APABILA saya membaca berita tentang pembakaran buku Interlok saya tidak terperanjat. Novel Interlok garapan Abdullah Hussain ini telah menjadi berita kerana dikatakan ada unsur rasis dan penghinaan terhadap orang India .
Sebenarnya membakar buku diMalaysia ini bukan sesuatus yang baru. Pertama kali - saya terbaca berita membakar buku ini ketika saya di sekolah menengah pada tahun 1970 dahulu. Buku: 13 Mei Sebelum dan Sesudah telah dibakar di Sudut Pidato di hadapan perpustakaan Universiti Malaya. Saya tidak pasti apakah ini kerja Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya ataupun kerja Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.
Buku 13 Mei Sebelum dan Sesudah ini ,adalah garapan Tunku Abdual Rahman yang pada ketika itu menjawat Perdana MenteriMalaysia . Buku ini dibakar kerana ketika itu anak-anak mahasiswa amat marah terhadap Tunku. Tunku dibenci kerana dikatakan telah mengadaikan kepentingan Melayu dan menjual negara ini kepada taukeh Cina.
Agak ironis, tidakan mahasiswa di UniversitiMalaya ini kerana pada 10 Mei 1933 anak anak mahasiswa German juga telah membakar 25,000 buah buku. Angka 25,000 adalah judul buku yang dianggap tidak ‘bersemangat German’. Ini kerana pada zaman Hitler berkempen untuk membakar semangat Aryan yang berkulit putih, bermata biru dan berambut merah dan meluaskan pengaruh politik Nazi.
Interlok dikatakan ada menggunakan perkataan ‘pariah’ yang dianggap rasis oleh orangIndia . Ada juga ayat-ayat lain yang tidak disenangi oleh orang India . Apakah perkataan pariah dalam Interlok ini rasis atau tidak bukan ini yang ingin saya garap. Di sini saya ingin membuka satu kain rentang yang lebih luas. Saya ingin membuka pensejarahan kata, makna dan tanda dalam pembudayaan negara bangsa.
Umum harus disedarkan bahawa bunyi kata-kata yang keluar dari mulut kita ini tidak memiliki apa-apa makna. Makna yang kita kahwinkan dengan bunyi itu didatangkan kemudian.
Misalnya bunyi - ke-la-pa – bunyi ini tidak memiliki apa-apa makna kepada orangSweden . Tetapi ianya memiliki makna untuk orang Malaysia . Makna ini lahir dari alam persekitaran dalam sesuatu budaya bangsa bukan dari bunyi perkataan itu. Kewujudan pokok yang tinggi menjulai ini melahirkan perkatan ke-la-pa. Benda-benda yang wujud di dalam alam inilah yang melahirkan perkataan. Perkataan ini diberi oleh budaya persekitaran.
Mari kita lihat perkataan ‘keling’ yang pada satu ketika dahulu ada tuntutan di mahkamah agar perkataan ini dilupuskan daripada Kamus Dewan. Untuk saya, Mamat yang menuntut pelupusan perkataan ini tidak memahami sejarah perkembangan tamadun manusia. Pasti Mamat ini tidak ada keupayaan untuk membaca 25,000 judul buku German, jauh sekali membaca kitab Salalatus Salatin – Sejarah Melayu.
Sila baca kitab Sejarah Melayu ini dan lihat bagaimana perkatan keling itu telah digunakan tanpa memiliki unsur-unsur prasangka, penghinaan atau sikap rasisme. Perkataan keling muncul apabila adanya mahkluk yang bukan Orang Melaka datang dari negara atas angin. Lalu makluk ini diberi nama Keling kerana mereka pendatang baru yang dikatakan rakyat Raja Kalinga.
Bunyi, makna dan tanda di sini bukan ilmiah yang berasaskan ilmu alam. Ini tidak penting. Lihat bagaimana hingga sekarang manusia Melayu menggunakan perkataan Benggali sebagai kata nama untuk manusia dari wilayah Punjab walhal Benggali seharusnya kata nama untuk warga dari wilayahBengal .
Lihat perkataan ini diterima masuk ke dalam budaya Melayu tanpa prasangka atau niat jahat. Malah ada beribu-ribu perkataan Sanskrit yang telah memperkayakan perbendaharan kata dan pengucapan manusia Melayu.
‘ Maka Baginda pun perkenan memberi persalinan sepasangan bajuChina dan sepasang baju Keling. Maka apabila Anakanda memakai baju China maka rupa Chinalah dianya. Apabila Anakanda memakai baju Keling maka rupa Kelinglah dianya…’
Di atas adalah ayat dalam buku Salalatus Salantin yang ditulis 600 tahun dahulu. Satu ketika yang bagitu lama dahulu yang mana konsep prasangka, rasisme dan perkauman ini belum wujud dalam sensibiliti manusia Melayu. Enam ratus tahun dahulu belum wujud perebutan ekonomi yang meruncing. Enam ratus tahun dahulu belum wujud Hindraf atau saham Telekom untuk Maika. Enam ratus tahun dahulu Kugan dan Francis belum lagi ditemui mati dalam rumah pasung.
Malah sensibiliti terhadap perkataan keling atau pariah ini datang kemudian ke dalam budaya Melayu. Ianya datang bersama sikap rasisme yang dibawa oleh kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu ini. Kolonialisme memerlukan satu idealogi untuk menghalalkan penghisapan tenaga buruh anak-anak tanah jajahan.
Justeru mereka yang dijajah wajib dilihat lebih rendah dari tuan penjajah. Yang perlu dijadikan kuli oleh British di ladang getah di Tanah Melayu ialah warga pariah kerana mereka adalah warga dari kasta yang terendah dalam budaya Hindu. Yang menjadi mandur dari kasta yang lain. Yang menjadi manager juga dari kasta yang lain. Ini adalah cara penjajah menjajah.
Amat jelas perkatan tanda dan makna pariah ini bukan diwujudkan oleh manusia Melayu. Pariah ini lahir dari sistem kasta Hindu itu sendiri. Manusia Melayu tidak memiliki nilai penghinaan apabila bertembung untuk kali pertama dengan perkatan ini. Malah yang membawa masuk ke Tanah Melayu nilai penghinan terhadap perkataan -pariah - ini ialah orang-orang dariIndia itu sendiri yang kini tinggal di Malaysia tetapi dengan bangganya masih lagi mengamalkan sistem kasta.
Jangan silap faham di sini. Apa yang saya tulis ini bukan untuk menunjukkan bahawa manusia Melayu ini suci dan tidak memiliki prasangka atau sifat benci terhadap orang luar. Sikap benci terhadap ‘orang lain’ ini bukan hanya dimonopoli oleh Hitler atau kaum Zionis atau kuam penjajah. Ianya wujud dan dimiliki oleh semua budaya bangsa. Yang ingin saya paparkan ialah bagaimana perkataan melahirkan konsep, tanda dan makna. Dan bagaimana budaya membudayakan perkataan itu.
Justeru adalah tidak adil untuk menilai novel Interlok dengan sensibiliti hari ini. Ini samalah juga seperti tidak masuk akalnya untuk kita mengubah kitab Salalatus Salatin kerana ada menggunakan perkataan keling. Atau kita wajib menggantikan nama Tanjung Keling kerana adanya perkataaan keling pada tanjung ini.
Biar saya bawa keluar, ke dunia sastera yang penulisan di Amerika Syarikat. Mark Twain (1835 – 1910) adalah penulis yang telah dinobatkan sebagai penulis agung untuk budaya negara bangsa Amerika. Buku Adventures of Huckleberry Finn adalah kitab wajib untuk seluruh warga Amerika.
Buku Adventures of Huckleberry Finn ini ditulis pada tahun 1885 - seratus enam puluhlima tahun dahulu. Di dalam buku ini ada menggunakan perkataan ‘nigger’. Pada tahun-tahun 60-an lahirnya pejuangan Hak Asasi Manusia di Amerika Syarikat. Maka lahir satu kesedaran dan sensibiliti baru yang mana warga berkulit hitam marah kalau dipanggil nigger. Perkatan ini dianggap rasis.
Ketika itu orang berkulit hitam di Amerika tidak marah kalau dipanggil negro. Negro ini adalah hitam dalam bahasa Sepanyol seperti aswad dalam bahasa Arab. Kemudian lahir sensibiliti baru yang mana perkataaan negro ini juga dilawan dan ditentang. Orang hitam di Amerika Syarikat hari ini mahu mereka dipanggil African America.
Lihat bagaimana berlaku perubahan dan sensibiliti.Ada juga Kepala-kepala Angin yang tidak faham tentang sastera dan budaya telah mengkritik buku Mark Twain. Kepala Angin di Amerika agak cerah sedikit kerana mereka tahu sadikit sebanyak tentang sejarah dan makna upacara bakar membakar buku ini. Mereka tidak ingin diasosiasi dengan cucu cicit Hitler. Hingga ke hari ini buku Mark Twain ini adalah buku wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui budaya dan sastera Amerika.
Biar saya bawa ke zaman Baitul Hikmah - pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Aminul Rashid ( 763-809) dan pada zaman anaknya Al-Makmum (813-833). Ini adalah zaman kegemilangan perkembangan ilmu pengetahun di negara Arab yang berpusat di Baghdad. Pada zaman ini buku falsafah dari Greek telah diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh para ilmuan Arab.
Al-Farabi dan Ibu Sina dua ahli falsafah Arab/Islam bukan sahaja menterjemahkan buku-buku Aristotle malah memberi makna dan pengertian baru. Dalam sejarah falafah kuno dan moden Al-farabi amat penting sekali sehinggakan dinamakan Aristotle Kedua. Tanpa ahli-ali falsafah di Baitul Hikamh ini tidak akan terbuka zaman Pencerahan di Eropah.
Ini tidak bermakna buku dan falsafah mereka yang mengajukan rasionalisme tidak ada yang menentang. Al-Ghazali (1058–1111) yang datang kemudian telah menentang pandangan dan falsafah Al-farabi dan Ibnu Sinna. Tetapi bukan dengan membakar buku-buku yang terawal. Apa yang dilakukkan oleh Al-Ghazali ialah menulis buku Tahafut-al-falasifa untuk menjawab buku-buku Al-Farabi dan Ibu Sinna. Dengan ini memperkayakan debat keilmuan hingga ke hari ini.
Membakar buku untuk menunjukan tentangan adalah senang. Buku Salman Rushdi dibakar. Buku Tunku dibakar dan kini buku Abdullah Hussain pula dibakar. Nyatalah susuk-susuk yang suka membakar buku-buku ini tidak memiliki nilai ilmu pengetahuan dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan kepada buku. Justeru mereka membakar buku……(sumber TT,baca penuh TT 11 januari 2011)
Sebenarnya membakar buku di
Buku 13 Mei Sebelum dan Sesudah ini ,adalah garapan Tunku Abdual Rahman yang pada ketika itu menjawat Perdana Menteri
Agak ironis, tidakan mahasiswa di Universiti
Interlok dikatakan ada menggunakan perkataan ‘pariah’ yang dianggap rasis oleh orang
Umum harus disedarkan bahawa bunyi kata-kata yang keluar dari mulut kita ini tidak memiliki apa-apa makna. Makna yang kita kahwinkan dengan bunyi itu didatangkan kemudian.
Misalnya bunyi - ke-la-pa – bunyi ini tidak memiliki apa-apa makna kepada orang
Mari kita lihat perkataan ‘keling’ yang pada satu ketika dahulu ada tuntutan di mahkamah agar perkataan ini dilupuskan daripada Kamus Dewan. Untuk saya, Mamat yang menuntut pelupusan perkataan ini tidak memahami sejarah perkembangan tamadun manusia. Pasti Mamat ini tidak ada keupayaan untuk membaca 25,000 judul buku German, jauh sekali membaca kitab Salalatus Salatin – Sejarah Melayu.
Sila baca kitab Sejarah Melayu ini dan lihat bagaimana perkatan keling itu telah digunakan tanpa memiliki unsur-unsur prasangka, penghinaan atau sikap rasisme. Perkataan keling muncul apabila adanya mahkluk yang bukan Orang Melaka datang dari negara atas angin. Lalu makluk ini diberi nama Keling kerana mereka pendatang baru yang dikatakan rakyat Raja Kalinga.
Bunyi, makna dan tanda di sini bukan ilmiah yang berasaskan ilmu alam. Ini tidak penting. Lihat bagaimana hingga sekarang manusia Melayu menggunakan perkataan Benggali sebagai kata nama untuk manusia dari wilayah Punjab walhal Benggali seharusnya kata nama untuk warga dari wilayah
Lihat perkataan ini diterima masuk ke dalam budaya Melayu tanpa prasangka atau niat jahat. Malah ada beribu-ribu perkataan Sanskrit yang telah memperkayakan perbendaharan kata dan pengucapan manusia Melayu.
‘ Maka Baginda pun perkenan memberi persalinan sepasangan baju
Di atas adalah ayat dalam buku Salalatus Salantin yang ditulis 600 tahun dahulu. Satu ketika yang bagitu lama dahulu yang mana konsep prasangka, rasisme dan perkauman ini belum wujud dalam sensibiliti manusia Melayu. Enam ratus tahun dahulu belum wujud perebutan ekonomi yang meruncing. Enam ratus tahun dahulu belum wujud Hindraf atau saham Telekom untuk Maika. Enam ratus tahun dahulu Kugan dan Francis belum lagi ditemui mati dalam rumah pasung.
Malah sensibiliti terhadap perkataan keling atau pariah ini datang kemudian ke dalam budaya Melayu. Ianya datang bersama sikap rasisme yang dibawa oleh kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu ini. Kolonialisme memerlukan satu idealogi untuk menghalalkan penghisapan tenaga buruh anak-anak tanah jajahan.
Justeru mereka yang dijajah wajib dilihat lebih rendah dari tuan penjajah. Yang perlu dijadikan kuli oleh British di ladang getah di Tanah Melayu ialah warga pariah kerana mereka adalah warga dari kasta yang terendah dalam budaya Hindu. Yang menjadi mandur dari kasta yang lain. Yang menjadi manager juga dari kasta yang lain. Ini adalah cara penjajah menjajah.
Amat jelas perkatan tanda dan makna pariah ini bukan diwujudkan oleh manusia Melayu. Pariah ini lahir dari sistem kasta Hindu itu sendiri. Manusia Melayu tidak memiliki nilai penghinaan apabila bertembung untuk kali pertama dengan perkatan ini. Malah yang membawa masuk ke Tanah Melayu nilai penghinan terhadap perkataan -pariah - ini ialah orang-orang dari
Jangan silap faham di sini. Apa yang saya tulis ini bukan untuk menunjukkan bahawa manusia Melayu ini suci dan tidak memiliki prasangka atau sifat benci terhadap orang luar. Sikap benci terhadap ‘orang lain’ ini bukan hanya dimonopoli oleh Hitler atau kaum Zionis atau kuam penjajah. Ianya wujud dan dimiliki oleh semua budaya bangsa. Yang ingin saya paparkan ialah bagaimana perkataan melahirkan konsep, tanda dan makna. Dan bagaimana budaya membudayakan perkataan itu.
Justeru adalah tidak adil untuk menilai novel Interlok dengan sensibiliti hari ini. Ini samalah juga seperti tidak masuk akalnya untuk kita mengubah kitab Salalatus Salatin kerana ada menggunakan perkataan keling. Atau kita wajib menggantikan nama Tanjung Keling kerana adanya perkataaan keling pada tanjung ini.
Biar saya bawa keluar, ke dunia sastera yang penulisan di Amerika Syarikat. Mark Twain (1835 – 1910) adalah penulis yang telah dinobatkan sebagai penulis agung untuk budaya negara bangsa Amerika. Buku Adventures of Huckleberry Finn adalah kitab wajib untuk seluruh warga Amerika.
Buku Adventures of Huckleberry Finn ini ditulis pada tahun 1885 - seratus enam puluh
Ketika itu orang berkulit hitam di Amerika tidak marah kalau dipanggil negro. Negro ini adalah hitam dalam bahasa Sepanyol seperti aswad dalam bahasa Arab. Kemudian lahir sensibiliti baru yang mana perkataaan negro ini juga dilawan dan ditentang. Orang hitam di Amerika Syarikat hari ini mahu mereka dipanggil African America.
Lihat bagaimana berlaku perubahan dan sensibiliti.
Biar saya bawa ke zaman Baitul Hikmah - pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Aminul Rashid ( 763-809) dan pada zaman anaknya Al-Makmum (813-833). Ini adalah zaman kegemilangan perkembangan ilmu pengetahun di negara Arab yang berpusat di Baghdad. Pada zaman ini buku falsafah dari Greek telah diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh para ilmuan Arab.
Al-Farabi dan Ibu Sina dua ahli falsafah Arab/Islam bukan sahaja menterjemahkan buku-buku Aristotle malah memberi makna dan pengertian baru. Dalam sejarah falafah kuno dan moden Al-farabi amat penting sekali sehinggakan dinamakan Aristotle Kedua. Tanpa ahli-ali falsafah di Baitul Hikamh ini tidak akan terbuka zaman Pencerahan di Eropah.
Ini tidak bermakna buku dan falsafah mereka yang mengajukan rasionalisme tidak ada yang menentang. Al-Ghazali (1058–1111) yang datang kemudian telah menentang pandangan dan falsafah Al-farabi dan Ibnu Sinna. Tetapi bukan dengan membakar buku-buku yang terawal. Apa yang dilakukkan oleh Al-Ghazali ialah menulis buku Tahafut-al-falasifa untuk menjawab buku-buku Al-Farabi dan Ibu Sinna. Dengan ini memperkayakan debat keilmuan hingga ke hari ini.
Membakar buku untuk menunjukan tentangan adalah senang. Buku Salman Rushdi dibakar. Buku Tunku dibakar dan kini buku Abdullah Hussain pula dibakar. Nyatalah susuk-susuk yang suka membakar buku-buku ini tidak memiliki nilai ilmu pengetahuan dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan kepada buku. Justeru mereka membakar buku……(sumber TT,baca penuh TT 11 januari 2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan