Salam Perjuangan

16 Jun 2011

SULTAN JOHOR SEGAK BERGAYA


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar beriringan bersama Sultan Perak Sultan Azlan Shah (kiri) ketika berangkat menghadiri mesyuarat itu di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - bernama


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ke-224 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.

Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang gering.

Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara, Raja Tengku Mustaffa Kamel, dan Kedah oleh Tunku Bendahara, Datuk Seri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Raja-raja Melayu kecuali Kelantan dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing.
Sultan Kelantan diiringi wakil Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Abdullah, manakala Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang. .( sumber :  UM,16/5/11-BERNAMA).

TB : Salam takzim patik mewakili rakyat Johor.

Tiada ulasan: