Salam Perjuangan

01 Jun 2011

IBU BAPA PERLU SEDAR PENDIDIKAN ANAK

IBU bapa bertanggungjawab memastikan anak yang bakal menduduki peperiksaan awam mendapat bimbingan sewajarnya bagi membolehkan mereka lebih bersedia menghadapi ujian berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin, berkata masing-masing perlu berusaha lebih memberikan yang terbaik kerana pendidikan adalah pelaburan jangka panjang bagi menjamin kecemerlangan akademik.
“IIBU bapa perlu lebih prihatin dengan keperluan anak dengan membawa mereka mengikuti program bimbingan peperiksaan sama ada anjuran sekolah mahupun persendirian,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUNUN) Sungai Udang.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Bimbingan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSUPSUPSR) anjuran Kelab Tabung Haji (TaHa), baru-baru ini.

Program dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMKSMKSMK) Kampung Gelam, Melaka Tengah.

Hadir sama Pengarang Pendidikan Berita Harian, Muhd Yusuf Abu Bakar; Pemangku Pengarah Tabung Haji Melaka, Abu Shukor Jangga dan Guru Penolong Kanan (GPKPK) Hal Ehwal Murid (HEMEM) SMKSMKSMK Kampung Gelam, Ramlan Hassan.

Seramai 290 murid Tahun Enam daripada 43 sekolah rendah sekitar Melaka termasuk dari Johor dan Kuala Lumpur menyertai program sehari itu.
Sementara itu, Abu Shukor berkata, program memberi peluang peserta memperoleh maklumat dan pengetahuan tambahan sekali gus membantu mereka supaya lebih yakin menghadapi UPSUPSUPSR September ini.

“Kita berharap menerusi usaha murni Kelab TaHa ini, murid yang menyertainya memperoleh keputusan cemerlang,” katanya.

Peserta program, Ahmad Nazirul Mubin Nezam, 12, murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Naning melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai program itu, sekali gus bertekad memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSUPSUPSR. (sumber : Bharian, 1/6/11)

Tiada ulasan: