Salam Perjuangan

15 Jun 2011

RM22Ok KE BAWAH RUMAH MAMPU MILIK MAHAL SEPATUTNYA DI BAWAH RM150k


PM meminta kerajaan negeri menyediakan tanah di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk menjayakan Program Rumah Mampu Milik berharga RM220,000 ke bawah yang akan dilancarkan kerajaan bulan depan.Permintaan itu dibangkitkan Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-112 di Bangunan Perdana Putra di sini haru  ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Perdana Menteri mahu semua negeri mengenal pasti kawasan sesuai di semua daerah untuk menyegerakan rancangan yang akan membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah."Bagi kerajaan negeri Melaka, kita komited untuk membina rumah yang berharga RM200,000 ke bawah dan sebagai menyahut permintaan Perdana Menteri itu kita sudah kenal pasti beberapa daerah untuk tapak Program Rumah Mampu Milik tersebut.
"Cuma kita perlu berurusan dengan pemilik tanah sebelum diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mesyuarat selama hampir tiga jam bermula pukul 9 pagi itu dihadiri beberapa menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Program Rumah Mampu Milik diperkenalkan selepas kerajaan mengambil kira keluhan orang ramai termasuk di laman-laman sosial bahawa amat sukar untuk mendapatkan rumah di bawah lingkungan RM220,000 terutamanya di Lembah Klang.Program berkenaan yang kemudiannya diperluaskan secara besar-besaran ke seluruh negara itu akan dilaksanakan melalui kerjasama pihak swasta bagi menawarkan harga rumah yang lebih berpatutan kepada golongan berkenaan.(baca penuh dalam UM, 15/6/11

Jikalau kerajaan BN pimpinan PM Najib Razak betul-betul ikhlas mahu membantu rakyat yang berpendapatan sederhana termasuk para penjawat awam maka penanda aras bagi kategori rumah mampu milik bukan di bawah RM220k tetapi di bawah RM150k. Apakah rasionalnya? Setiap rakyat yang waras boleh menilai sendiri. Apakah Najib mahu membuncitkan lagi perut para kapitalis khususnya para pemaju perumahan; rakyat sendiri boleh menggunakan akal fikiran. Sepatutnya kerajaan wajib mengawal harga rumah yang kian dinaikkan sesuka hati ikut cita nafsu pemaju-pemaju perumahan dan ejen-ejen hartanah. Yang lucunya, bahagian penilaian Kemeneterian Kewangan dan juga termasuk penilaian swasta menilai harga sesebuah rumah berddasarkan harga pasaran semasa kehendak pemberi pinjaman seperti Perbendaharaan dan bank-bank perdagangan dan koperasi tetapi para penjual meletakkan harga sesuka hati tanpa pengetahuan ilmu ekonomi. Walaupun penjual ada hak kerana menjual hartanya sendiri tetapi nasihat TB janganlah menjadi seperti orang gila! Fikirkanlah sendiri.

Tiada ulasan: