Salam Perjuangan

31 Ogos 2010

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53





Sudah beberapa hari TIUB BOCOR tidak dapat bersama para pembaca budiman kerana kerana kurang sihat. Alhamdulillah menjelang malam menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia tercinta yang ke-53, TB dapat meluangkan masa meneruskan catatan tanda ingatan yang tidak pernah kunjung padam.

Masa terus datang dan pergi hingga kini kali ke-53 kita menyambut setiap tanggal 31 0gos. Tanggal yang nostalgik ini mengingatkan TB pada zaman kanak-kanak pada tahun-tahun 1960-an, setiap kali datang tarikh keramat ini, TB seronok dan gembira kerana dapat menonton filem pacak di tengah-tengah padang secara percuma bermula jam 9malam hinggalah hampir ke subuh hari.

Ada filem Melayu lakonan P.Ramlee, hindustan lakonan Shammi Kapoor, filem tamil lakonan M.G.Ramachandran (MGR), filem mandarin, filem jepun dan filem keluaran Filem Negara Malaysia Jabatan Penerangan yang dikenali filem propaganda...yang disebut rakyat marhaen 'filem peranda'.Masa itu masyarakat yang tinggal di estet yang masih diurus oleh 'tuan-tuan orang putih' terdiri daripada orang Melayu,cina dan lndia tanpa prasangka kaum dapat bersatu dan gembira menghayati semangat 'satu nasib' pada malam menyambut kemerdekaan.

Bagi mereka golongan buruh walaupun hidup dihimpit kesusahan dan kemiskinan namun pada malam kemerdekaan itulah anugerah kegembiraan yang mereka dapat nikmati bagi melepaskan penat lelah bekerja di ladang saban hari membanting tulang mencari sesuap rezeki untuk ahli keluarga.Menjelang malam kemerdekaan bagaikan ada pesta meriah; gembira bukan kepalang.Ada berjualan apam balik, mee bandung,sotong titik,jagung rebus,kerang rebus,cendol dan macam-macam lagi.

Ketika itu ladang-ladang getah masih dimiliki saudagar-saudagar lnggeris.Malam itulah para pekerja dan ahli keluarga mereka akan menumpang percuma lori-lori yang mengangkut mereka dari rumah-rumah kuarters atau kongsi untuk ke padang lapang yang biasanya terletak di pusat pentadbiran ladang yang dipanggil 'central'.Seronok beramai-ramai menaiki lori bagai ikan sardin terutama kanak-kanak seperti TB.Hembusan angin malam dan cahaya purnama penuh yang sentiasa mengekori lori yang kami naiki terasa bagai semalam berlalu.

Yang TB masih ingat...semangat satu Malaysia telah lama wujud di kalangan mereka...bak kata pujangga' dalam kemiskinan itu ada kebesarannya'..Ah, lebih 45 tahun yang silam! Dan hampir 35 tahun kini TB masih terbayang...bagaimana anak kecil seperti TB yang semasa kecil nun jauh suatu waktu di sebuah estet pada hari kemerdekaan tanah air, tiba-tiba telah ditakdirkan Allah SWT pada tahun 1976 dan 1977 berada di Kuala Lumpur ibu kota Malaysia yang mula menguntum namanya berbaris berarak memegang erat bendera negara dan panji berwarna-warni sebagai belia tunas bangsa dengan bangga memberi tabik hormat kepada para pemimpin negara di astaka hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad ketika lintas hormat di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) dengan penuh kebanggaan tidak terkata.

Sejarah berulang...dua tahun berturut-turut ketika itu TB turut serta sebagai peserta perbarisan lintas hormat yang jatuhnya pada bulan ramadan,bulan umat lslam berpuasa.Panas terik tidak melunturkan kami anak generasi ketika itu.Kini 2010 sambutan Hari Kemerdekaan berulang kembali jatuh pada bulan ramadan...yang diadakan dalam stadium atau dewan tertutup atas alasan bulan puasa!Walaupun tema Hari Kemerdekaan tahun ini 'Menjana Transformasi' atau dalam pemahaman bahasa yang mudah bersedia menempuh perubahan tetapi apakah para belia hari ini bersedia menempuh perubahan,sanggup keluar dari zon selesa?Fikir-fikirkanlah.

27 Ogos 2010

WANITA BUKAN ISLAM DALAM DEWAN SOLAT: JANGAN MEMALUKAN UMAT ISLAM

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.

Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” (baca penuh dalam UM,27 0gos 2010).


TB: TIDAK kira apa jua parti politik, tidak kira sesiapa jua; kesilapan boleh dilakukan oleh sesiapa. Selagi kita bernama manusia, hamba-Nya yang serba lemah dan kekurangan maka tidak dapat tidak ada jua perkara-perkara penting yang terlepas pandang. Apatah lagi jika akal tidak dimanfaatkan sebaik mungkin tetapi emosi menguasai akal. Berdasarkan foto sebenar yang TIUB BOCOR tatapi, sah si pelaku adalah bukan lslam yang sedang berucap di dalam dewan solat saf hadapan kawasan imam . Walaupun TB memahami bahawa politik atau siasah tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan lslam lantaran lslam itu addin namun Allah telah menjadikan kehidupan di dunia dan alam semesta ini bersandarkan hukum-hakam dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Hadis. Hukum tetap hukum. Wanita lslam yang sedang haid dilarang memasuki dewan solat kerana dikhuatiri darah haid akan menitik jatuh. Apabila darah haid menitik jatuh maka larangan sudah bertukar menjadi haram. Sehubungan ini situasi wanita yang berhadas besar sudah jelas larangannya dalam lslam. Apatah lagi wanita bukan lslam@kafir yang sudah jelas dalam keadaan HADAS BESAR, kita sama-sama boleh memikirkannya. Tidak salah menjemput individu bukan lslam bagi menjalinkan perpaduan dan persefahaman. Tetapi apa salahnya dilaksanakan majlis yang baik itu hanya dalam kawasan persekitaran atau di luar dewan solat masjid/surau? Wallahualam.

26 Ogos 2010

POLITIK MELAYU:MAHATHIR SENGAJA BUAT TIDAK FAHAM

PAS berpandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja membuat tidak faham dengan senario politik di negara ini.
“Berkali-kali PAS tegaskan kepada rakyat, kalau Umno kalah yang menangnya ialah PAS,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Sehubungan itu, katanya PAS kesal dengan kenyataan Dr Mahathir yang mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah.
Jelasnya, Umno akan berhadapan dengan PAS di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada Umno.

Baginya, sememangnya Mahathir jenis manusia yang buat-buat tidak faham.
Menurutnya, Mahathir masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu di bawah payung Umno sahaja, seolah-olah selain daripada Umno, Melayu tidak boleh bersatu.

“Inilah khurafat Umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin Umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tata Negara,” ujarnya.

Dulu, katanya pemimpin Umno sering mendakwa bahawa selain daripada Umno memerintah tidak akan maju.
Beliau menambah, hujah itu sudah lapuk di mana rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan Rakyat memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas.

Rakyat, katanya telah melihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

Menurutnya lagi, selama 22 tahun negara di bawah Dr Mahathir banyak dasar-dasar yang dilakukan merugikan orang Melayu, antaranya ialah berapa banyak tanah rezab Melayu bertukar dan tidak berganti, melaksanakan dasar pengajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris walaupun merugikan orang Melayu di pedalaman.

“Beliau sendiri pernah mencadangkan supaya orang Melayu kena buang budaya subsidi, mencadangkan dasar meritokrasi, menarik royalti minyak di Terengganu, mewujudkan pegawai persekutuan di negeri Kelantan dan Terengganu, menarik bantuan perkapita sekolah agama rakyat.
“Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada Melayu semasa beliau berkuasa,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mempesoalkan kenapa sekarang Mahathir begitu lantang seolah-olah mengugut orang Melayu mesti bersatu dengan Umno untuk meneruskan lagi penindasan kepada rakyat dan membiarkan rakyat menderita dan memudahkan suku sakatnya mengaut kekayaan negara.
“Apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak selamat?” tanya beliau.(sumber: HARAKAH DAILY,26.8.10)

TB: Sehubungan ini TIUB BOCOR masih ingat akan Dasar Penswastaan yang diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun 1980-an semasa zaman mantan PM ini. Pada Hakikatnya dasar ini pada mula matlamatnya murni iaitu mahu meningkatkan kecekapan perkhidmatan yang berkaitan rakyat misalnya bekalan air, tenaga elektrik, perkhidmatan pos, telekomunikasi dan lain-lain lagi. Dengan penubuhan GLC iaitu syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan seperti TNB maka kononnya akan melimpah kepada rakyat. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya dengan sindrom penswastaan ini maka lahirlah beberapa gerombolan lintah darat bersama cukung-cukung yang mengambil kesempatan mengwujudkan gejala kebendaan yang bertuhankan materialisme. Objektif untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan untuk rakyat telah bertukar kepada lubuk untuk meraih dan membaham harta karun rakyat…dengan alasan penswastaan yang menghalalkan cara. Apakah tidaknya? Bagi meraih keuntungan yang berlipat kali ganda bukan cara mengurangkan kos penyelenggaraan tetapi menaikkan tariff, menaikkan harga perkhidmatan yang tidak pernah reda sejak dasar ini diperkenalkan. Justeru sejak itulah aliran kepada kebendaan kian membiak dalam budaya rakyat Malaysia yang suatu ketika dahulu tidak terlalu berteraskan kebendaan. Akibat kos hidup melonjak naik kerana dasar ini saling berpelukan dengan ibu kandungnya, kapitalisme maka dalam fikiran rakyat siang malam asyik memburu harta benda yang tidak pernah selesai selagi hayat dikandung badan. Soal patriotisme, celik minda, kasih sayang , budaya membaca, kesukarelawanan, simpatis dan empatis kurang mendapat tempat di kalangan anak-anak generasi baru. Natijahnya kini berlakulah kian banyak gejala sosial dalam masyarakat kini. Maka lagu bangau oh bangau berputar kembali dalam lipatan sejarah moden negara.

ANTARA KUFUR NIKMAT DAN MOHON KEAMPUNAN

Tidak semua manusia diberi ujian yang sama. Setiap daripada kita umat Nabi Muhammad SAW. Mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Sama ada suka ataupun tidak apa yang ditentukan oleh Allah SWT, itulah yang terbaik untuk hamba-Nya. Tiada kudrat kita sebagai hamba-Nya untuk mempersoalkan setiap apa yang diberikan dan apa yang ditentukan. Jangan sekali-kali menjadi hamba yang kufur nikmat. “Jangan sesekali bertanya kenapa dan mengapa kita diberikan kesusahan ataupun kesenangan melebihi mereka yang lain. Pasti ada hikmah di setiap sesuatu yang diberikan kepada kita itu. Seelok-eloknya lipat gandakan amal ibadah supaya tidak termasuk dalam golongan mereka yang mengingkafi ketentuan Allah SWT.” Jangan jemu meminta diberikan sinar hidayah dan petunjuk ke arah kebaikan kerana telah dijanjikan oleh-Nya. Sesiapa sahaja daripada hamba-Nya yang sering berdoa dan terus berdoa untuk meminta hidayah dan petunjuk, pasti dimakbulkan doa itu walaupun dalam keadaan cepat mahupun lambat. Itu sudah janji-Nya.

TB yakin apabila disematkan ke dalam lubuh hati yang suci murni itu pastinya ketenangan akan menyelubungi diri dan tidak sekali kita menjadi hamba yang kufur nikmat. Doa yang dipohon insya-Allah akan diberikan jalan untuk menuju kebenaran.Justeru bersama-sama kita mohon keampunan daripada Allah S.W.T sempena bulan yang mulia ini:


AMPUNKAN AKU, YA ALLAH YA TUHANKU

Ampunkan aku,ya Allah ya Tuhanku
ketika dahulu aku melupakan- Mu
Betapa jauh hati dan diriku mengingati-Mu
Hingga aku lalai kewujudan-Mu
Sehingga Engkau sentiasa memerhatikan daku,
hamba-Mu


Ampunkan aku ya Allah
Pernah aku mengabaikan-Mu
Mulut terlalu ringan menyalahkan takdir-Mu
Mencemuh kasih sayang-Mu
Sedang Engkau begitu kasih dan sayang
kepadaku

Ampunkan aku ya Rabbi
Ketika dosa aku lakukan
Ketika hatiku lalai dan alpa
Tanpa kusedari telah kulanggar larangan-Mu

Ampunkan aku wahai Yang Maha Pengampun
Kini aku sedar, aku sedang mencari-Mu
Baru aku gagahi hati mencari jalan pulang
kepada-Mu
Kerana tiada tujuan lain hidup ini selain
kerana-Mu
Apakah dapat sekali lagi aku damai di sisi-Mu?
Ampunkan aku Yang Maha Menerima

Ampunkan aku wahai Yang Maha Menguasai
Tidak kuingin lagi keindahan dunia yang
banyak menipuku
Tidak lagi kumahukan perhiasan yang fana
Apa yang aku mahukan kurniakanlah kepadaku
keikhlasan
Untuk aku bertaubat kepada-Mu, memohon ampun

Ampunkan aku wahai Yang Maha Menghidupkan
dan Mematikan
Kini baru kutahu betapa penting cinta
kepada-Mu
Seandainya di akhir nanti Engkau takdirkan aku
menghuni neraka-Mu
Satu permohonanku. agar Engkau izinkan aku
Izinkan aku mengkhabrkan kepada seluruh
ahli neraka
Bahawa aku cinta kepada-Mu…

25 Ogos 2010

RELA MASUK NERAKA

Suatu hari Nabi Musa sedang berjalan-jalan,dia melihat seorang ahli ibadah. Nabi Musa pun menyapanya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa:”Wahai Musa aku telah beribadah selama 350 tahun tanpa melakukan dosa. Di manakah Allah akan meletakkan aku di syurga- Nya? Sampaikan pertanyaanku kepda Allah”. Nabi Musa kemudian bermunajat memohon kepada Allah agar diberitahu kepadanya di manakah umatnya itu akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah berfirman:”Wahai Musa, ‘Aku’ akan meletakkannya di dasar neraka-Ku paling dalam. “ Nabi Musa kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut. Ahli ibadah itu terkejut. Dia pun berfikir mengenai dirinya dan terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya yang baru beribadah selama 200 tahun, di manakah lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokkan harinya dia menjumpai Nabi Musa kembali dan berkata, “Wahai Musa. Aku rela Allah memasukkan aku ke dalam nereka-Nya, tetapi aku mohon agar setelah tubuhku di masukkan ke dalam neraka, jadikanlah tubuh ini dapat menutup semua pintu neraka. Justeru, tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya lagi. “Nabi Musa menyampaikan permohonan itu kepada Allah. Allah berfirman, “Wahai Musa sampaikanlah kepadanya, sekarang ‘Aku’ akan menempatkannya di syurga-Ku yang paling tinggi”.

TB: Pembaca Tiub Bocor yang budiman bolehlah aplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) berhubung sirah Nabi Musa A.S agar kita sama-sama bermuhasabah dan mengenali diri sendiri sebelum kita mahu mengenali atau mengambil tahu hal orang lain. Sikap sanggup berkorban demi orang lain semata-mata kerana Allah S.W.T adalah sikap terpuji dan mulia.Selamat berpuasa dan menyambut Nuzul Quran.

DYMM SULTAN JOHOR MURKA

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, murka berikutan penyebaran kain rentang yang memaparkan gambar Baginda Tuanku bersama Pengerusi Parti Keadilan (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Ming, individu yang dicadangkan sebagai Menteri Besar. Tindakan oleh individu yang tidak dapat dikenal pasti itu dilihat seolah-olah mencabar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

Menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, Menteri Besar mestilah Melayu dan beragama Islam. Menurut Baginda Tuanku, tindakan itu boleh memecah belahkan perpaduan dikalangan rakyat disebabkan kepentingan peribadi.

“Contohnya, baru-baru ini di Batu Pahat, ada pihak cuba untuk mengheret saya dalam kancah politik dengan memaparkan gambar saya sebagai suatu kempen politik. Perbuatan ini adalah biadab dan kurang ajar’” titah Baginda Tuanku semasa Majlis Penutup Kembara Mahkota Johor (KM) 2010 Fasa II di Padang Majlis Daerah Kota Tinggi.(dipetik daripada ILUVISLAM, 13-19 Ogos 2010)

TB: Walaupun TB belum pernah dikurniakan sebarang pingat kebesaran daripada DYMM Sultan Johor tetapi kasih sayang dan takzim TB sebagai putera jati kelahiran Negeri Johor Darul Takzim tetap utuh dan tidak pernah berubah kendatipun TB terpaksa merantau dan berkelana jauh mencari rezeki di luar tanah Johor. Namun bak perumpamaan, ‘tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat dilahirkan’. Justeru TB berasa dukacita dan kian gusar jika kedapatan segelintir rakyat/individu yang sengaja tidak memahami Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bahawa fungsi Sultan atau Raja di mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia ialah sebagai Ketua Agama lslam dan Adat lstiadat Melayu yang mana baginda berperanan sebagai payung bagi setiap rakyat yang bernaung untuk memupuk perpaduan . Sungguhpun baginda tidak boleh terlibat dalam apa jua politik berparti namun baginda berperanan sebagai penasihat demi kesejahteraan rakyat jelata. Alangkah daif sekali jika ada rakyat yang masih tidak memahami laras siasah/politik bahasa Melayu antara frasa nama Menteri Besar dan Ketua Menteri . Menteri Besar ialah Ketua Esekutif Ahli Jemaah Mesyuarat Negeri bagi Negeri-Negeri Bersekutu yang mempunyai Sultan atau Raja bagi negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia seperti N.Johor Darul Takzim, N.Pahang Darul Makmur, N.Selangor Darul Ehsan dan lain-lain lagi. Kata Nama Khas Menteri Besar tetap Menteri Besar walau dalam apa jua bahasa di dunia. Maksudnya Menteri Besar tidak boleh diterjemahkan kepada Chief Minister atau sebagainya. Sebab itu dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri bahawa Menteri Besar mestilah Melayu (mengikut takrif Perlembagaan Persekutuan) dan beragama lslam. Hal ini berbeza dengan frasa nama Ketua Menteri atau Chief Minister yang boleh diterjemahkan dalam apa jua bahasa .Apatah lagi Ketua Menteri boleh diterajui oleh sesiapa jua rakyat Malaysia berdasarkan prestasi mana-mana parti politik yang mendominasi dan diwakilinya, asalkan ada persetujuan majoriti dan kesepakatan bersama demi kesejahteraan rakyat sesebuah negeri itu dengan sokongan Gabenor/TYT/YDPN . lnilah indahnya Malaysia tercinta

23 Ogos 2010

KITA SEMUA ADA PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Manusialah satu-satunya makhluk yang melakukan semua aktiviti yang boleh membangunkan dunia ini. Manusia juga menjadi fokus utama dalam menggerakkan pembangunan dan perubahan.Dengan ini mereka jugalah menjalankan aktiviti yang boleh mencemar dan merosakkan keseimbangan alam ini. Manusia adalah makhluk istimewa di atas muka bumi ini. Keistimewaan mereka bukan sekadar memperoleh ilmu. Malah mereka mampu untuk mengurus dan mentadbir alam ini. Inilah matlamat utama mengapa manusia dijadikan Allah S.W.T sebagaimana firman-Nya:

‘ Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:”Sesugguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”….. (al-Baqarah (2):30)

Sebenarnya bumi ini telah pun berpenghuni sebelum kehadiran manusia di muka bumi ini. Namun makhluk yang lain sama ada yang terdahulu atau terkemudian, tidak mampu untuk mentadbir dan menguruskan alam ini. Sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas, Allah S.W.T kemudiannya memberitahu kepada para malaikat bahawa Allah S.W.T akan menjadikan manusia sebagai khalifah. Tanggungjawab ini diberikan kepada makhluk yang bernama manusia. Justeru sudah pastilah Allah S.W.T membekalkan kepada makhluk ini dengan beberapa potensi supaya ia dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah (adaptasi daripada Isu-lsu Dalam Ilmu dan Pemikiran,Mohd Yusof 0thman,Ph.D,1998).

TB: Sama-sama kita mendambakan agar setiap manusia khususnya yang berilmu berbakti sesama insan di muka bumi ini bukan semata-mata kerana ganjaran kebendaan.Jika kerana kewangan dan kebendaan semata-mata maka manusia akan hanya mementingkan diri dan akan membiarkan suasana persekitarannya kendatipun persekitarannya penuh dengan kemaksiatan dan kemungkaran.Justeru janganlah ada di antara kita yang berilmu tetapi dianggap manusia yang literate but uneducated atau berkelulusan tinggi tetapi tidak terdidik. Sama-sama kita renungkan. Wallahualam.

22 Ogos 2010

RAMADAN OH RAMADAN

Ramadan, kudakap lagi erat
kunjungmu kurnia Illahi kudrat
ke rumah-Nya saban setia sarat
menikmati malam-malam maknawi
meresap syukur syahdu mengepung kalbu
kuhisab gocah diri masa sembilu
kebesaran terucap paksi misteri
sendu hadir meniti lubuk usiaku
melafaz ayat-ayat-Nya penyuluh hayat.

Ramadan detik agung bulan keramat
maka singkirkan alpa sesaat
kita usapi kemuliaan pesona hikmat
hindarkan nafsu goda iblis laknat
mengurung mungkar tingkatkan syafaat.

Ramadan, di angkasa layar batini
langit dan bumi tafakur dinihari
cakerawala bertaut kasih zikrullah
lailatulqadar hikmah-Nya rahmat insan
di sini kita menanti titik temu
teluk cinta hakiki pasrah azali.

RAJIEE HADI
(Berita Minggu , Ahad, 22 Ogos 2010)

TB: Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak Kepada Semua Pembaca blog TIUB BOCOR. Semoga Kita Dalam Sihat Walafiat
Sepanjang Masa Menunaikan Ibadah Dengan Penuh Kesyukuran,Keikhlasan dan Ketakwaan.

21 Ogos 2010

ISU INI PATUT DIBINCANGKAN DALAM PERHIMPUNAN AGUNG, MUKTAMAR, KONGRES SEBARANG PARTI!

Terima kasih Dato’ Baha Zain kerana info bermakna yang dapat TB kutip begini: “Kalaulah lantai perniagaan di Suria KLCC itu mampu disewa oleh banyak peniaga bumiputera (barangkali sebanyak 40%) , tentulah sangat bermakna bagi kita kerana menara berkembar yang dianggap ikon kemajuan itu, juga menunjukkan kemajuan bumiputera dalam persaingan kewangan dan perdagangan modern negara. Saya masih menyimpan statistik kecil yang lama tentang kedudukan Bumiputera vis-a-vis penduduk asing sebagai gambaran untuk kita menduga bagaimana pula statusnya pada hari ini:

1 PEMILIKAN EKUITI (1998):

i) Bumiputera....................19.4 %
ii) Bukan Bumiputera..................41.1 %
iii) Rakyat Asing...............31.8 %

Jadi lebih daripada 80% ekuiti dimiliki oleh bukan Bumiputera.

2. PROFESIONAL BERDAFTAR (1999):

i) Akauntan..............Bumiputera 15.9 % Bukan Bumiputera (84.1%)
ii) Arkitek.....................................28.9 (71.1)
iii) Doktor..................................... 36.7(63.3)
iv) Doktor Gigi............................. 34.8( 65.2)
v)Doktor Vetriner........................ 42.6( 57.4)
vi) Jurutera................................... 26.5( 73.5)
vii) Juru Ukur................................ 47.8(52.2)
viii) Peguam...................................31.3(68.7)
__________________________
[28.9 %] [ 71.1 %]


KALAU ANGKA-ANGKA INI YANG LEBIH 10 TAHUN DAHULU MASIH TAK BANYAK BERUBAH APA GUNA KITA BERCAKAP TENTANG 1 MALAYSIA.BARANGKALI SUDAH BANYAK PERUBAHAN SEKARANG. POKOKNYA PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU DALAM KERAJAAN , NGO DAN UMNO HENDAKLAH MELAKUKAN PENYELIDIKAN YANG SAINTIFIK DAN BERDASARKAN ANGKA-ANGKA STATISTIK BARU MELAKUKAN TINDAKAN YANG ADIL BUAT SELURUH RAKYAT PELBAGAI KAUM. BAYANGKAN PADA BEBERAPA WAKTU YANG LALU PEMIMPIN MELAYU BERCAKAP TENTANG SISTEM MERIT . BETAPA BEBALNYA CARA BERFIKIR BAGI MENYELESAIKAN KEADILAN EKONOMI DAN SOSIAL . Mari kita cari statisk terkini….Apa lagi wahai para pemuda, wanita ,ayahanda, para muslim dan muslimah, para pejuang kemanusiaan dan keadilan rakyat dalam apa jua parti…bangkitlah daripada tidur dan mimpi yang panjang.

TB: Tiub Bocor masih ingat semasa Konvensyen Pendidikan (Konpen) yang julung-julung kali diadakan sekitar penghujung 1970-an, panglima-panglima kita seperti Dr Awang Had Salleh (kini Tan Sri Prof Emeritus)dan rakan-rakan dalam Suluh Budiman sering mendedahkan statistik pencapaian pelajar bumiputera dalam bidang professional dan teknikal yang masih merundum jauh ke bawah dan sering dibahas dan diteliti lalu dikemukakan untuk tindakan susulan pihak kerajaan. Suara-suara bersemangat Ainuddin Wahid, Zainal Abidin Wahid, Pak Rashid dan lain-lain lagi masih terngiang-ngiang di cuping TB.Tetapi alangkah ironis,sedih dan pedih jauh ke dalam kalbu jika dalam perhimpunan agung, muktamar atau kongres mana-mana parti yang memperjuangan rakyat bumiputera terpinggir dan masih terkebelakang lebih mengutamakan sikap bercakaran dan perebutan harta karun dengan media kini lebih banyak mengkhayalkan anak-anak Melayu dengan hiburan 24 jam menyebabkan Melayu banyak kemungkinan bumiputera akan berterusan mati kelaparan walaupun berada di dalam kepuk padi.TB sukacita bertanya APAKAH KAJIAN YANG SANG PUTERA DAN SANG PEMUDA BUAT KINI?????????

Syor seragam tarif air, cukai tanah semua negeri.

PUTRAJAYA 20 Ogos - Kerajaan Pusat sedang mendapatkan pendirian bersama dengan semua kerajaan negeri termasuk di bawah pentadbiran pembangkang untuk menyeragamkan tarif air dan cukai tanah.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam erti kata lain jika ada cadangan hendak menaikkan tarif air dan cukai tanah, maka persetujuan perlu dicapai antara semua negeri.
Perdana Menteri menyifatkan ia sebagai gambaran yang begitu positif sekiranya persetujuan dapat dicapai dalam masa terdekat ini.

"(Serentak itu) saya bagi tempoh dalam bulan Ramadan ini untuk semua kerajaan negeri memaklumkan kepada saya sama ada ada setuju untuk saya jadi hos perbincangan selepas hari raya bagi membincangkan perkara ini.

"Ini kerana kerajaan negeri menghadapi tekanan dalam pendapatan dan kos perbelanjaan (negeri) semakin meningkat termasuk bekalan air sekiranya ada cadangan nak naikkan harga air dan cukai tanah, tetapi akan berlaku unsur politik.
"Dalam hal ini kalau semua setuju, maka tidak ada yang main politik," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2010 di sini hari ini. (Baca berita lanjut di UM 21.08.2010)

TB: ADAKAH INI YANG DINAMAKAN RAKYAT DIDAHULUKAN? Tiub bocor dan rakyat kian bosan dengan omongan cakap tidak serupa bikin. Rakyat mahu tahu, rakyat seronok jika harga petrol/disel/gas dan segala bahan api diturunkan,tidak menjadi punca yang membebankan rakyat di kampung pedalaman di Sabah, Sarawak, dan juga di Semenanjung.Rakyat mahu kerajaan mengawal harga projek perumahan dikawal bahkan diturunkan kerana sejak akhir-akhir ini harganya melambung gila, tidak masuk akal. lni meresahkan bakal-bakal pembeli rumah di kalangan penjawat awam yang gajinya mereka ala kadar untuk menampung keluarga. Penjawat awam mahukan bonus tahunan paling minimum satu atau dua bonus setahun bagi menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak. Rakyat mahukan agar warga emas 60 tahun ke atas diberikan imbuhan bulanan RM1000/-. Rakyat mahukan isi perut mereka difikirkan dan diutamakan dahulu. Rakyat bukan boleh makan, rakyat bukan boleh hidup jika kerajaan hanya mahukan nama gah serata dunia! Walau hebatnya kapal selam, kapal angkasa (jika ada) dan bangunan tinggi sehingga mencapai bulan tetapi jika rakyat sudah mula muak, sudah ada kebencian alamat buruklah padahnya. Kuasa penentu ada di tangan rakyat setiap kali PILIHAN RAYA UMUM!!!lngatlah menaikkan tariff air dan cukai tanah yang tidak seberapanya ini petanda akan menikam diri sendiri. Jangan menyusahkan rakyat. Jangan banyak beretorika. Jika wang perbendaharaan kian susut semua pihak baik negeri mahupun pusat wajib memberhentikan projek mega, projek membazir, projek cukung dan apa jua bentuk pengurusan kewangan hendaklah dikawal selia dengan tulus,benar,tepat dan betul. RAKYAT AKAN MENENTANG SAMA ADA SECARA BERSEORANGAN ATAU SECARA PAKATAN ATAUPUN DI SETIAP BARISAN RAKYAT, APA JUA YANG MEMBEBANKAN RAKYAT YANG TIDAK PUN RAKYAT DIDAHULUKAN.

24 hotel diragui statusnya

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 24 hotel di Lembah Klang yang mengadakan promosi Bufet Ramadan telah menggunakan bahan yang diragui status halalnya.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut adalah daripada 34 hotel di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang dan Kedah yang telah dipantau oleh pihaknya sejak 1 Ramadan.

"Daripada jumlah tersebut, hanya dua hotel didapati memiliki sijil halal Jabatan Agama Islam negeri,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Wan Mohamad berkata, 24 hotel yang didapati menggunakan bahan tidak halal itu termasuklah One World Hotel First Avenue; Shah's Village Hotel; Prescoot Inn Kajang; Lagenda Cuisine Sdn. Bhd.; Oriental Crystal Kajang dan Eastin Hotel Petaling Jaya di Selangor.
Selain itu, hotel dan restoran di Selangor yang turut didapati tidak menepati status halal ialah Restoran Tupai-Tupai Kampung Sungai Tangkas, Bangi; Bangi Golf Restaurant dan The Saujana Kuala Lumpur, Subang.

Bagi Kuala Lumpur ialah Bistro & Theatre Restaurant di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC); Impiana KLCC Hotel & Spa; Hotel Equatorial; Hotel Nikko; Hotel Concorde; Novotel K.L City Center; Cititel Mid Valley; Kanpei Restaurant di Micasa All Suite Hotel dan The Zon All Suites Residences.

Premis lain di Kuala Lumpur ialah The Royale Bintang; R & B Services Berjaya Times Square Hotel; Hilton Kuala Lumpur; Le Meridien dan The Regency Hotel manakala di Putrajaya ialah Putrajaya Shangri-La.
Beliau berkata, antara yang ditemui termasuk penggunaan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas, percampuran di antara bahan mentah halal dan tidak halal di kawasan penerimaan dan stor penyimpanan.

"Ini jelas membuktikan promosi Bufet Ramadan yang ditawarkan tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975,'' katanya. (Baca sepenuhnya di UM 21.08.2010)


TB: Alangkah alpanya kita, alangkah daifnya diri, alangkah malangnya pula jika bersama ahli keluarga menikmati hidangan bangkai, semata-mata mahu menunjukkan status sosial yang tidak kena tempatnya. Apapun JAKIM dan agensi penguatkuasaan serta orang ramai sewajarnya bersikap proaktif dan peka mulai sekarang; bukan semata-mata hanya bergerak cergas hanya dalam Ramadan yang mulia ini. Bayangkan wang halal yang kita dapati daripada rezeki yang halal hasil jerih perih kita tetapi akhirnya masuk ke dalam tubuh dan mengalir dalam darah adalah unsur haram,tidak halal dan menjijikkan. Bersama-sama kita jauhkan dan elakkan.

20 Ogos 2010

Pengetua 'rasis': TPM arah pasukan petugas

Aug 20, 10 1:27pm
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor secara terbuka menghamburkan ucapan rasis pada pelajar.

Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, pasukan petugas itu dibentuk bagi mendapatkan fakta berkaitan dan merancang tindakan lanjut ekoran emosi pelbagai pihak semakin bergelora.
Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.(Baca berita penuh di Malaysiakini)


TB: lsu ini bukan suatu isu baru. Cuma yang telah lama berlaku itu tidak dilaporkan dalam media massa yang serba canggih pada zaman ini. Pemimpin atau pengurus sekolah yang dikenali pengetua (di sekolah menengah) dan guru besar (di sekolah rendah); tidak kira apa jua keturunan, tidak kira apa jua jenis latar sekolah wajib mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi. Tidaklah mulut mereka ini celupar, bercakap semborono di khalayak ramai dan memberi ucapan merapu tidak tentu hala semasa perhimpunan mingguan di sekolah. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI sepatutnya menjadi kriteria penting dalam hal memilih pengetua/guru besar sekolah. lnilah padahnya jika pemilihan merit berdasarkan kekananan tetapi nol pengalaman, kosong ilmu bukan berdasarkan kepemimpinan, keilmuan, pengalaman dan kewibawaan.Justeru, ada pemimpin sekolah yang berlagak macam koboi tua, “menembak” sana sini secara membabi buta.Yang wanita itu, usahlah ikutkan emosi sangat dek faktor biologi. Yang lelaki, janganlah stress maksimum jika di tempatkan di sekolah yang mempunyai rekod cap kunci atau cap ayam lantaran berlumba-lumba impian untuk mencapai pengetua super! 0leh sebab itu tender terbuka kepada mereka yang mahu menjawat jawatan pengetua secara permohonan terbuka adalah kaedah yang amat dialu-alukan. Sesiapa yang sedia menggalas tanggungjawab, yakin kemahiran komunikasinya cemerlang dan bersedia menempuh cabaran; sila memohon dan individu seperti inilah yang layak… bukan kerana bodek sana bodek sini, laporan prestasi yang banyak auta dan bermacam-macam tipu daya.

19 Ogos 2010

JANGAN TIUP API PERKAUMAN

Dipetik daripada HarakahDaily 18 Ogos 2010

…….Sementara itu, ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria perlu mendedahkan kandungan ‘perlembagaan baru’ yang didakwanya itu dan melaporkannya kepada polis untuk disiasat.
Mufti harus buat laporan polis

Beliau yang dipetik HarakahDaily berkata PAS terkejut dengan kenyataan Harussani bahawa ada pihak tertentu cuba menggantikan perlembagaan persekutuan bagi menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.
“PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis,” katanya.

Menurut Idris, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.

Malahan, jelasnya konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera sejajar dengan perkara 153.

Selain itu, Pakatan juga berikrar mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau.

“Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama,” katanya.


TB: Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. TB akur Perlembagaan negara tidak ada cacat cela walaupun tidak sehebat perlembagaan Madinah semasa zaman Rasulullah S.A.W atau sekurang-kurangnya setanding dengan Kanun Melayu dalam kitab Sejarah Melayu. Walau apapun parti mana yang memerintah Malaysia, yang penting dan paling utama pelaksanaan apa yang terkandung dalam perlembagaan itu lebih penting bukan sekadar retorika, bukan hanya gula-gula politik. Perlembagaan yang sedia ada tidak usahlah diusik atau dicemari oleh apa jua anasir tetapi yang wajib ditentang ialah pengabaian pelaksanaan dan penguatkuasaannya. Jikalau perkara 152 menyebut aspek mendaulatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara maka apa yang patut kita tentang ialah isu-isu pelaksanaan yang memperlekehkan kedudukan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sendiri. Begitu juga perkara-perkara yang menyentuh kedudukan dan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kedudukan agama lslam sebagai agama rasmi negara. Dari aspek pelaksanaannya apalah maknanya jika perkara yang menyentuh kedudukan dan hak istimewa Melayu hanya indah khabar dari rupa jika orang Melayu dan bumiputera kian jauh terpinggir dan diabaikan dari aspek pendidikan, kerjaya, ekonomi dan kesihatan. Kedudukan agama lslam wajib terpelihara daripada anasir-anasir liberalisme yang kian menular lantaran suara-suara demokratik yang tidak kena pada tempatnya.Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar…….

17 Ogos 2010

PEMUDA PAS CABAR RIDHUAN TEE SERTAI UMNO

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Pemuda PAS mencadangkan agar Dr Ridhuan Tee menyertai Umno dan mengishtiharkannya secara terbuka ekoran tuduhan penulis itu terhadap PAS.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abd Rani dalam satu kenyataannya sangat kesal dengan tulis Ridhuan yang mendakwa "PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir".

Sehubungan itu, Azman berkata, "inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Dr. Ridhuan Tee sendiri."
Ridhuan Tee adalah pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional. Semasa menjadi pelajar di UKM, beliau adalah pemimpin pelajar di sana. Selepas belajar, beliau pernah bertugas di Harakah sebagai pegawai kawalan kredit akhbar PAS itu.

Kata Azman, kenyataan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dalam tulisannya dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia, tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi. (Baca berita penuh dalam Harakah Daily 17, Ogos 2010)


TB akui semasa TB mendaftar sebagai calon Ph.D di UKM ketika itu Redhuan Tee pelajar sarjana muda yang aktif dalam persatuan pelajar. TB sering duduk di ruang tamu bilik persatuan di aras Puspanika sambil memerhati gelagat siswa-siswi yang mundar-mandir.TB nampak poster barisan kepemimpinan mahasiswa yang terlekat di dinding; termasuk terpapar foto Redhuan Tee..TB tidak pasti sama ada ketika itu beliau sudah memeluk lslam atau sebaliknya. Secara peribadi, TB tabik mengenai pencapaiannya baik sebagai komunikator, kerjaya dan akademik. Walaupun TB merasakan beliau tiada pekerjaan tetap atas andaian beliau mempunyai prinsip perjuangan tersendiri sebelum berkhidmat di UPNM namun TB tidak pasti. Namun kekadang sikap emosional dan bagai lalang ditiup angin; tidak kira sesiapapun harus dihindari.Apatah lagi jika personaliti itu telah menjadi public figure. Janganlah memakai pelbagai topeng. TB masih ingat, secara kebetulan pernah menonton Forum Perdana Ehwal lslam di TV1. Ketika itu beliau selaku perantara didapati begitu emosional apabila memasukkan emosi sendiri apabila berbicara tentang poligami. Di sinilah kita yang arif dapat menilai ketokohan individu itu sama ada seorang yang konsisten, berpendirian ataupun bagai enau di hutan….Wallahualam.

PERKASA beri kata dua kepada PM

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan apa sahaja yang boleh untuk menangani masalah orang Melayu, atau berdepan dengan risiko kehilangan sokongan mereka dalam pilihan raya umum akan datang.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata jika ia tidak dilakukan, orang Melayu akan bertindak balas.

Katanya, mereka mungkin akan diam sekarang, tetapi mereka akan menunjukkan ketidaksenangan mereka itu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Orang Melayu akan menolak Umno," kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir MAS dalam satu sidang akhbar di ibu negara.

Beliau memberi amaran Umno dan perdana menteri akan kehilangan undi orang Melayu sekiranya kerajaan terus tunduk kepada bukan Melayu dan membiarkan terhakisnya hak istimewa orang Melayu - yang menurutnya dilindungi dalam perlembagaan persekutuan.
Orang Melayu, kata Ibrahim, bimbang dengan pendekatan kerajaan untuk memacu ekonomi.

Dan menurutnya, menteri yang bertanggungjawab pula nampaknya
berminat untuk mengenepikan saki baki kekayaan orang Melayu dan bumiputera.

Ibrahim mengulas 12 resolusi kongres ekonomi MCA semalam, yang salah satu daripadanya menuntut pengurangan 30 peratus ekuiti bumiputera. [Baca berita penuh]
(Malaysiakini, 15 Ogos 2010)


TB: Biar betul Pak Perkasa….TB sokong seratus peratus asalkan Pak Perkasa konsisten dan bertegas dalam tindak-tanduk.Jangan macam murai dicabut ekor. Nampaknya UMNO era anak almarhum Pak Razak banyak ini banyak sangat beri lemak. Hai,hai.hai ada apa-apa ke….TB masih ingat segar apabila BN menang dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini, SJK (Cina) beruntung dapat habuan peruntukan mengejut RM3juta…alahai sedangkan banyak SK dan SRAI dalam negeri Selangor terpaksa ibu bapa menyumbangkan yuran PIBG yang tidak masuk akal semata-mata menampung dana pengurusan sekolah. Janganlah begitu…dalam ajaran lslam keadilan itu bertempat; bukan keadilan itu sama rata. Apa kata BN jika menang PRU13 berikan ganjaran bulanan RM1000/-kepada warga emas yang berusia 60tahun ke atas? Jika PR berjanji boleh beri imbuhan begitu jika berjaya mengambil tampuk pemerintahan Putrajaya kelak, mengapa BN tidak boleh??? Hubaya..hubaya..hubaya..lawan terus lawan asalkan rakyat mendapat keuntungan!!! RAKYAT DIDAHULUKAN ………

16 Ogos 2010

Pemuda selar MCA berhubung kuota bumiputera

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO menyelar pendirian MCA yang mahu kerajaan mengkaji semula pemberian kuota kepada kaum Melayu dan bumiputera dalam menjayakan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE).
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, permintaan MCA itu tidak selari dengan kemahuan dan usaha parti-parti komponen dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, MCA yang menjadi sebahagian daripada BN tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk muncul seperti sebuah kumpulan cauvinis Cina berhubung perkara itu seperti amalan politik pembangkang selama ini.
"Sebagai sebuah parti komponen, MCA perlu terlebih dahulu membenarkan niat MBE dijayakan sepenuhnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.
"Sikap MCA yang gemar mengemukakan 'tekanan' sebelum pelaksanaan sesuatu dasar tidak menggambarkan kematangan parti itu sebagai sebuah parti komponen kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kerajaan perlu mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamatnya.
"Ia lebih baik kerana banyak kes terutama kontraktor Kelas F yang semuanya adalah bumiputera apabila mendapat projek akan 'mengalibabakan' kepada pihak lain.
"Lebih baik berikan kepada mereka yang lebih layak berdasarkan rekod dan prestasi (tanpa mengira kaum)," katanya.
Reezal menambah, Soi Lek tidak sepatutnya membangkitkan mengenai peluang kontraktor bumiputera Kelas F kerana hampir kesemua rantaian pembekal bahan binaan di negara ini dimiliki sepenuhnya oleh para pengusaha Cina.
"MCA perlu menerima hakikat bahawa senario ekonomi sedia ada masih banyak memberikan kelebihan kepada pemain ekonomi Cina. Itu hakikatnya," tegas Reezal. (UM,16.8/2010)


TIUB BOCOR: baru-baru ini TB menyusuri dalam kembara seniman dari Tawau,Sandakan,Kota Kinabalu, Beufort (Sabah), Limbang,Miri,Bintulu,Sibu,Kuching (Sarawak), dan seluruh Semenanjung dari selatan ke utara, barat dan timur, TB akui negara kita Malaysia pesat membangun; baik bangunan-bangunan yang tersergam di setiap bandar-utama,sekolah-sekolah termasuk SJK (Cina) yang terdapat di mana-mana, kilang-kilang industri dan tanah-tanah kebun dan ladang yang secara jujur dan terus terang TB kata lebih 70% milik kaum Cina Malaysia.TB tidak mahu komen panjang. Apa yang TB tertanya-tanya apa lagi yang kaum Cina mahu lagi???? lni rasionalnya dan bukti simbol kekayaan!

14 Ogos 2010

RAMADAN OH RAMADAN…..BERSABARKAH KITA?

PENGERTIAN sabar ialah amalan yang Allah perintahkan kepada kita bagi menentang hawa nafsu, syaitan dan syahwat yang mana merupakan musuh bagi akal dan makrifat , naluri dan ilham demi memperoleh kebajikan.Apatah lagi elemen-elemen kejahatan dan kebajikan ini saling memerangi antara satu sama lain. Sesiapa yang mampu menundukkan atau menewaskan pasukan syaitan dan berpihak ke jalan Allah maka akan dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Justeru melaksanakan perintah Allah merupakan amanah dan tanggungjawab wajib lantaran ianya ialah sebahagian daripada beriman kepada Allah S.W.T.

Dan daripada “Iman” ini muncul unsur keteguhan demi membangkitkan takwa agama bagi menghadapi gelojak hawa nafsu. Arahan wajib ke atas manusia berterusan sehingga manusia berjaya menunaikan perintah Allah menentang dan mengalahkan pasukan syaitan yang bertopengkan hawa nafsu dan syahwat…. sehingga terbuktilah firman Allah:

“Ketahuilah bahawasanya tentera Allah-lah yang mengalahkan (tentera syaitan)”.
(Al-Mujadalah:23)


TB: Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali…Selamat menunaikan ibadah puasa.

04 Ogos 2010

A MALAYSIA AND NATIONAL LANGUAGE

From Sabah to Perlis, there here people talk SATU MALAYSIA slogan. This connection is better focussed Malay language aspect as national language, official language, knowledge language and unity language. Do we ennobled Malay language as national language on SATU MALAYSIA spirit?National language policy is most important basis for development of the Malay language in Malaysia. This policy cater to status planning concept language.
With the existence of language policy which determines national language selection and official language, next steps new carried out namely propaganda, language use construction and the expansion of choice . Language policy in Malaysia put position of Malay language as national language and official language such as are included in Article 152 Federal Constitution. Allocation which include in Constitution the that becoming policy to development of the Malay language further in Malaysia

TIUB BOCOR@TB ask: do we have invoked language A MALAYSIA/ ONE MALAYSIA this with practise him among we as Malaysian citizen properly from intonation aspect, reference, spelling, speach, the phrase and grammar; nice in oral or in writing? Malaysia will welcome 53rd independence day in 31st. August 2010 but desperately unlucky if language a Malaysia also still not understood by own Malaysians.

Pecahkan Sabah Sarawak Jadi 16 Negeri? Agenda Siapa?

Berikut adalah petikan dari artikel MALAYSIAKINI tersebut :
Pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan menggesa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak supaya menimbangkan secara serius mewujudkan beberapa negeri baru di kalangan mereka.
Katanya, keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi dan memaksimumkan potensi sebagai alasan untuk berbuat demikian.Ideanya adalah Sabah dibahagikan kepada lima negeri - Tawau, Sandakan dan Kudat di pantai timur dan utara manakala dua lagi negeri iatu Pantai Barat dan Pedalaman.Bagi Sarawak pula, menurut Jeffrey, semua sebelas bahagian dijadikan negeri-negeri Sarawak, iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang."Jumlah 16 negeri dan satu wilayah persekutuan Borneo akan menengelamkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia,” katanya semasa ucaptama tertutupnya yang berjudul 'The Genesis of Malaysia Revisited' dan 'The Way Forward' di Kota Kinabalu, semalam.


TB: hehehe..ada jenis manusia yang macam ini….takada kerja cari kerja. TB sudah mengembara dan menyusuri dari Tawau, Sandakan,Kota Kinabalu, Beufort di Sabah..terus ke Temburung Brunei masuk Limbang dan Kuala Lurah di Sarawak kemudian ke Bandar Seri Begawan,Brunei lalu ke Kuala Belait,Sungai Tujuh masuk ke Miri,Bintulu, Sibu,Sarikei,Mukah,Kuching,Santubung yang terletak di Sarawak. Sana-sini hutan rimba.....penempatan berselerak, bukan jenis sejajar atau berkelompok terutama di Sarawak. Sebab itu jalan darat jika mahu dibina canggih seperti di Semenanjung tentulah tidak ekonomik. TB jika nak ulaskan hal ini tentu panjang lebar secara ilmiah. TB Cuma minta pembaca fikirkanlah penduduk Sabah dan Sarawak pun antara 2-5 juta mahu dipecahkan 16 negeri+1 kononnya WP Borneo. lni bermakna di Malaysia Timur akan ada 17 Ketua Menteri dan 17 Govenor@YDPNegeri...hehehe..tidakkah membazir memberi gaji/elaun dan segala bentuk yang nyata atau tersembunyi kelak termasuk para juaknya??? Dipendekkan cerita, Jefri Ketingan janganlah pening kepala mengada-adakan perkara yang tiada. Yang penting kita perangi RASUAH dan hapuskan KRONISME dahulu.Itu yang penting!!!! Ayuh!!!!!!!!!!!!!!!!

DI PERHENTIAN INI

Di atas jambatan ini aku melihat anak-anak di tambatan
Di seberang sekolah terapung di sungai kedayan
Di kejauhan laut china selatan menggamit datang
Di pelabuhan silih berkunjung para pedagang
Di bumi mengalir melimpah ruah ke pelangi petang


Di taman Sultan Omar Ali Saifuddin
Di dataran ini dikir selawat berkumandang
Di atas atas tanah ini kita bangunkan ukhuwah lslamiah
Di pundak bangsa berdaulat tamadun gemilang
Di mercu Ke Bawah Duli Tuanku mengemudi salam
Di pentas pagi kita bersama memuji Rasulullah Junjungan


Di Seri Begawan mentari pagi senyum girang
Di Kampung Air daratan silang budaya gemerlapan
Di sana sini santun bersamping ucap akrab kasih sayang
Di ufuk nurani tanah air Melayu lslam Beraja terbilang
Di sini benteng paksi ketuanan tradisi warisan
Di bahu bersama kita ingatkan generasi kemudian!

RAJIEE HADI

Bandar Seri Begawan, NBDS.
12Mac 2008.

03 Ogos 2010

BARANG NAIK: APA YANG TIDAK NAIK?

Isu kegawatan gula dan banyak jenis kegawatan sekarang bukan cerita baru. Kegawatan barang kawalan ini juga bukanlah kali pertama berlaku di negara, malahan sudah kerap kali berlaku. Di manakah silapnya? Siapakah dalang ? lsu ini menjadi tanda tanya. Mengapa dan kenapa ia berlaku juga menjadi misteri. Hendak dikatakan memang betul bekalan gula kurang di negara kita amatlah mustahil. Ini kerana bekalan makanan di Malaysia tidak mengalami kegawatan ini. Bahkan menurut menteri terbabit bekalan makanan Malaysia mampu bertahan bertahun-tahun lamanya.Hehehe…tidak digunakan istilah “naik” tetapi diselaraskan.Apa bezanya? Hehehe..akta demi akta diwujudkan tetapi belum terdengar mana-mana lintah darat dipenjarakan disebabkan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Jadi mengapa timbulnya kejadian ini? Jawapannya hanya satu mungkin mereka yang terbabik mahu mengaut keuntungan lebih di pasaran gelap sehingga menganiaya pengguna dan peruncit. Justeru sebagai pengguna yang mempuyai kuasa dan hak membeli yang banyak, apa lagi yang boleh anda lakukan? Carilah jalan untuk menyekat isu ini berlarutan. Fikirkan satu jalan yang boleh memberi tekanan juga kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

TB dah muak dengan juak-juak kapitalis ini.

02 Ogos 2010

MEMBINA DIRI MENJADI PEMIMPIN PENDIDIKAN DAN PENGURUS PENDIDIKAN YANG BERKESAN

Setiap pemimpin atau pengurus pendidikan harus bersedia menerima dan mengamalkan falsafah pegangan, amalan pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan seorang pemimpin atau pengurus haruslah merupakan tanggungjawab dirinya sendiri. Pendidikannya terus berlangsung tanpa mengenal pisahan pendidikan formal, informal dan nonformal. Sebagai pengamal yang reflektif, pemimpin atau pengurus pendidikan sentiasa memeriksa segala tabii pemikiran, perasaan dan perilaku dirinya. Pada masa yang sama individu berkenaan perlu memikirkan keperihalan fenomena pengurusan dan membina peta kefahaman dan celik akalnya berkaitan falsafahnya, tugas dan tangunggjawab, misi dan tujuan hidupnya………………………………………………


TB sedia maklum pemimpin atau pengurus pendidikan di peringkat sekolah yang bergelar Pengetua (sekolah menengah) dan Guru Besar (sekolah rendah) sewajarnya memainkan peranan sebagai pemantau utama segala aktiviti kurukulum (P&P) dan kokurikulum; bukan hanya duduk enak dengan penuh keselesaan di bilik berhawa dingin melayan tetamu yang tidak berkaitan..

Seri Begawan

Terima kasih Seri Begawan
kerana kunjunganku dengan mesra
dengan salam selamat datang
adat Melayu yang mengalir dalam tubuhmu
adalah darah perantau silam
kita adalah warisan Nusantara
benarlah Melayu takkan hilang di dunia


Apakah benar duhai Seri Begawan
Melayu kita akan terus mengalir
andai segala yang kita miliki
ucap kata indah nenek moyang
kita abaikan lantaran globalisasi?



Benarkah wahai Seri Begawan
bahasa itu jiwa bangsa
agar rasa gerak upaya
menyayangi leluhur dan raja
yang berdaulat memayungi kita?



Terima kasih Seri Begawan bertiang seri
segala pusaka subur di tanah ini
kita sama-sama menyemai bakti
ke jauh nurani anak generasi
mekar selamanya Melayu Islam Beraja abadi




RAJIEE HADI
KUPU-SB, Brunei
27 April 2008
(Bahana, Februari 2009)

01 Ogos 2010

ADIBAH AMIN: PEJUANG SENI,BAHASA DAN SASTERA MELAYU YANG DILUPAI???….

TB baca NST,30 Julai 2010 ada dua pembaca melahirkan rasa dukacitanya , tak siapa peduli akan jasa-jasa seorang anak bangsa kita, sang wirawati yang berjuang menerusi mata pena, bakat seni lakonnya (ingat ADIK MANJA?) dan seorang ilmuwan wanita Melayu awal graduan Universiti Malaya,Singapura yang pernah bertugas sebagai guru dan pensyarah; kemudian terjun ke bidang kewartawanan.Adibah Amin bukan setakat seorang sasterawan (kalau tidak silap novelnya SEROJA MASIH DI KOLAM) tetapi juga seorang pemikir dan penulis yang tajam mata penanya. Sedih juga TB membaca keluhan dua pembaca NST itu. Kenapa masyarakat tidak peka menilai jasa-jasanya dengan memberi merit yang setimpal ke atas seorang wanita berjasa yang kini seorang nenek. Adibah Amin ialah puteri kepada tokoh wanita Melayu terbilang, lbu Zain…

Beruntung Ella, Ali Mamak, Khatijah lbrahim , Lee Chong Wei, Nicol David,dan taukeh2 cendol,taukeh pasir di luar sana…dapat title alias gelaran DATO’, DATUK, DATUK SERI …hehehe. Mana GAPENA? Geng Songkok Tinggi, Wanita UMNO, Puteri UMNO..???.TB dah lama rimas pasal isu ini….



UPSR : APA SUDAH JADI?

DIKHABARKAN satu mesyuarat meja bulat telah berlangsung di Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini bagi membincangkan pro dan kontra peperiksaan UPSR dihentikan atau diteruskan. Bagi TB apa jua keputusan ada baik dan buruk. Yang penting, apakah alternatif untuk membuat pengujian dan penilaian pencapaian murid-murid sekolah rendah? Adakah penilaian yang dilakukan oleh guru dan sekolah mereka sendiri dapat mengelakkan sikap pilih? Apakah tidak ada elemen atau unsur-unsur yang menyalahi etika keguruan??. Zaman TB di bangku sekolah rendah dahulu era 1960-an tidak ada UPSR atau Penilaian Darjah 5 atau 6. Jika ada peperiksaan pemilihan untuk masuk Special Malay Class atau nak masuk ke MCKK/KMKK, RMC/MTD, KIM maka terpulanglah kepada Guru Kelas atau pihak sekolah untuk memilih mana-mana murid yang disukainya untuk memasuki peperiksaan pemilihan yang diadakan di sebuah sekolah dalam sesebuah daerah. Justeru, kedapatan ada guru yang memilih anak sendiri, anak buah sendiri atau sesiapa yang disukai. Alangkah malangnya jikalau hal sebegini terjadi. Hal ini pernah TB alami semasa di bangku sekolah rendah. TB hanya menggigit jari sahaja. Tapi rezeki dan takdir Allah jua Yang Maha Berkuasa. Dengan adanya UPSR pula sindrom berlumba-lumba ke pusat tiusyen sudah menjadi suatu barah yang membahayakan sistem pendidikan kita.Seolah-olah guru dan sekolah sebagai sumber memberi ilmu dan pendidikan bagaikan menemui KEGAGALAN.Manakala andainya UPSR dimansuhkan maka kita bimbang mana-mana pihak baik dari SK ataupun SJK atau mana-mana sekolah persendirian akan membuat pengujian dan penilaian sendiri yang melangkaui batas-batas standard dan kurikulum pendidikan kebangsaan. Apapun TB berharap KPM dan semua pihak; termasuk kesatuan-kesatuan/persatuan keguruan/MPNPIBG berfikir semasak-masaknya jangan sampai; Nasi Sudah Menjadi Bubur; Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna.