BAGI penjawat awam walaupun kelayakan pinjaman perumahan ditambahkan hingga mencecah antara RM300ribu hingga RM450ribu tetapi natijahnya apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang bagi kepentingan awam?Meminjam bukan bererti si berhutang boleh goyang kaki. Tidak semena-mena harga rumah melonjak naik.Naik menggila! Bayangkan jika seorang penjawat awam yang baru bekerja sekitar 5-10 tahun bergaji bulanan di bawah RM3ribu tetapi terpaksa memotong bayaran bulanan pinjaman perumahan antara RM900-RM2ribu maka lebihan wang itulah untuk sara hidup bersama keluarga termasuk makan minum,pendidikan,ubatan,kereta,petrol dan lain-lain lagi yang serba mencengkam.Apakah ini tidak memberi kesan psikologi,tekanan dan kemurungan jangka panjang?Dan tidak hairanlah kesannya antara lain boleh timbul konflik minat, prestasi kerja,rasuah dan bermacam-macam salah laku.
Justeru anda yang mahu membeli rumah ikutlah garis panduan kepenggunaan.Beli rumah yang sudah siap, harga yang masuk akal dan jangan terburu-buru.Dapatkan S & P (perjanjian jual beli:jika rumah terpakai) dan apa jua dokumen berkaitan.Bagi membeli rumah atas tangan orang lain dapatkan dulu quatation harga secara percuma daripada Jabatan Penilaian,Kementerian Kewangan di pejabat berhampiran hartanah itu mahu dibeli.
lni bagi memastikan anda layak meminjam amaun yang dikehendaki sama daripada Perbendaharaan Kerajaan atau bank-bank tempatan.Seterusnya anda gunakanlah khidmat Guaman/Pejabat Peguam bagi menguruskan seterusnya proses pinjaman,pembelian dan pembayaran.Hati-hatilah.Dapatkanlah khidmat nasihat lanjut daripada Kementerian Hal Ehwal Pengguna.Pepatah Cina ada menyebut bahawa 'anda yang memiliki rumah umpama anda memiliki sebuah negara'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan