Salam Perjuangan

14 Jun 2011

BERSIH ATAU PERKASA: PERKASA LAWAN BERSIH? ASALKAN JANGAN MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI

PERHIMPUNAN Bersih yang bakal diadakan oleh sebuah kumpulan yang dikatakan dipelopori oleh pro pakatan pembakang dan parti-parti pembakang pada 9 Julai 2011 dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Seeverasaan. Bagi pendapat peribadi TB jika perhimpunan rakyat diadakan bagi menzahirkan ketidakpuasan hati rakyat tentang beberapa dasar kerajaan yang banyak tidak menitikberatkan kebajikan kesusahan dan keperitan rakyat terbanyak yang rata-ratanya dihimpit kemiskinan termasuk pesara-pesara kerajaan, buruh-buruh, para nelayan, petani,penarik beca dan sebagainya maka TB sokong seratus peratus.

Apatah lagi TB terima aduan majoriti rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barangan, bahan api dan yang ketara harga rumah melambung lantaran tidak terkawal dan naik sewenang-wenangnya mengikut cita rasa para pemaju perumahan, ejen-ejen hartanah dan juak-juak kapitalis.Jika inilah hasrat BERSIH mahu menganjurkan perhimpunan demi rakyat bukan kerana kepentingan politik tidak siapapun akan menentangnya. Cuma mungkin cara pelaksanaan perlu diperkemaskan dan tidak mendatang huru-hara yang akhirnya bagaikan menang jadi abu,kalah jadi arang; menang sorak kampung tergadai.

Yang amat menyedihkan, PM Najib Razak sendiri mencanangkan rumah mampu beli khusus rumah pertama harganya sekitar RM220,000.00. Cuba pembaca fikir, berapakah bayaran bulanan seorang kakitangan kerajaan terpaksa membayarnya bagi pinjaman RM220k dalam tempoh 30 tahun? Berapakah gaji mereka ketika itu jika penjawat awam tersebut berusia di bawah 35 tahun? dan bagaimanakah kemampuan sara hidup untuk menampung kos keperluan lain-lainnya? Sepatutnya Najib Razak mewar-warkan rumah mampun beli adalah sekitar di bawah harga RM150 ribu bagi rumah pertama mampu milik! Siapakah Najib Razak? TB rasa tidak usahlah TB membuka autobiografi beliau. Apa yang TB ingat beliau telah pun menjawat jawatan Timbalan Menteri sewaktu beliau berusia (22 tahun: jika tidak silap TB) setelah kematian ayahnya, Tun Abdul Razak, PM Malaysia kedua.Secara jujur adakah Najib Razak dikatakan pernah dihimpit kemiskinan?

Walau bagaimanapun jika kumpulan PERKASA mahu menongkah arus dan mengadakan perhimpunan bantahan yang dikhuatiri wujud pertembungan, itu adalah hak PERKASA. Mungkin Perkasa ada alasan tersendiri. Mungkin Perkasa tidak mahu bangsa Melayu/Bumiputera yang turut mendukungi perhimpunan Bersih akan ditipu bulat-bulat dan secara halus demi kepentingan politik puak-puak yang bagaikan membaling batu sembunyi tangan. Siapa tahu? Apatah lagi daripada sumber PERKASA yang dihebahkan oleh Datuk lbrahim Ali, Presiden Perkasa; siapakah dia Datuk Ambiga itu?

Dikatakan bahawa Datuk  Ambiga Seeverasaan Pengerusi Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011  wanita beragama Hindu ini ialah bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia yang paling kuat mempertahankan kes Lina Joy sebagai Peguam dan pembela.Beliau juga dikatakan pendokong dan penggerak lFC (lnterfaith Comission) yang kuat mempertahankan kes-kes murtad. Ambiga juga dikatakan menyeru rakyat Sarawak bangkitdan berhimpunan seperti rakyat Mesir di Tahrin Square.Dan beliau dianggap kuat menyokong pakatan pembakang.Dan dengan penglibatan Haji Mohamad Sabu,Timbalan Presiden Pas sebagai Timbalan Pengerusi Perhimpunan Bersih ini akan terus-terusan menjadi tanya tanya. TB tahu Mohamad  Sabu yang kuat memegang prisip keadilan tentu tahu apa objektif dan hala tuju yang mahu dibawanya bersama ahli-ahli Pas kelak.

Kepada pembaca TB sama-sama kita fikirkan dalam suasana yang serba mungkin. Selagi perjuangan itu terus memperjuangan golongan rakyat majoriti yang tertindas dan dihimpit kemiskinan khususnya majoriti bangsa Melayu lslam dan bumiputera maka TB tetap sokong. Perkasa atau kumpulan Bersih, terserahlah!

Tiada ulasan: