DI PAPARAN dada akhbar-akhbar hari ini (27 jun 2011) dilaporkan pihak PDRM telah menahan beberapa pemimpin utama dan para pengikutnya daripada sebuah parti pembangkang (Parti Sosialis Malaysia) yang dikatakan sedang berkonvoi dari Sungai Siput,Perak menuju ke Pulau Pinang bagi mempromosikan Perhimpunan Bersih (perhimpunan haram?) yang kononnya bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Atas kecekapan PDRM, berberapa bahan bukti yang dikatakan mengandungi elemen mengagung-agungkan komunisme ialah termasuk beberapa t-shirt berwarna merah yang dikatakan dicetak tertera wajah Chin Peng, Abdullah CD, Suriani Abdullah dan Rashid Mydin di samping pemimpin-pemimpin sosialis dunia yang lain.
Apakah isu sampingan daripada insiden ini? lngat, pencegahan adalah lebih baik daripada pengubatan.Pada asalnya tujuan Himpunan Bersih yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang khususnya PAS adalah untuk menuntut SPR dan kerajaan melaksanakan suatu sistem pilihan raya yang telus,berintregiti dan diyakini semua pihak.Jika perhimpunan untuk menyuarakan keluh- kesah rakyat yang kian tertindas dan terhimpit dek kenaikan tarif elektrik, bahan api, harga barangan keperluan, harga rumah yang tidak terkawal, projek kerajaan yang berorientasikan kapitalisme dan perkara-perkara lain yang membabitkan kebajikan rakyat tentu semua pihak akan menyokong seratus peratus.
Namun apa yang mendukacitakan, Himpunan Bersih yang dicadangkan ini telah dimanipulasikan seluas-luasnya oleh semua pihak yang berkepentingan untuk tembolok selera politik masing-masing. Bahkan mula timbul unsur-unsur perkauman,keagamaan dan sebagainya. Apa sudah jadi? Ada pihak yang mahu menangguk di air keruh. Ada juga gunting dalam lipatan. Natijahnya jadilah seperti api dalam serkam kini.
Sehubungan penahanan ahli-ahli PSM; mari kita renung-renungkan dan sama-sama refleksi senario elemen komunisme dan sosialisme dalam negara kita akhir-akhir ini.Jika pada era sebelum 1980-an tentu kita ingat ada saudara-saudara kita baik yang berkhidmat dalam PDRM (Polis Hutan) atau ATM terpaksa meninggalkan anak-anak isteri bahkan ada yang terus 'ghaib' dalam hutan-hutan rimba di perbatasan Malaysia-Thailand, Malaysia-Kalimantan kerana memburu dan memerangi saki baki pengganas-pengganas komunis pertubuhan haram PKM dan Paraku sehinggalah perletakan senjata peperangan gerila ditamatkan dengan termetrai perjanjian damai perletakan senjatan pada tahun 1980-an.Namun isunya; dengan dasar keterbukaan kerajaan sekarang semuanya boleh memungkinkan segala:
1.Bahan-bahan bercetak seperti buku-buku biografi tentang apa yang dikatakan tokoh-tokoh PKM dan pejuang-pejuang kiri seperti Chin Peng, Rashid Mydin, Suryani Abdullah dan ramai lagi yang dijual cetak secara bebas di toko-toko buku tempatan; baik dalam Bahasa Melayu, bahasa lnggeris mahupun dalam bahasa Mandarin.Bagi mereka yang berpengetahuan membaca dengan daya intelektual mungkin tidak menjadi kesalahan. Tetapi bayangkan bagi mereka khususnya generasi muda yang membaca dengan fikiran yang selapis; bahaya dan memudaratkan minda mereka.
2. Dasar terbuka kerajaan yang mengizinkan berbondong-bondong rakyat dari negara-negara komunis khususnya dari Republik Rakyat China Komunis yang datang masuk ke Malaysia dengan pelbagai tujuan tanpa sekatan. Tidak mustahil fahaman-fahaman komunisme boleh diseludup secara halus melalui unsur-unsur chauvinisme sempit.
3. Kunjungan bebas rakyat Malaysia ke negara RR China juga bukan mustahil boleh membawa balik elemen dan simpatis kepada perjuangan komunisme. Penulis/TB pernah berpengalaman berkunjung ke Negara China beberapa tahun dahulu. Semasa di Beijing, penulis temui beberapa orang yang cuba menyogokkan sama ada menjual atau secara percuma buku-buku ideologi komunis dan maoisme kepada TB.Namun TB menolak dengan baik.
Baiklah, mari kita sama-sama refleksi. (TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan