Jalan cerita masyarakat majmuk adalah usaha meneruskan perjuangan konsep 1Malaysia
DALAM menghadapi isu sentimen kaum yang sengaja digembar-gemburkan pihak tertentu, adalah wajar satu ketetapan dibuat dengan segera bagi mengelak polemik berterusan, lebih-lebih lagi jika ada elemen laincuba mengambil kesempatan memburukkan lagi keadaan.
DALAM menghadapi isu sentimen kaum yang sengaja digembar-gemburkan pihak tertentu, adalah wajar satu ketetapan dibuat dengan segera bagi mengelak polemik berterusan, lebih-lebih lagi jika ada elemen lain
Dalam polemik semasa berkaitan novel Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan Lima, Interlok, yang diguna pakai sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Negeri Sembilan, adalah tidak wajar ia dibiarkan berterusan dengan pelbagai pihak mengambil tindakan sendiri.
Di sebelah pihak, golongan yang menentangnya melakukan pelbagai angkara, termasuk membakar novel dan gambar penulisnya, Abdullah Hussain, sementara golongan yang ingin mempertahankannya pula mengambil tindakannya sendiri.
Isu berkenaan mungkin sudah dibincang pada mesyuarat Kabinet dan andainya ia belum sampai pada peringkat itu, harapan kita adalah agar satu keputusan dapat dibuat dalam masa terdekat ini, agar ia tidak terus disalah faham masyarakat keturunanIndia di negara ini.
Kita berharap pihak tertentu yang membangkitkan isu perkauman berkaitan novel itu sudah membaca dan memahami isi kandungan sepenuhnya kerana mesej di dalamnya menjurus kepada perpaduan.
Banyak pihak tampil menyatakan pendapat mereka mengenai Interlok, yang tidak ada langsung unsur perkauman atau hasrat penulis untuk memperkecilkan kaumIndia , selain menggarapkan elemen sejarah dan fakta.
Kita berharap pemimpin MIC terdiri daripada dua timbalan menteri, Datuk T Murugiah dan Datuk S Subramaniam yang mula membangkitkan isu ini, sudah membaca dan memahami novel itu sekarang.
Mereka mesti mengambil inisiatif menjelaskan kepada ahli parti serta masyarakatIndia bahawa bukan tujuan penulis atau kerajaan untuk menghina kaum berkenaan.
Konsep 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menjurus ke arah pembentukan masyarakat adil di negara ini.
Novel Interlok, yang turut mengandungi mesej perpaduan, tidak akan mengubah hasrat pemimpin dan rakyat negara ini terhadap masyarakatIndia .
Interlok membincangkan kehidupan Seman, yang mewakili Melayu, Ching Huat mewakili Cina dan Maniam mewakili India, dan semuanya dirangkum dalam satu bab terakhir.
Walaupun ia membincang kehidupan Seman dan Ching Huat, namun apa yang dipertikaikan adalah kisah mengenai Maniam, kerana ada perkataan ‘paria’ disebut.
Buku itu mengisahkan kehidupan Maniam, seorang lelaki berusia 30 tahun dari Tricur, Kerala, India yang memutuskan untuk ke negara ini, kerana tidak tahan dengan kehidupan miskin di kampung halamannya. Dalam pelayaran kapal, Abdullah Hussain dipetik sebagai menulis seperti berikut:
“Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagian besar daripada penumpang dek yang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa saja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikit bercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasal dari satu rumpun bahasa Dravidia.
Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul kerana mereka tergolong dalam kasta paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.”
Pada halaman lain, penulis menyatakan: “Dia boleh membeli barang daripada penjaja dengan memberikan wang dari tangan ke tangan; tidak seperti di negaranya, dia mesti meletakkan wang itu di suatu tempat dan penjaja itu akan menyiram wang itu dengan air sebelum diambil dan dimasukkan ke dalam petinya”.
Ternyata kewujudan kasta yang digambarkan Abdullah Hussain, bukan penghinaan kepada mana-mana kaum malah realiti pada zaman berkenaan.
Seperti kata seorang lagi pakar linguistik, Prof Awang Sariyan, novel Interlok adalah gambaran realiti sosial pada zaman berkenaan dan pengkisahan membabitkan penghijrahan pekerja dari luar termasuk orang dariIndia .
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga berpendapat Interlok tidak mempunyai elemen perkauman.
Sebaliknya ia mengandungi elemen harmoni bertujuan memupuk perpaduan antara kaum di negara ini berdasarkan kisah pada 1910, iaitu zaman kolonial.
Beliau meminta pihak yangcuba mempolitikkan novel berkenaan supaya membacanya dengan perspektif betul dan rasional.
Apapun, polemik Interlok ini tidak harus dibiarkan berlarutan dan dalam membuat keputusan, pihak kementerian tidak perlu mengikut telunjuk golongan yang tidak memahami isu diperjuangkan.
Saya berpendapat Interlok wajar terus menjadi teks dalam KOMSAS mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini.
Isu berkenaan mungkin sudah dibincang pada mesyuarat Kabinet dan andainya ia belum sampai pada peringkat itu, harapan kita adalah agar satu keputusan dapat dibuat dalam masa terdekat ini, agar ia tidak terus disalah faham masyarakat keturunan
Kita berharap pihak tertentu yang membangkitkan isu perkauman berkaitan novel itu sudah membaca dan memahami isi kandungan sepenuhnya kerana mesej di dalamnya menjurus kepada perpaduan.
Banyak pihak tampil menyatakan pendapat mereka mengenai Interlok, yang tidak ada langsung unsur perkauman atau hasrat penulis untuk memperkecilkan kaum
Kita berharap pemimpin MIC terdiri daripada dua timbalan menteri, Datuk T Murugiah dan Datuk S Subramaniam yang mula membangkitkan isu ini, sudah membaca dan memahami novel itu sekarang.
Mereka mesti mengambil inisiatif menjelaskan kepada ahli parti serta masyarakat
Konsep 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menjurus ke arah pembentukan masyarakat adil di negara ini.
Novel Interlok, yang turut mengandungi mesej perpaduan, tidak akan mengubah hasrat pemimpin dan rakyat negara ini terhadap masyarakat
Interlok membincangkan kehidupan Seman, yang mewakili Melayu, Ching Huat mewakili Cina dan Maniam mewakili India, dan semuanya dirangkum dalam satu bab terakhir.
Walaupun ia membincang kehidupan Seman dan Ching Huat, namun apa yang dipertikaikan adalah kisah mengenai Maniam, kerana ada perkataan ‘paria’ disebut.
Buku itu mengisahkan kehidupan Maniam, seorang lelaki berusia 30 tahun dari Tricur, Kerala, India yang memutuskan untuk ke negara ini, kerana tidak tahan dengan kehidupan miskin di kampung halamannya. Dalam pelayaran kapal, Abdullah Hussain dipetik sebagai menulis seperti berikut:
“Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagian besar daripada penumpang dek yang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa saja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikit bercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasal dari satu rumpun bahasa Dravidia.
Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul kerana mereka tergolong dalam kasta paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.”
Pada halaman lain, penulis menyatakan: “Dia boleh membeli barang daripada penjaja dengan memberikan wang dari tangan ke tangan; tidak seperti di negaranya, dia mesti meletakkan wang itu di suatu tempat dan penjaja itu akan menyiram wang itu dengan air sebelum diambil dan dimasukkan ke dalam petinya”.
Ternyata kewujudan kasta yang digambarkan Abdullah Hussain, bukan penghinaan kepada mana-mana kaum malah realiti pada zaman berkenaan.
Seperti kata seorang lagi pakar linguistik, Prof Awang Sariyan, novel Interlok adalah gambaran realiti sosial pada zaman berkenaan dan pengkisahan membabitkan penghijrahan pekerja dari luar termasuk orang dari
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga berpendapat Interlok tidak mempunyai elemen perkauman.
Sebaliknya ia mengandungi elemen harmoni bertujuan memupuk perpaduan antara kaum di negara ini berdasarkan kisah pada 1910, iaitu zaman kolonial.
Beliau meminta pihak yang
Apapun, polemik Interlok ini tidak harus dibiarkan berlarutan dan dalam membuat keputusan, pihak kementerian tidak perlu mengikut telunjuk golongan yang tidak memahami isu diperjuangkan.
Saya berpendapat Interlok wajar terus menjadi teks dalam KOMSAS mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini.
(sumber: Razak Rashid Ghows)
bhnews@bharian.com.my
2011/01/13
bhnews@bharian.com.my
2011/01/13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan