LITTLE INDIA ADA.....MALAY AREA..yeeleek!
ENTAH apa igau mimpi Najib Razak menobatkan kawasan atau Jalan Brickfield Kuala Lumpur sebagai Little lndia membuatkan TB pening kepala.Jikalau kerana untuk menarik kehadiran pelancong dari lndia, sejarah telah membuktikan bahawa sejak Malaysia belum mencapai kemerdekaan 1957 kebanjiran pendatang dari lndia telah menjadi lipatan sejarah. Bahkan dalam buku Sejarah Melayu telah disebut adanya hubungan dagang antara Benua Keling dengan kerajaan Kesultanan Melaka sejak abad yang ke-15 lagi.
TB yang pernah menjadi guru di Sekolah Rendah Brickfied,Kuala Lumpur sekitar tahun 1976 dahulu tidak merasakan sangat kawasan tersebut berunsur keindiaan lantaran di situ terdapat penduduk atau murid-murid pelbagai kaum termasuk bangsa Melayu, kaum Cina, lndia,Serani dan lain-lain.Murid-murid Melayu bukan setakat datang dari kawasan Brickfied bahkan dari Bangsar,Kampung Haji Abdullah Hukum, Taman Ghazali Shafie (kini telah tiada) dan persekitarannya.Ketika itu pawagam Lido yang sering menayangkan filem-filem hindi menjadi tumpuan hujung minggu.
Dipendekkan cerita, TB amat sedih kerana dalam semangat Satu Malaysia yang diwarwarkan mengapa Najib Razak cuba melakukan polarisasi kaum dengan memecahkan sesuatu kawasan mengikut kaum. Apa untungnya?Apa faedahnya?. Jika mahu menarik kebanjiran pelancong; usahlah bermimpi, usahlah gusar. Kini negara kita telah wujud pelancong tetap sekitar 2-3 juta orang yang berstatus pelencong bukan setakat dari lndia tetapi yang datang dari pelosok dunia! Kita bukan setakat dikunjungi pelancong@pelencong dari Vietnam,China,Myanmar,lndonesia,Nepal bahkan dari negara-negara Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin termasuk Peru,Bolivia, Venezuela dan sebagainya.
Mengwujudkan Little lndia di Brickfield bagi tujuan memikat hati adalah sesuatu yang hipokrasi.Bagi penduduk keturunan lndia Malaysia, Kuala Lumpur bukan setakat mewajahkan Brickfield sebagai Little lndia tetapi wajah mereka di Kuala Lumpur telah sedia ada Jalan Masjid lndia, Jalan lpoh,Jalan Gereja , Jalan Sentul dan Batu Cave yang seakan-akan didominasi oleh kaum tersebut.Begitu juga China Town yang sinonim dengan Jalan Petaling Kuala Lumpur seolah-olah menggambarkan tiada unsur kecinaan di tempat-tempat lain di Kuala Lumpur atau di Malaysia. Walhal hakikatnya baik di lpoh,George Town,P.Pinang, Muar, Johor Bahru,Sibu,Miri,Kuching dan seluruh Malaysia semua bandar atau kota yang tebal unsur kecinaannya!
Yang ironisnya,sedihnya, orang Melayu sendiri ramai yang tidak tahu di manakah letaknya Jalan Melayu Kuala Lumpur. Bahkan Kampung Baru yang merupakan kampung warisan tradisi orang Melayu asal di Kuala Lumpur mahu dihakiskan idenititinya dari muka bumi Kuala Lumpur.Orang-orang Melayu telah hilang Kampung Cubadak,Kampung Berembang, Kampung Konggo, dan beberapa kampung tradisional Melayu di Kuala Lumpur tetapi penempatan kaum Cina dan lndia pula dinobatkan kewujudan mereka.Soalnya, apakah jenis Melayu ini yang tidak berbangga menjadi Melayu setelah nama Tanah Melayu tanah air mereka juga dihapuskan demi menjaga hati orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan