).
TB: Setelah hampir 30 tahun 'JAM DIPUSINGKAN KE HADAPAN SELAMA SATU JAM' yang dibuat oleh PM Malaysia ketika itu, Dr Mahathir Mohammad yang mana waktu dipercepatkan di seluruh Malaysia.
Justeru sudah sampailah masanya ada pihak yang proaktif mahu menilai kembali keberkesanan dan kesan buruknya dalam kehidupan sosial masyarakat hari ini. Adakah gejala anak-anak muda di bawah umur 30 tahun kian menjadi liar tertekan bersikap malasakibat tertekan masa lalu lalu protes senyap ada hubungkaitnya dengan dasar pusingan ke hadapan jam ini?
Apa yang kita nampak sekarang ialah sikap kelam-kabut anak-anak sekolah dan ibu bapa yang ke sekolah (kecuali berasarama penuh) yang tidak dapat bersarapan pagi sama secara lebih tenang santai, mengabaikan solat subuh dan ibu bapa yang tergesa-gesa tidak sempat melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain seperti berzikir dan sebagainya. Situasi ini berbeza jauh sewaktu zaman jam tidak dipusingkan dahulu. TB harap sekali lagi ada cerdik pandai mahu membuat kaji selidik permasalahan ini. TB telah membuka hipotesis maka terpulanglah kepada para penganalisis sosial melakukan tesisnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan