![parliament crime prevention dialogue 080906 tan kee kwong](http://media1-cdn.malaysiakini.com/59/fdb6e64f4508bdc259013c422495a036.jpg)
Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.
Majlis
itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar
Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan
Nursultan Nazarbayev.
“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.
Beliau
yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri
berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta
'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos
kehidupan'.
“Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM,” katanya.
Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.
"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.
Sebaliknya,
Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu
adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang
telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat
negara itu.
Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.(sumber:MK, 18/6/11)
“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.
![Nooryana Najwa Najib and Daniyar Nazarbayev](http://media1-cdn.malaysiakini.com/372/5ec243b720efc923042494d17858fe60.jpg)
“Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM,” katanya.
Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.
"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.
![NONE](http://media1-cdn.malaysiakini.com/369/0abf59338b1752dc3107408ae7b523da.jpg)
Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.(sumber:MK, 18/6/11)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan