KISAH ISTERI
YANG HILANG
Begini ceteranya:
Aku
kehilangan sebahagian waktuku
Yang
kupindahkan sebahagian hidupku
Ketika
manusia menemui yang palsu
Betapa
aku bagai awan terapung
Kerana
pelangi petang yang kau kejari
Fikirmu
fikirku berputar kelabu
Antara
kita mencakar dinding kelabu
Kutahu
budimu sepesisir laut biru
Dan
kubaca surat-suratmu pada mentari
Namun
lampu-lampu di jalanan malam
Seakan
pudar sepi membisu
Di
kamar yang kini sendu
Kucari
dirimu saban waktu
Kucari
dirimu jua di celah lipatan jendela
Seakan
bayangmu mewarnai kelmarin
Aku
mengejar berlari mencari
Hilang
kejauhan malam yang dingin
Di
antara bulan dan mentari itu
Kubaca
lagi surat-surat birumu
Kutahu
antara kita selaut budi bersemi
Telah
kita jejaki impian dan realiti
Mengutip
kerikil dan kristal meniti
Tiba-tiba
perjalanan indah kita berbalam
Air
mata perkasa lelakiku kering luluh
Terbenam
dalam silauan kelam
Dalam
kamar seribu getar dingin suram
Kudengar
suaramu berulang menghantui mata hatiku
Namun
nafasku kini masih mengejar kalimah ya Rabbi
Segar
bicara tasbih kasih mesra sejati abadi
Dan
menjadi aku kejap melangkah kembali
Biarpun
kau tidak di samping doaku kini
Kutidak
pasti di manakah pusaramu bersemadi.
RAJIEE
HADI,
Bandar
Baru Bangi,SDE.
2004-2005.
*Puisi
di atas tidak ada kena mengena dengan sesiapapun; baik yang masih hidup ataupun
yang telah meninggal dunia.Jika ada persamaan atau sebaliknya hanya merupakan
suatu kebetulan sahaja.(TB).Telah disiarkan dalam TBD pada 21 Jun 2011 lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan