Justeru TB menyokong Perwakilan PAS mendesak kerajaan menukarkan pinjaman Perbadanan tabung perdidikan tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa kerana ia didakwa melanggar perlembagaan negara.
![NONE](http://media1-cdn.malaysiakini.com/368/2b056c7c4a78a1cd7d4bc14603ec9148.jpg)
Dalam sesi perbahasan dalam muktamar PAS ke-57 di Gombak hari ini, Kamal berkata pinjaman itu menyebabkan anak muda terhimpit dengan beban hutang yang besar selepas tamat pengajian.
Malah, tambahnya, mereka dikenakan beberapa sekatan, termasuk tidak dibenarkan ke luar negara.
Sebelum ini, usul yang hampir sama dibentangkan dalam muktamar Pemuda kelmarin.
![ptptn one stop centre kl sentral 260307 booths](http://media1-cdn.malaysiakini.com/79/ce103ba00927cf1e11a217c6f1358a3b.jpg)
Sementara itu, Kamal juga mengharapkan supaya perwakilan dalam muktamar kali ini memperkasakan daftar pemilih dengan menyuruh anak mereka mendaftar sebagai pengundi.
"Dan ingatlah bahawa dalam sistem demokrasi hanya satu undi dapat mengubah kerajaan zalim yang sedia ada,” katanya.(sumber:MK, 04/6/11)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan