Salam Perjuangan

31 Januari 2013

BENARKAH GURU SEJARAH TIDAK FAHAM SEJARAH ?


LAPORAN akhbar Utusan Malaysia (16/1/2013) lalu ada menyebut bahawa Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju dengan kenyataan yang mendakwa ramai guru Sejarah tidak faham sejarah negara.

Presidennya, Hashim Adnan menegaskan, adalah tidak mungkin guru Sejarah kabur dalam memberikan penerangan tentang sejarah negara kerana perkara tersebut adalah pengkhususan yang ditekankan ketika berada di universiti.

Justeru beliau telah mengukuhkan sangkalannya benar berdasarkan keputusan para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam saban tahun.Adakah andaian ini benar? Saya yakin, Hashim Adnan tersilap menafsir apa yang dimaksudkan guru sejarah tidak faham sejarah.


Sebenarnya tidak faham sejarah ; tidak tahu cara penyampaian ilmu sejarah adalah dua situasi berbeza.Namun tidak dinafikan isu ini bersangkut-paut dengan kemahiran bahasa yang mana jelas menimbulkan banyak kekeliruan

Oleh itu kaedah komunikasi yang berkesan  guru tersebut perlu pertingkatkan lagi. Dan tidak mustahil ada juga guru yang terbawa-bawa dengan 'ideologi pemikiran'nya yang negatif kerana diselaputi oleh sikap perkauman yang songsang.

Saya sendiri mendapat respons daripada seorang guru/pensyarah pendidikan yang pernah berpengalaman sebagai guru di sekolah selama 15 tahun (selebihnya sebagai pensyarah/pendididik guru di IPGM). Beliau pernah menempuh pengalaman sebenar.

 Suatu tengah hari beliau secara kebetulan lalu di koridor sebuah kelas; tingkatan 4.Kebetulan seorang guru sejarah keturunan bukan Melayu sedang berdiri mengajar di hadapan kelas dengan suara lantang yang jelas kedengaran ke cuping telinganya.Ya, antara isi pelajaran yang beliau  terdengar ialah begini..."Malaysia telah dibuka oleh Parameswara ketika menemui Melaka....."

Sekilas dengar seperti tidak ada silapnya. Ya, sebagaimana frasa yang diujarkan begini: 'Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan'? lnilah yang boleh mengelirukan jika ada guru sejarah 'tidak jujur' menerangkan tentang sejarah.

Sayugia  apabila mengaitkan mengenai pembukaan Melaka oleh Parameswara (ingat Parameswara bukan orang lndia atau orang Keling dari benua Keling: istilah fakta dari buku Sejarah Melayu tetapi ialah seorang yang beragama hindu (kerana ketika itu pengaruh hindu mendahului selepas animisma)yang mana anak raja dari dinasti Saleindra di Palembang,Sumatera yang mana sudah tentulah daripada rumpun mahawangsa Melayu)sudahlah tentulah belum ada nama Malaysia (bermula 1963).

Melaka  walaupun disebut negeri tetapi berstatus sebuah negara yang berkerajaan dan berpelembagaan (Kanun Melaka). Sebab itu dalam buku sejarah Melayu disebut 'Negeri China', Negeri Arab' dan sebagainya bagi merujuk negara yang berkerajaan. 

Begitu juga jika ditanya 'Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan'? Harus diingat bahawa kemerdekaan yang dicapai pada 31 0gos 1957 pada ketika itu ialah sebuah kerajaan yang bernama Persekutuan Tanah Melayu yang mana lnggeris menyebutnya 'Malaya'. lstilah 'Malaysia' hanya l;ahir pada tahun 1963 atas idea sebuah gagasan penggabungan Sabah,Saarawak,Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu.

 INILAH realiti sejarah yang sepatutnya guru sejarah atau sesiapa pun tidak menjadi kabur atau berpura-pura kabur. Kesilapan ini bukan hanya ditujukan kepada guru sejarah sahaja tetapi kepada orang awam keseluruhannya. Kebenaran itu pahit tetapi kesilapan itu menghancurkan!

30 Januari 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA: Aduan Penting!

Seorang pembaca mengadu dan menulis begini: "Saya menulis bukan untuk  merungut, tertapi amat berharap pihak Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan cadangan saya.

Kebanyakan anak-anak memulakan sesi pembelajaran seawal 7.15 pagi.  Ini dirasakan sangat membebankan kerana saya perlu bangun seawal 5 pagi dan bertolak jam 6 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan membolehkan anak sampai ke sekolah tepat pada waktunya.

Ini menyebabkan kebanyakan murid tidak dapat bersarapan dan memulakan sesi dalam keadaan penat dan mengantuk. Bersarapan adalah penting dan walaupun anak hanya makan di kedai bersama ibu bapa , itu sudah cukup sebagai masa berkualiti bersarapan daripada memulakan persekolahan dengan perut kosong.

Saya memang ingin hantar anak bersekolah berhampiran rumah, tetapi tiada siapa pula boleh diharap untuk mengambil ketika waktu pulang dan tiada orang pula di rumah memandangkan anak masih kecil.

Bagaimanpun, masalah ini tidak pula dihadapi oleh mereka yang tidak bekerja.  Masalah ini mungkin dipandang remeh, tetapi kehidupan jadi sangat memenatkan dan kelam-kabut jika setiap hari terpaksa bangun seawal 5 pagi.

Saya amat berharap pihak Kementerian Pelajaran dapat merombak semula sesi pembelajaran kerana kebanyakn sekolah sekarang hanya satu sesi dan wajarlah waktu persekolahan bermula jam 8 pagi sedangkan pelajar universiti juga memulakan kelas pukul 8.00 pagi " (sumber: Seorang Pembaca).

TB: Setelah hampir 30 tahun 'JAM DIPUSINGKAN KE HADAPAN SELAMA SATU JAM' yang dibuat oleh PM Malaysia ketika itu, Dr Mahathir Mohammad yang mana waktu dipercepatkan di seluruh Malaysia. 

Justeru sudah sampailah masanya ada pihak yang proaktif mahu menilai kembali keberkesanan dan kesan buruknya dalam kehidupan sosial masyarakat hari ini. Adakah gejala anak-anak muda di bawah umur 30 tahun kian menjadi liar tertekan bersikap malasakibat tertekan masa lalu lalu protes senyap ada hubungkaitnya dengan dasar pusingan ke hadapan jam ini? 

Apa yang kita nampak sekarang ialah sikap kelam-kabut anak-anak sekolah dan ibu bapa yang ke sekolah (kecuali berasarama penuh) yang tidak dapat bersarapan pagi sama secara lebih tenang santai, mengabaikan solat subuh dan ibu bapa yang tergesa-gesa tidak sempat melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain seperti berzikir dan sebagainya. Situasi ini berbeza jauh sewaktu zaman jam tidak dipusingkan dahulu. TB harap sekali lagi ada cerdik pandai mahu membuat kaji selidik permasalahan ini. TB telah membuka hipotesis maka terpulanglah kepada para penganalisis sosial melakukan tesisnya.

29 Januari 2013

KISAH SEORANG ANAK INDIA MALAYSIA

PADA suatu petang TB pergi ke sebuah stesen petrol di Lembah Kelang. TB masuk ke dalam kerana mahu membayar harga setin  minuman dan petrol. Pelanggan ketika itu melebihi sepuluh orang terdiri Melayu.Apabila TB masuk seorang lelaki separuh umur berpakaian kemas, berkereta mewah dan tampak berpelajaran.Semasa TB masuk berselisih seorang anak muda lndia (Tamil)  sedang keluar.TB tidak pasti sama anak muda Tamil itu; lelaki atau perempuan.Lelaki separuh usia itu marah-marah dengan cara yang bersopan dan memberi motivasi kepada pelanggan Melayu di sekelilingnya. Ada yang tersenyum,ada yang diam membisu dan ada yang tidak ambil peduli.Lelaki separuh usia itu kelihatan wajahnya semacam kecewa.

TB yang baru masuk dan menuju kaunter lantas bertanya,'ada apa?' Lelaki separuh usia itu dengan bersemangat lalu berkata,'Adakah patut anak lndia itu kata, budak Melayu ini, bodoh!' TB terkejut tetapi masih menahan emosi kerana membiarkan lelaki separuh usia itu meluahkan isi hatinya.' Berani dia kata "bodoh" di hadapan kami ini semua Melayu?'

 Dia masih tidak puas hati. 'Kerana apa' TB bertanya memancing perhatiannya. ' Pekerja kaunter ini baru bertukar shif, berlaku salah faham..tapi dia terus melontarkan perkataan 'bodoh'! Di manakah maruah kamu?' Lelaki seperuh usia itu menuding ke arah anak-anak remaja Melayu yang sibuk bertugas di kaunter tersebut.

lnilah senario yang berlaku. Ketika para pemimpin kita khususnya PM, dan ketika parti-parti politik; baik UMNO mahupun gabungan BN; baik PKR, PAS mahupun gabungan PR mahu memikat undi di kalangan rakyat Malaysia kini bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka sengit maka para pemimpin Melayu yang berada dalam BN khususnya PM dan dalam PR terkini terlalu 'memberi muka' kepada golongan minoriti khususnya masyarakat Tamil Malaysia yang asal usulnya pendatang dari lndia ini.

Masyarakat Tamil ini yang paling majoriti di kalangan keturunan lndia cuma sekitar 7% tetapi seolah-olah kini boleh mendominasi isu-isu negara baik dalam pelajaran (ramai yang berjaya dalam bidang guamam, kedoktoran dan perniagaan) dan tidak kurang juga dalam jenayah. Slogan mereka mudah, "asyik berteriak memberitahu mereka golongan termiskin,tertindas dan teraniaya" Tetapi dalam diam-diam ketahuilah bahawa kini orang lndialah yang terkaya nombor satu di Malaysia! (Ananda Krisnan, taukeh Astro/Maxis) telah 'mengalahkan' Robert Kuok (Raja Gula) jutawan nombor satu sebelum ini)

Justeru adakah simpton-simpton suhu politik yang 'melebihkan' masyarakat lndia  dan nama Ananda Krisnan terkaya di Malaysia  serta 'beri muka dan banyak lemak' golongan masyarakat lndia di Malaysia sekarang telah memberi impak psikologi kepada golongan ini dalam kehidupan sosial masyarakat Malaysia sekarang.Adakah ini petanda tidak sihat?

Adakah orang-orang Melayu khususnya anak-anak muda Melayu mula 'hilang taring keberanian' kerana telah tidak meletakkan ilmu dalam carta perjuangan hidup sekarang lantaran lebih kepada mengejar hiburan-hiburan astro yang melemahkan minda mereka? Bolehkah para pembaca memikirkan sejenak bagaimana nasib orang Melayu yang berjumlah hampir 4 juta dan merupakan rakyat asal di Selatan Thailand (Narathiwat,Yala,Songkhla, Hadyai,Satun) tetapi hidup merempat di tanah air mereka? Cuba bandingkan dengan nasib masyarakat lndia Malaysia pula. Ah, alangkah.......(TB)

26 Januari 2013

LEMBAGA PENAPIS FILEM (LPF) ASYIK TIDURKAH?


PERTUBUHAN  Dakwah Islamiah Pulau Pinang menggesa kerajaan menyekat tayangan filem, Visvaroobam yang dilihat menggambarkan Islam secara salah.

Pengerusinya, Abdul Gafoor Sultan berkata, pihak terbabit seperti Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Lembaga Penapisan Filem (LPF) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu segera menyiasat filem dari India tersebut.

Beliau pelik bagaimana filem yang diharamkan di Tamil Nadu, India dan Singapura itu boleh ditayangkan di negara ini.

“Filem ini dilihat membawa mesej bahawa umat Islam adalah pengganas dengan al-Quran menganjurkan umatnya ke arah keganasan.

“Malah, filem ini juga seolah-olah menghina ibadah umat Islam seperti solat, doa dan beberapa amalan lain yang digambarkan sebagai alat memohon pertolongan tuhan untuk tujuan keganasan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. (sumber: UM, 26/01/13)

25 Januari 2013

SSB YANG SIA-SIA....

SISTEM Saraan Baru (SSB) ialah merupakan satu kaedah sistem pergerakan gaji (melintang,menegak dan mendatar) yang diperkenalkan oleh JPA pada era 1990-an lalu. SSB juga boleh menentukan kenaikan pangkat seseorang penjawat awam. SSB ini tujuan dan niat awal murni...tetapi 'apa yang di sebalik tabir' tidak dapat dilihat oleh para pegawai atasan di JPA ketika itu.

Bahkan yang menjadi onar ialah pelaksanaan SSB yang tidak dipatuhi dan dipantau oleh para penilai dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan. Bahkan juga ada yang bersikap 'bagai enau di hutan,melepaskan pucuk masing-masing'. Begitulah jadinya, tidak semua perkara yang diketengahkan itu bersifat sempurna selagi ciptaan manusia!

TB berkesempatan menghadiri seminar berkaitan SSB suatu ketika itu anjuran Kementerian Pendidikan (Pelajaran)Malaysia (KPM) di lAB,Genting Highland. Dalam perbincangan kumpulan TB yang mana sempat dipantau dan dihadiri oleh Tan Sri Dr Wan Zahid Nordin (KPP,KPM ketika itu) TB telah memberi pendapat dan hujah mengenai SSB yang 'tidak ada gunanya' dan tidak banyak memberi impak keadilan serta menimbulkan implikasi ketidakdilan serta melahirkan 'manusia-manusia yang hipokrit,tidak jujur dan kronisme'..

TB bukan negatif.Tetapi idea TB bagai idea Hang Nadim, wallahualam. TB tidak pasti. Namun Tan Sri cuma tersenyum. TB faham perbincangan itu cuma formaliti tetapi keputusan telah dibuat oleh PM masa itu. Natijahnya, tahun demi tahun apa sudah jadi akhirnya?Ramai penjawat awam yang beralih ke sektor swasta. Ramai penjawat awam yang kecewa.Ramai yang meletakkan jawatan.Ramai yang bersara awal. Maka negaralah yang rugi kehilangan penjawat awam yang berpengalaman dan berkelayakan akademik yang baik.

Akhirnya SSB dimansuhkan dengan 'cacian' tersembunyi lalu digantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Apapun sistem; dalam KPM warganya amat berpuas hati dengan memperkenalkan 'time-based'sekarang yang membuatkan mereka yang menanti adatitik pertemuan di penghujung jua akhirnya....Bertuahnya kini! Ustaz Jabar di IPGM lslam/MPI Bangi tentu tersenyum puas.(TB)

23 Januari 2013

MAHARAJA LAWAK MEMBUANG MASA ORANG MELAYU?


Kumpulan Jozan menjuarai Maharaja Lawak Mega 2012 (gambar kanan)

SUDAH sekian kali saya ingin melontarkan sedikit komentar perihal Maharaja Lawak Mega yang baru saja melabuhkan tirainya Jumaat lalu dengan Jozan muncul sebagai juara dengan membawa pulang hadiah wang RM500,000.

Seingat saya, tidak pernah ada pertandingan hiburan tempatan termasuk mana-mana anugerah industri muzik mahupun yang mempertandingkan lagu-lagu pernah menawarkan hadiah sebanyak itu.
Saya tidak pernah ketinggalan mengikuti program Raja Lawak sehinggalah ke Maharaja Lawak Mega. Saya fikirkan program Maharaja Lawak sudah berakhir apabila Kumpulan Osbon ditabalkan sebagai juara Maharaja Lawak tahun lepas.

Kemudian muncul pula Maharaja Lawak Mega yang menampilkan 10 siri dengan 12 peserta pada awalnya.
Mungkin ramai yang bertanya apakah yang ingin diketengahkan oleh penerbit rancangan Maharaja Lawak Mega?

Di mana 'Maharaja' dan 'Mega' lawaknya? Atau ia hanya sekadar rancangan yang mengetengahkan populariti artis? Keputusan juga menunjukkan yang popular menjadi juara walaupun lawak mereka tidak seberapa.
Pemenang pertandingan tersebut juga tidak menunjukkan apa-apa kreativiti dan ada yang hanya mengulangi watak yang dipersembahkan sebelum pertandingan akhir.

Contohnya watak Ustaz Azhar Idrus oleh Zizan dan watak Penggali Kubur oleh Kumpulan Shiro. Tidak ada apa-apa yang baharu disajikan tetapi penonton tetap ketawa kerana populariti mereka mungkin.
Rata-rata lawak yang dipersembahkan oleh mereka tidak setanding dan sehebat nama pertandingan Maharaja Lawak Mega itu sendiri.

Begitu juga dengan pihak juri. Mereka hanya memuji-muji persembahan keseluruhan peserta tanpa apa-apa kritikan dari awal rancangan hinggalah ke peringkat akhir.

Mungkin ramai peserta adalah merupakan rakan seperjuangan mereka dan ada juga yang merupakan penerbit yang akan mengambil mereka untuk berlakon. Jadi mereka mungkin tidak berani untuk mengkritik 'lebih-lebih' takut mereka tidak akan diambil oleh penerbit itu kelak.

Saya juga pelik dengan gelagat pengacara rancangan Maharaja Lawak Mega, AC Mizal yang asyik menjerit-jerit dan terkinja-kinja sewaktu mengacarakan rancangan itu.

Sebagai peminat, semua rancangan lawak di negara ini, saya tidak terkejut jika selepas ini akan ada pula rentetan kepada Maharaja Lawak Mega.

Mungkin penerbit sedang memikirkan tajuk baru seperti Maharaja Lawak Mega Super atau Maharaja Lawak Sedunia.

Walau apa pun rancangan yang ingin mereka terbit dan persembahkan kepada penonton, biarlah berpadan dengan tema dan tajuk rancangan. Jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata melalui SMS. Biar indah rupa dari khabar.(sumber: Zulkifli Mohamad, KL, UM, 23/01/13)

TB: Yang TERKAYA nombor satu Malaysia kini ialah TAUKEH ASTRO/MAXIS Ananda Krisnan (yang telah 'mengalahkan' Robert Kuok 'raja gula') yang terus serius dan berusaha membangun empayar dalam bisnesnya. Yang terus kewata,leka,khayal dan bergembira dengan hiburan siang malam ialah orang Melayu. Kah3....dengan modal RM500 ribu sahaja Melayu terus ketawa untuk dibuai mengejar kekayaan!

22 Januari 2013

MASJID SALAH KIBLAT


SEBUAH  masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat.
Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar, yang sepatutnya mencondong ke kiri, wujud sejak masjid tersebut didirikan.
Menurutnya, perkara itu dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan.
Ia turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim).
“Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam.
Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid itu yang dibina pada tahun 1940-an.
Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah.
Sementara itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini.
“Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan.
“Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat,” katanya yang juga Ketua Menteri Melaka.
Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah.
Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat.
“Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat.
“Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru,” katanya.(sumber: SH, 22/01/13)

 

20 Januari 2013

SEKOLAH MENENGAH SAINS SELANGOR, KUALA LUMPUR

SEKOLAH Menengah Sains Selangor (SMSS), Kuala Lumpur yang dahulunya terletak di Jalan Tenteram Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur (kini nama jalan telah diubah) terletak bersebelahan Sekolah Menengah Teknik dan berdekatan tidak jauh dari Sekolah Alam Shah (kini telah berpindah ke Putrajaya), Maktab Perguruan llmu Khas (kini IPGM) dan Maktab Perguruan Teknik (kini IPGM) di seberang jalannya.Di SMSS ini, TB menempuhi rentetan kenangan hidup pda era 1980-an yang lampau.Perkembangan pesat segala aneka pembangunan  di Bandar Tun Razak (dahulu dikenali Kampung Konggo/Congo) selepas 20 tahun TB tinggalkan sungguh mengagumkan.

TB menerima 'tawaran' berpindah ke SMSS dari Bahagian Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada penghujung bulan Disember 1988.Sebenarnya sebelum itu, TB berkhidmat di Sekolah Menengah Dato' Mohd.Said (SMDMS), Nilai, Negeri Sembilan (kini Nilai sebuah bandar yang hidup semula dengan kelahiran Bandar Baru Nilai dan Putra Nilai) kesan pembukaan pesat KLIA dan LCCT di Sepang,Selangor.
SMDMS ketika itu sebuah sekolah menengah gred A yang terkenal dalam lingkungan daerah Seremban/Port Dickson. lni memandangkan SMDMS ketika itu menyediakan kelas-kelas dari peringkat peralihan sehinggalah ke tingkatan enam.Para pelajarnya yang berbilang kaum (komposisi kaum: Melayu:5, Cina 2.5, lndia 2.5) dan ada yang datang bukan setakat dalam Negeri Sembilan bahkan dari Sungai Pelek, Salak Tinggi dan beberapa kampung di negeri Selangor.

Di SMDMS TB mula berkhidmat pada Januari 1987 dan menjawat Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.TB turut terlibat mengajar Tingkatan Enam/STPM dan juga kelas-kelas peringkat SPM. Pengetua ketika itu En.Mohd Taib Hussain (bersara jawatan akhir sebagai Pengarah Bahagian Sukan, KPM). Singingat TB, seorang bekas murid sekolah ini yang mana ketika zaman itu sedang berada di Tingakatan Satu bernama "Amelina' terkenal sebagai penyanyi dangdut popular tanah air.Sayugia diingat ramai bekas pelajar sekolah ini yang berjaya menjadi wartawan terkenal, jurutera,doktor perubatan, pensyarah dan sebagainya.Namun begitulah,segala-galanya jalan sebenarnya telah ditentukan Allah. TB tinggalkan Nilai, dengan hasrat semata-mata berpindah ke Kuala Lumpur akan terus menyalakan cita-cita untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah lanjutan!

Sehubungan khidmat TB diperlukan di SMSS,Kuala Lumpur, sebenarnya pada ketika itu TB terima dua tawaran pindah. Pertama ke SMSS dan kedua Maktab Tentera DiRaja (MTD/RMC)Sungai Besi,Kuala Lumpur(TB tidak lupa jasa baik salah seorang Ketua Jabatan Pengajian MTD ketika itu, Tuan Haji Dawam Kahat,terima kasih dan maaf dipohon).Nama MTD ketika itu harum dan terkenal sejak dahulu.Walaupun MTD juga dikelompokkan bersama SBP tetapi MTD di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Kementerian Pertahanan Malaysia. Cuma ada tenaga pengajar akademiknya dipinjamkan daripada KPM.TB benar-benar dilema dan menerima juga beberapa pandangan di sisi lain.Jika TB menerima khidmat di MTD tentulah perjalanan TB juga bertukar corak.Wallahualam.

TB mula bertugas di SMSS,Kuala Lumpur yang ketika itu pengetua Haji Rauf Hussain (kini Datuk Haji Rauf Hussain mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran KPM/bersara).TB tertarik di SMSS kerana ketika itu SMSS memulakan program menerima kemasukan anak-anak miskin luar bandar yang memperoleh keputusan 'seadanya' UPSR ke tingkatan satu SMSS dari seluruh Malaysia. lni juga idea Menteri Pendidikan ketika itu,DSAI.

TB berazam berkhidmat dengan rela dan reda untuk membuktikan bahawa anak-anak miskin luar bandar juga boleh berjaya jika diberi peluang. Bayangkan TB yang pernah mengajar tingkatan menengah atas; tin gkatan 6,5,dan 4 tetapi apabila bertugas di SMSS bersedia mengajar tingkatan satu!Buktinya para pelajar ini berjaya memperoleh PMR 9A!

Dipendekkan cerita (memoir lanjut ditulis dalam buku kelak) semasa TB di sini Penolong Kanan akademik Alwi Salim (meninggal dunia sebaik bersara) dan Penolong Kanan (HEM) Hj Khamis Maarof juga pencen di SMSS kemudian diserang penyakit jantung, tidak lama kemudian diberitakan telah meninggal dunia! Kenangan TB di sini ialah membawa kejayaan kepada murid-murid sebagai Johan Forum Remaja Kebangsaan dua tahun berturut-turut dan Johan Perbahasan Lembah Kelang yang mana TB selaku guru pembimbing.

Di samping itu menjadi jurulatih murid-murid untuk Pertandingan Perbahasan Pesta Perdana para pelajar berasrama penuh se-Malaysia. Sungguh meriah dan akrab kami tenaga pengajar ketika itu.Kami saling berlumba-lumba untuk menjuarai setiap pertandingan; termasuk pertandingan pidato Piala DiRaja.Walau bagaimanapun; demi cita-cita TB mahu melanjutkan pelajaran lagi maka terselit juga kisah suka duka semasa TB di SMSS. Namun TB tidaklah bersedih amat kerana TB tinggalkan SMSS setelah Haji Rauf sendiri bertukar ke Sekolah Alam Shah!


19 Januari 2013

HORMATILAH AGAMA ISLAM AGAMA RASMI MALAYSIA


PIHAK berkuasa yang bertanggungjawab harus mengambil tindakan segera terhadap pihak yang bertanggungjawab mengedarkan Bible versi Bahasa Melayu di sekolah di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan, sistem perundangan melalui undang-undang sivil telah memperuntukkan di dalam Perlembagaan bahawa tiada pihak yang dibenarkan untuk mendakyah agama mereka kepada penganut Islam.
“Peruntukan undang-undang dalam mahkamah sivil sudah ada, bukan di bawah undang-undang Syariah ... pihak berkuasa undang-undang perlu ambil tindakan,” kata menteri yang memegang portfolio agama itu lagi.

Tegas Jamil Khir, peruntukan itu diwujudkan demi memelihara kepentingan semua pihak daripada sebarang unsur negatif seperti provokasi.
“... Sebab itu nak jaga kepentingan semua pihak agar unsur provokasi dan sebabkan pertelingkahan, kita di atur dengan undang-undang,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, telah membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapan sebuah sekolah di Jelutong di sini.

Pengerusi persatuan itu, Salleh Ismail, berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar dan video dua lelaki itu memberi Bible kecil berbahasa Inggeris kepada pelajar Melayu di sekolah menengah berkenaan.
“Kami harap pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan ini kerana ia melibatkan akidah umat Islam terutama generasi muda,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis kerana aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.(sumber:TM1,19/1/13)

18 Januari 2013

VangVieng Pagi Hujan Perlahan


SUASANA pagi bergerak perlahan tatkala hujan dengan simfoni rentak lembut. VangVient bandar di kelilingi bukit-bukit dan pergunungan batu kapur di utara Vientiane bergerak seperti biasa. para pelancong Eropah yang rata-ratanya dari negara bukan berbahasa lnggeris seperti Belgium, Sweeden, Swiszerland,Denmark dan Norway begitu teruja dengan suasana tradisi bandar dan perkampungan yang jauh berbeza dengan negara mereka
Sebenarnya inilah produk dan dapatan yang mereka mahu.Mereka bukan mahukan pusat membeli-belah seperti Berjaya Times Square, Midvalley atau Sogo di Kuala Lumpur, Mereka bukan mahu menginap di Hatten Hotel seperti di Melaka. Mereka bukan mahu sibuk atau macet kota seperti di Pulau Pinang atau Johor Baharu.

 Sejujur-jujurnya,n apa yang mereka mahuka ialah keunikan, kedamaian dan asli tradisi yang tidak terdapat di tempat-tempat mereka. Justeru bawalah mereka ke kampung Melayu yang asli, tempat-tempat bersejarah seperti makam Tun Teja, Perigi Hang Tuah atau makam Hang Tuah di Melaka dan beriadah seperti di Taman Negara Pahang, Gunung Ledang,Johor atau keunikan tanah tinggi Kundasang di Sabah.. lsu emosi dan psikologi seperti inilah yang tidak dapat dihayati oleh 'Tourism Malaysia'.

Vangvieng sekilas pandang tidaki jauh juga dengan suasana  kampung tradisi dan kampung baru di Malaysia.Bagi pelancong atau pengembara Muslim mencari makanan halal amatlah sukar.Justeru dengan adanya sebuah restoran lndia yang diwarwarkan halal sudah memadai untuk mereka bertawakal bagi menggalaskan perut. Sekurang-kurangnya roti nan tandori ayam, nasi goreng ayam, roti prata dal dan teh tarik dapat pengubat rindu Malaysia nun jauh di sana. Salam rindu. (TB)

KPPK /NUTP: GURU SEJARAH JAHIL DALAM SEJARAH?


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju dengan kenyataan yang mendakwa ramai guru Sejarah tidak faham sejarah negara.

Presidennya, Hashim Adnan menegaskan, adalah tidak mungkin guru Sejarah kabur dalam memberikan penerangan tentang sejarah negara kerana perkara tersebut adalah pengkhususan yang ditekankan ketika berada di universiti.

"Kalau benar dakwaan itu, bagaimana seorang guru boleh mengajar subjek tersebut sehingga ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam mana-mana peperiksaan awam negara.
"Saya tidak tahu di mana beliau mendapat maklumat tersebut, tetapi saya yakin guru Sejarah di negara ini yang telah bertahun-tahun belajar dan mengajar subjek tersebut faham serta mahir dengan apa juga tajuk dalam sukatan pelajaran," . (sumber: UM,16/01/13)

TB: Tidak faham sejarah , tidak tahu cara penyampaian ilmu sejarah adalah dua situasi berbeza.Ada juga bersangkut-paut dengan kemahiran bahasa yang mana jelas menimbulkan banyak kekeliruan.Justeru  kaedah komunikasi yang berkesan  guru tersebut perlu dipertingkatkan lagi. Dan tidak mustahil ada juga guru yang terbawa-bawa dengan 'ideologi pemikiran'nya yang negatif kerana diselaputi oleh sikap perkauman yang songsang.

TB yang pernah berpengalaman sebagai guru di sekolah selama 15 tahun (selebihnya sebagai pensyarah/pendididik guru di IPGM)pernah menempuh pengalaman sebenar. Suatu tengah hari TB secara kebetulan lalu di koridor sebuah kelas; tingkatan 4.Kebetulan seorang guru sejarah keturunan lndia (TB berterus terang) sedang berdiri mengajar di hadapan kelas dengan suara lantang yang jelas kedengaran ke cuping telinga TB.Ya, antara isi pelajaran yang TB terdengar ialah begini..."Malaysia telah dibuka oleh Parameswara ketika menemui Melaka....." Ok.

Sekilas dengar seperti tidak ada silapnya. Ya, sebagaimana frasa yang diujarkan begini: 'Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan'? lnilah yang boleh mengelirukan jika ada guru sejarah 'tidak jujur' menerangkan tentang sejarah.Sebenarnya apabila mengaitkan mengenai pembukaan Melaka oleh Parameswara (ingat Parameswara bukan orang lndia atau orang Keling dari benua Keling: istilah fakta dari buku Sejarah Melayu tetapi ialah seorang yang beragama hindu (kerana ketika itu pengaruh hindu mendahului selepas animisma)yang mana anak raja dari dinasti Saleindra di Palembang,Sumatera yang mana sudah tentulah daripada rumpun Melayu)sudahlah tentulah belum ada nama Malaysia (bermula 1963).

Melaka  walaupun disebut negeri tetapi berstatus sebuah negara yang berkerajaan dan berpelembagaan (Kanun Melaka). Sebab itu dalam buku sejarah Melayu disebut 'Negeri China', Negeri Arab' dan sebagainya bagi merujuk negara yang berkerajaan. Begitu juga jika ditanya 'Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan'? Harus diingat bahawa kemerdekaan yang dicapai pada 31 0gos 1957 pada ketika itu ialah sebuah kerajaan yang bernama Persekutuan Tanah Melayu yang mana lnggeris menyebutnya 'Malaya'. lstilah 'Malaysia' hanya l;ahir pada tahun 1963 atas idea sebuah gagasan penggabungan Sabah,Saarawak,Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. INILAH realiti sejarah yang sepatutnya guru sejarah atau sesiapa pun arif dan akur agar tidak menjadi kabur atau berpura-pura kabur. Kesilapan ini bukan hanya ditujukan kepada guru sejarah sahaja tetapi kepada orang awam keseluruhannya. (TB)


 

17 Januari 2013

MELAYU JOHOR PALING MISKIN?


 DEWAN Pemuda PAS Johor mendesak Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman memberi penjelasan berhubung dakwaan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas yang menyifatkan Melayu Johor paling miskin di Malaysia.

"Saya mendesak sekali lagi agar Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman agar menjawab kenyataan yang dilemparkan dengan kadar segera agar rakyat Johor khususnya Orang Melayu di negeri ini dapat mengetahui hakikat sebenar perkara ini," kata ketuanya  Suhaizan Kaiat.

Menurut Suhaizan, dakwaan Syed Ali itu  sesuatu yang amat berat dan perlu dicermati secara serius oleh pihak kerajaan negeri pimpinan Abdul Ghani.

"Kenyataan Datuk Syed yang turut membandingkan Melayu Kelantan 'lebih kaya' berbanding Melayu Johor juga merupakan suatu tamparan hebat dan menjatuhkan kredibiliti Kerajaan Negeri Johor yang diterajui Umno yang selama ini mendabik dada mendakwa diri mereka sebagai 'hero pejuang Melayu'," katanya lagi.

Selain itu juga kata Suhaizan, pelaburan dalam projek Iskandar Malaysia yang telahpun melepasi sasaran RM100 bilion seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini juga menimbulkan tanda tanya.

Apa yang dipersoalkan katanya apakah ianya mampu memberikan pulangan yang bermanfaat dan keuntungan kepada rakyat negeri Johor khususnya, sehingga dakwaan 'Melayu Johor termiskin' ini berlaku.(sumber:HD,17/1/13)
TB: Pada hemat TB ada baiknya mana-mana pihak termasuk PAS sendiri melakukan kaji selidik secara ilmiah atau profesional; apa yang diwawarkan 'Melayu Johor Paling Miskin di Malaysia'. Untuk permulaan ADALAH AMAT BAIK DAN MUNASABAH kaji selidik ini dilakukan segera di kawasan DUN SEROM dalam bahagian Ledang,Johor yang mana YAB Dato Abdul Ghani Menteri Besar Johor selaku wakil rakyat kawasan ini beberapa penggal yang lalu.Beliau juga ialah Ketua UMNO bahagian Ledang. Silalah buat kaji selidik taraf sosioekonomi orang Melayu di Serom,Sungai Mati, Bukit Kangkar,Sagil dan kawasan-kawasan sekitarnya.Buktikan secara akademik bukan hanya tohmahan kosong! TB percaya ada dapatan yang boleh menggemparkan! (TB)

PHNOM PENH & CAMBODIA HARI INI


LAPORAN foto bersiri ini TB paparkan bagi menceritakan bandar raya Phnom Penh secara khusus dan Cambodia secara amnya.Sengaja TB tidak paparkan secara bertulis.Menerusi foto-foto, pembaca boleh tafsirkan dengan seribu makna dan kata di minda masing-masing.




























ALA FILEM TAMIL


Tertuduh keempat, R. Kathavarayan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pertuduhan membunuh yang dikenakan ke atasnya adalah salah dan tidak adil.

Ini kerana, pekerja Ladang Gadong itu mendakwa dia tidak membunuh sesiapa pun pada 30 Ogos 2010.
Sambil menyatakan mengetahui dia diletakkan di kandang pesalah bersama-sama majikannya, N. Pathmanabhan dan dua lagi pekerja ladang kerana didakwa membunuh, saksi itu memberitahu, keterangannya sejak Isnin lalu adalah benar.

Bagaimanapun, Kathavarayan, 32, mengakui tidak semua keterangan yang diberikan di mahkamah dimaklumkan kepada pihak polis.

Saksi pembelaan keempat itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam bela, Manjeet Singh Dhillon pada pemeriksaan utama peringkat bela diri pada perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.(sumber:UM17/1/13)

16 Januari 2013

DI ATAS PADANG SEJARAH


A Samad Said



Di dataran sejarah suara kita sesubur rumput,
bisik kalbu bergaung garang tanpa resah tanpa takut.
Lagu kita rindu demokrasi darjat awan tertinggi
mengindah ufuk senja merai kemerdekaan diri.

Rumput di kaki, awan di kepala, gah iringi murba,
seramainya, sederapnya, setulusnya,

kita bersama menjulang panji negara,
bangga dicium angin jati
di tengah gelora kita sebangsa dan sejiwa murni.

Di atas padang sejarah pantang kita mungkiri janji
setiap tapak dan langkah mengisi rindu demokrasi.
Diri kita amat padu maruah senandung setulus hati
melunturkan wewarna zalim, menyuburkan kuning berseri.

Kita tenaga jati gah berjuang demi keadilan;
kita terbang sederas sinar julang panji kebenaran.

2—3, Oktober, 2012. A. SAMAD SAID.


TB: di atas padang fitrah, kita bentangkan arah kiblat, BN atau PR bukan tuju hala hakiki,i lslam roh dan amalan pemimpin amanah sejati, kita nantikannya takwa iman,  kibarkan dalam doa!



SIEM REAP & TASIK BESAR TONLE SAP: CATATAN SEORANG PENGEMBARA






Berada  bersama remaja Kemboja sebagai jurumudi ketika penulis (TB) cuba memandu sendiri bot di tengah Tasik Tonle Sap

Sebuah sekolah rendah terapung di Tasik Tonle Sap


Kawasan rumah terapung di tasik besar di Tonle Sap

Pub Street di Siem Reap menjadi tumpuan pelancong Barat





TB di hadapan pintu masuk Angkor Watt

Siem Reap merupakan ibu kota  Siem Reap di Kemboja. Bandar ini terletak di bahagian barat laut negara dan merupakan pusat pelancongan  dan budaya penting di Kemboja kerana menjadi pintu masuk menuju kawasan purbakala kota Angkor yang terkenal. Bandar ini memiliki iklim tropika. Pada tahun 2006, bandar  ini memiliki jumlah penduduk seramai 139,458 orang.Kini tidak mustahil penduduknya telah bertambah 200,000 orang!
Siem Reap memiliki bangunan tua kolonial dan seni bina  negara China di sekitar pengaruh Perancis dan Dalai Lama. Di bandar  ini terdapat gedung pertunjukan  tarian tradisional Apsara, pusat cenderamata, kilang kain sutera, sawah padi di perkampungan, desa nelayan, dan suaka burung berhampiran tasik/danau Tonle Sap. Lapangan terbang antarabangsa Siem Reap menghubungkan bandar ini dengan dunia luar.

Kata Siem Reap berarti 'Kekalahan Siam' — kini Thailand— dan merujuk pada permusuhan dan pertumpahan darah selama berabad-abad, peristiwa yang diperingati dalam ukiran relief dan monumen. Nama ini juga dapat diterjemahkan sebagai 'Kegemilangan Siam', kerana, selama 500 tahun sebelum peperangan, kota ini menjadi jalan utama dari Kemboja kuno menuju Thailand (Siam ketika itu)
Pada 1901 Ã‰cole Française d'Extrême Orient (EFEO) mula menghubungkaitkan dengan Angkor apabila beliau mula menerokai kembara  ekspedisi memasuki Siam dan Bayon. Pada 1907 Angkor, yang telah direbut daripada Siam dengan paksa, dikembalikan kepada Kemboja. EFEO bertanggungjawab membersihkan situs purbakala ini daripada cengkeraman hutan. Pada tahun yang sama pelancong pertama tiba di Angkor dan sejumlah 200 orang pelancong  yang tinggal di Angkor selama tiga bulan. Angkor kembali diselamatkan dari hutan dan mendapat perhatian dunia.

Penari tradisional di Siem Reap yang menjadi pusat pelancongan.
Pada saat ditemukan oleh penjelajah Perancis pada abad ke-19, Siem Reap hanyalah berupa desa sederhana. Dengan dikuasainya Angkor oleh Perancis pada 1907, Siem Reap mulai berkembang dan menerima gelombang pelancong pertamanya. Grand Hotel d'Angkordibuka tahun 1929 dan candi-candi di Angkor menjadi salah satu daya tarik pelancongan Asia utama hingga akhir 1960-an.

 Tokoh terkenal seperti Charlie Chaplin dan Jackie Kennedy, adalah mereka yang pernah mengunjungi Angkor. Pada 1975, sebahagian  besar penduduk kota Siem Reap, bersama seluruh penduduk kota lainnya di Kemboja dianiayai kejam oleh komunis Khmer Merah yang mana baki penduduknya menyelamatkan diri dan tinggal di kawasan kampung pedalaman.
Seluruh negara dan rakyat Kemboja menderita di bawah rejim kejam Khmer Merah. Hingga sejak misi keamanan PBB dan kematian Pol Pot pada 1998 barulah  keamanan mulai terserlah dan membangkitkan industri pelancongan yang sangat penting untuk memulihkan Kemboja. Maka setelah sekian lama sepi Siem Reap mulai bangkit sejak pertengahan 1990-an.
Kini, Siem Reap adalah kota atau bandar yang paling pesat pertumbuhannya di Kemboja sebagai kota kecil yang menawan tempat singgah sebelum mengunjungi  candi-candi terkenal (bagi yang bukan lslam) di Angkor. Daya tarik  Angkor menyebabkan Siem Reap telah bangkit menjadi pusat pelancongan utama di kawasan ini yang mana menjadi kota yang hidup dengan dipenuhi hotel dan tarikan pelancongan lainnya khususnya dari Barat. (TB)

Nota: Tasik Besar Tonle Sap ialah sebuah tasik terbesar di Asia.

15 Januari 2013

JPA OH JPA...


BEKAS  Pengarah Veterinar negeri, Datuk Dr. Noor Soeraya Norsham dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat tuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan gred jawatan antara 2009 hingga 2011.

Hakim Datin Nursinah Adzmi membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mengikut pertuduhan, Noor Soeraya, 39, didakwa menyerahkan dokumen palsu bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun untuk pegawai Gred G48, G52 dan G54 itu kepada Pegawai Pembantu Tadbir di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Siti Norhayati Md. Yusof antara 16 Mac 2009 dan 24 Julai 2011 melibatkan wang sebanyak RM50,314.69.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika memangku jawatan Gred G44 di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Jalan Pantai dan di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan.

Nursinah dalam penghakimannya berkata, walaupun jelas surat dikeluarkan itu palsu namun pihak pendakwaan gagal membuktikan dokumen berkenaan dipalsukan oleh tertuduh. (sumber: UM,15/01/13)


TB: DUKACITA juga kes  seperti ini boleh terjadi dan menjadi isu gempar negara suatu ketika dahulu.Semuanya gara-gara bersikap tamak haloba dan mahu mengejar glamour dan populariti dengan cepat serta  lebih bersikap kebendaan. 

TB tetap yakin bahawa Dr Veterinar Noor Soeraya masih waras dan TB yakin ilmu yang dipelajarinya sejak kecil boleh membantu dirinya untuk mengerti dan memahami erti kehidupan masa hadapan dengan lebih bermakna. 

Bagi TB ini juga suatu kelemahan  mekanisme dalam aspek pengurusan peringkat bawahan dan tertinggi. Bayangkanlah ironisnya menurut hakim Datin Nursinah dalam penghakimannya bahawa jelas surat/dokumen yang dikemukakan oleh Dr Noor Soeraya bagi tujuan pelarasan gaji dan elaun untuk gred 48,52,54 adalah PALSU tetapi pihak pendakwaan gagal membuktikannya. Jika benar PALSU apakah tidak ada cara saintifik untuk membuktikan ketulenan atau kepalsuannya. 

Apa kata JPA dalam isu ini? Apakah pihak pendakwa 'tidak mahu memanjangkan isu ini kerana akan melibatkan pihak atas yang saling kait berkait'? Bagi TB, apakah JPA berlaku adil kepada penjawat awam lain yang terpaksa bertungkus-lumus bekerja untuk meningkatkan prestasi bagi kenaikan pangkat tetapi gagal menikmatinya kerana menjadi mangsa banyak faktor? 

Adakah JPA tergamak melihat nasib penjawat awam lain terpaksa menanti tahun demi tahun bagi tempoh tertentu (time-based) tetapi ada penjawat awam lain dengan 'surat palsu' boleh menikmti kenaikan pangkat dan gaji+elaun dengan cepat? Apa komen Ceupacs dalam isu ini? Apappun keputusan mahkamah tetap kita hormati dan patuhi demi kedaulatan undang-undang. Biarlah masa yang akan menentukannya. (TB)

14 Januari 2013

SYABAS CUEPACS...


KERAJAAN perlu mengkaji semula elaun kerja lebih masa sebanyak RM300 yang dibayar kepada kakitangan badan beruniform supaya selaras dengan kos hidup dan beban kerja semasa.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, elaun berkenaan dilihat tidak setimpal dengan bidang tugas kakitangan badan beruniform di negara ini yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan memerlukan mereka bekerja di luar waktu kerja.

Malah menurutnya, pelaksanaan kerja lebih masa ini juga perlu disusun semula demi tujuan penyelarasan cuti bagi semua kakitangan badan beruniform

“Elaun kerja lebih masa yang dihadkan sebanyak RM30 dilihat telah lari daripada dasar buruh antarabangsa berikutan kakitangan badan berunfirorm ini tergolong dalam kumpulan Gred 1 hingga 40. Jadi mereke memang layak untuk bekerja lebih masa tanpa had; bukannya dari 8 pagi hingga 5 petang.

“Lebih-lebih lagi dengan ahli kumpulan badan beruniform ini yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang. Perlu diambil kira dari segi kebajikan, keselamatan, beban tugas serta risiko bahaya yang bakal mereka hadapi ketika bertugas,” .

Kerajaan telah membentuk satu suruhanjaya mengkaji penambahbaikan sistem saraan perkhidmatan awam. Laporannya dijangka diumumkan awal tahun ini.

Omar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Dialog Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kuala Kangsar di Stesen Timbang JPJ di sini.

Sementara itu, Omar mencadangkan agar stesen timbang JPJ berkenaan dinaik taraf dengan menyediakan perkhidmatan memperbaharui lesen memandu, cukai jalan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Katanya, selain memberi kemudahan kepada penduduk sekitar, ia juga bakal menjadikan stesen berkenaan lebih komprehensif.

“Kita cadangkan agar cawangan JPJ di sini dinaikkan taraf sebagai cawangan penambahan bagi tujuan memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan.

“Kita juga difahamkan pada hari ini, orang ramai terpaksa datang ke Ipoh atau Gerik bagi berurusan mengenai perkara berkenaan,” katanya lagi.(sumber: SH, 14/01/13)

13 Januari 2013

FENOMENA KERANG BERACUN





DIKENALI sebagai Negeri Di Bawah Bayu disebabkan kedudukannya yang berada di luar zon ribut yang sering melanda utara perairannya, Sabah sememangnya sebuah negeri yang unik.
Ia terletak di utara kepulauan Borneo, iaitu pulau ketiga terbesar di dunia selain diliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi.

Melihat aspek geografinya, Sabah memiliki pantai sepanjang 14,400 kilometer di samping keindahan lebih 40 buah pulau yang menghiasi sekelilingnya.
Dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di timur laut dan Laut Sulawesi di sebelah selatan, sewajarnya perairan Sabah dihuni pelbagai hidupan laut yang penuh misteri.

Dari aspek positif, kelebihan itu menjadikan Sabah sebuah destinasi pelancongan air yang wajib dikunjungi, ditambah dengan variasi makanan laut yang tiada batasan.



Bagaimanapun, kehadiran sejenis mikroorganisma di perairan Sabah yang hidup bebas dan telah dikesan sejak tahun 1976 membawa kepada cerita yang menakutkan.
Dengan saiz 25 mikrometer dan hanya boleh dilihat menerusi mikroskop, hidupan ini, Pyrodinium bahamense var compressum mampu mencetuskan fenomena air merah sehingga dianggap sebagai pembunuh senyap kepada nyawa manusia.

Dalam fenomena terbaharu, dua kematian dilaporkan di Sepanggar, Sabah dipercayai akibat keracunan selepas memakan kerang yang dicemari toksik yang berpunca daripada fenomena air merah yang bermula dua bulan lalu.

Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Rayner Stuel Galid berkata, Pyrodinium bahamense var compressum merupakan plankton mikroskopik yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Katanya, apabila spesies beracun itu telah mencapai satu jumlah yang besar, air laut akan membentuk tompok-tompok merah yang akhirnya dikenali sebagai fenomena air merah atau red tide.

"Mengikut rekod Jabatan Perikanan Sabah, plankton ini dikesan buat pertama kali pada tahun 1976 dengan 202 kes keracunan kerang paralitik dan telah mengakibatkan tujuh kematian.
"Mikroorganisma yang juga pengeluar racun atau toksik kumpulan keracunan kerang-kerangan paralitik ini menyerang hidupan laut terutamanya hidupan jenis kerang-kerangan selain ikan-ikan pelagik," katanya.
Antara kerang-kerangan yang disahkan beracun semasa fenomena ini ialah kerang, kupang, siput sudu, tiram, remis dan siput tarik.

Hakikatnya kata Rayner, kejadian air merah biasa berlaku di perairan pantai barat meliputi perairan Kudat di bahagian utara Sabah sehinggalah ke Labuan.


Ia berlaku secara bermusim iaitu pada penghujung tahun dan awal tahun. Fenomena ini biasa terjadi selepas hujan lebat pada musim kemarau atau kesan daripada suhu rendah berpanjangan sepanjang musim hujan.
"Air laut akan kelihatan berwarna merah kecoklatan akibat ledakan pertumbuhan dinoflagellate bertoksik kerana pertambahan nutrien dalam air laut," ujar Rayner.

Justeru kata beliau, segala bentuk kerang-kerangan selain ikan pelagik seperti ikan tamban dan ikan basung adalah antara hidupan yang dicemari.
"Pada masa 30 minit pertama, mangsa yang memakan hidupan laut yang telah dicemari akan berasa kebas pada bibir, muka dan seterusnya bahagian leher.

"Mangsa juga akan berasa seperti dicucuk jarum di hujung jari tangan dan kaki, sakit kepala, pening, muntah dan cirit-birit," jelasnya.
Bagi kes yang teruk, ujar beliau, mangsa akan mengalami kelumpuhan otot, sukar bernafas dan rasa tercekik.

"Dalam kes yang sangat serius, kematian boleh berlaku dalam masa dua hingga 23 jam kerana sistem pernafasan menjadi lumpuh dan jantung tidak berfungsi," tambahnya.
Dalam pada itu, menjawab persoalan mengapa hanya sebilangan hidup laut yang menjadi toksin dalam fenomena air merah, beliau menjelaskan, ia berhubung kait dengan sistem pemakanan hidupan laut itu selain jenis ikan pemakan plankton.


"Plankton yang toksin akan terkumpul dalam organ hidupan laut itu semasa proses penapisan makanan. Apabila hidupan laut itu dimakan pula oleh manusia, toksik itu berpindah masuk ke dalam tubuh manusia sekali gus memudaratkan kesihatan," jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Makmal Ride Tide, Jabatan Perikanan Sabah, Ainah Poyong menjelaskan, apabila analisis toksin dalam kerang-kerangan menunjukkan keputusan 400 unit Mouse (MU), maka satu pengumuman setempat akan dibuat melibatkan kawasan terbabit sahaja.


JIKA jari kaki berasa seperti dicucuk jarum selepas menikmati hidangan laut, anda mungkin telah terkena racun.



"400MU itu dianggap had terendah kepada tahap berbahaya untuk manusia. Namun, jika analisis toksin mendapati kandungan telah melebihi 400MU, maka satu pengumuman awam akan dilakukan," katanya.

Untuk rekod, katanya, analisis toksin ke atas beberapa contoh kerang-kerangan yang dibuat baru-baru ini menunjukkan peringkat setinggi 6,900MU di kawasan Putatan, 4,010MU (Papar) dan 3,300MU di Tuaran.
"Pihak kami menjalankan dua kaedah pemantauan untuk mengenal pasti kandungan toksin ini iaitu menerusi sampel kerang-kerangan dan ikan-ikan pelagik serta sampel air laut.

"Pemantauan akan dibuat sepanjang tahun iaitu sekali dalam tempoh dua minggu," ujar Ainah yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam mengendalikan kes air merah.
Tambahnya, isi kerang-kerangan dan sampel air yang diambil dari perairan laut akan dibawa ke makmal untuk diekstrak bagi menentukan kandungan toksin.

"Dari situ kita akan tahu kawasan mana yang mempunyai toksin yang tinggi sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak jabatan," ujarnya.
Beliau turut menjelaskan, sehingga kini belum ada bahan penawar yang khusus untuk rawatan keracunan akibat memakan kerang-kerangan.

"Langkah terbaik adalah mengelak daripada memakan semua kerang-kerangan serta ikan jenis pelagik," katanya.
 (sumber : KOSMO 13/1/2013)

11 Januari 2013

LPF KHIANATI BAHASA MELAYU?

TB terima aduan daripada seorang pembaca berhubung dengan elemen secara halus yang sedang berlaku bagi menunjukkan rasa tidak hormat mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita Malaysia.Beliau bertanya 'adakah syarat tayang wajib kepada filem-filem bukan berbahasa Melayu di pawagam-pawagam di Malaysia yang wajib ada sarikata Bahasa Melayu telah dilonggarkan kerajaan khususnya di Lembaga Penapis Filem (LPF)?

TB faham lantaran TB dan beliau juga berasa amat sedih kerana senario ini mencerminkan sikap memperlekehkan dan tidak prihatin terhadap kedudukan bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pembaca tersebut telah memberitahu bukti sebagaimana yang terjadi ke atas penayangan filem Hindi yang ditayangkan di pawagam Capsquare,Kuala Lumpur baru-baru ini, 'KHILADI 786' dan 'DABANG' yang mana filem-filem tersebut tanpa sarikata Bahasa Melayu.Justeru apakah reaksi atau tindakan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang kini diterajui oleh Ketua Pengarah barunya, Dr Awang Sariyan dalam menangani isu ini? Adakah LPF tidak peka dan mengambil  mudah soal bahasa kebangsaan kita? (TB)

05 Januari 2013

HJ HASSAN TOPIT, DATUK YUSOF OTHMAN & RASHID DOGOL

KISAH tiga sahabat lama (dan boleh juga diperbaharui lagi) yang asalnya anak kelahiran bumi Melaka yang mahu TB ceritakan sepintas lalu ialah tentang betapa dunia ini yang luas terbentang tetapi kecil jua akibat usia perjalanan hidup yag dilewati. Dengan dipanjang usia; ketiga-tiga sahabat lama TB ini telah mengukir kejayaan demi kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan berkeluarga.

HJ Hassan Topit yang TB 'tersua' ketika sambutan Hari Guru Kebangsaan di Johor Baharu, Johor pada tahun 2006. Sebenarnya mulai tahun 2006, TB tidak lagi turut berada dalam senarai Jawatankuasa lnduk Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan seperti tahun-tahun sebelumnya kerana TB tidak bersama KPM lagi tetapi terus menabur bakti dan berjuang dalam dunia pendidikan di gelanggang yang lain.Bayangkan kami tidak bertemu hampir 30 tahun! Raut fizikalnya yang jauh berubah namun suara dan gelagat kelakarnya dan sikap 'friendly' tetap terpancar kekal mesra.TB dibawa bersua Hj.Hassan melalui teman lama juga, Cikgu Roslan yang bertugas di Jabatan Pelajaran Johor,JB.

Bersandarkan profil diri atau biodata dalam blognya 'Cetusan Minda' Hj Hassan telah meniti dari satu tahap ke satu tahap; baik dalam bidang akademik mahupun tanggungjawab dan kewajipan dalam kerjaya perguruan. Dipendekkan cerita, Hj Hassan sebenarnya adalah sahabat semaktab TB semasa kami sama-sama mengikuti kursus asas perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai (MPB/kini IPGM kampus BM) 1976-77. MPB ketika itu ialah salah sebuah maktab perguruan yang ternama, berprestij dan berwibawa setanding MPSI/SITC (kini UPSI) khususnya dalam bidang kebahasaan, kebudayaan dan kesusasteraan.TB masih ingat kami ketika itu kami sibuk dengan fesyen seluar 'bell-bottom' dengan rambut panjang ala-Bruce Lee. Banyak cerita,kisah suka duka ketika di MPB; insya-Allah TB akan tulis dalam memoir lain; termasuk TB terpaksa 'menukarkan nama' TB sebanyak 3 kali. Khabarnya Hj Hassan telah pulang ke Melaka; dan menjawat sebagai Pengetua (Cemerlang) di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Melaka. Tahniah!

Datuk Yusof Othman yang TB tidak temui semenjak kami memperoleh ijazah pertama di UPM Serdang pada era 1980-an lalu.TB hanya mendengar khabar tentang beliau dari teman-teman bahawa beliau bertugas sebagai guru di Melaka. Bintang beliau cerah ketika khidmatnya ditabur di bumi kelahirannya,Melaka. TB cuma dapat berita mengenai kejayaan demi kejayaan Yusof daripada sahabat TB, Cikgu Abu Bakar Presiden KPPK/NUTP yang juga berkhidmat di Melaka ketika itu.Tahniah! Yusof semasa kami sekelas berkuliah di UPM dahulu seorang yang pendiam tetapi mudah serius dan tersenyum. Sesekali beliau berhujah dalam bilik kuliah mahupun tutorial terasa 'panas' dan pedas juga.Lantaran kemalangan yang dialami semasa belajar di UPM dahulu (kakinya terpaksa disambung besi) beliau agak terbatas mahu bergerak. Kadangkala kelihatan beliau menumpang motosikal atau kereta kawan.Apapun Yusof agak selesa berjalan kaki yang mana mungkin mahu menjalani terapi kakinya.

Begitulah Datuk Yusof Othman, tuah ayam boleh dilihat tetapi tuahnya Allah telah mengurniakannya dengan pelbagai kejayaan.Jawatan akhir beliau sebelum bersara pada tahun lepas 2012 (mengikut sumber yang TB terima)ialah sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka .Sehingga kini TB belum dapat berjumpa dengannya. Begitu juga sahabat-sahabat lama TB di Melaka seperti Abdul Rahman Awal,ldris,Jani,dan lain-lain.

Manakala Cikgu Abdul Rashid Dogol ialah rakan semaktab TB yang mengambil jurusan pengajaran Sejarah sebagai subjek major kedua,Tidak banyak maklumat tentang Rashid yang TB ketahui. Namun ketika akhir kerjayanya  (bersara wajib, tahniah!) beliau memegang jawatan Guru Besar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Selandar Melaka.TB dapat hubungi dan berjumpa dengannya di bandar Jasin,Melaka pada tahun 2011 sewaktu TB ada urusan di pejabat tanah Jasin Melaka ketika itu.Suara dan susuk tubuh Rashid tetap seperti dahulu walau wajahnya banyak berubah tidak seperti dahulu.Hahaha...Rashid tetap nampak comel; walau sudah bercucu. Baru-baru ini beliau ada menjemput TB ke rumahnya kerana majlis kenduri kahwin anak bongsunya.Sayang sekali, TB tidak dapat menghadiri kerana ketika itu berada di UGM, Jogyakarta,lndonesia.

Begitulah kisah tiga (3) sahabat yang terus mengikut putaran hidup dan kehidupan. Kegigihan dan kejayaan kalian semoga menjadi contoh anak-anak Melayu yang lain khususnya para guru zaman ini yang banyak memperoleh 'durian runtuh' dan pelbagai kemudahan hasil perjuangan para pendidik masa lalu. Salam perjuangan! (TB:emel: dr_rajieehadi@yahoo.com)

04 Januari 2013

PERDANA MENTERI MALAYSIA PRU 13: JANGAN MENANG SORAK LAGI....



 JANGAN beri peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun jika tidak mahu melihat negara dimusnahkan.

Itulah ingatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika rakyat mula meramal tarikh pilihan raya yang semakin hampir kerana tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada April depan. 
Beliau yang memerintah negara selama 22 tahun, berkata Anwar tidak boleh diberikan ruang memerintah kerana ia berbahaya kepada negara yang akan membawa banyak kemusnahan dalam tempoh berkenaan


Dr Mahathir menegaskan pakatan pembangkang yang diketuai Anwar akan menggunakan apa saja bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tidak kembali berkuasa, malah pegawai kerajaan akan digunakan untuk ‘gemparkan’ bagi menakutkan sesiapa saja yang cuba mengubah kembali kerajaan.

“Sekarang ini pun, kita lihat individu (Anwar) yang mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi mengambil tindakan saman untuk menutup mulut pengkritiknya.

“Kuasa lain dalam kerajaan juga akan disalahgunakan. Nepotisme dan kronisme akan berlaku seperti dalam parti beliau (Anwar) ketuai,” katanya dalam entri terkini bertajuk ‘Perubahan’ dalam blog chedet.cc semalam. 
Justeru, Dr Mahathir meminta rakyat membandingkan rekod cemerlang BN sepanjang memerintah negara dengan rekod Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, terutama ketika ketika Krisis Kewangan 1997-


“Bank dan syarikat berdepan ancaman muflis kerana hutang tak berbayar. Kos import meningkat, begitu juga kos hidup. Rekod Menteri Kewangan ketika itu amat teruk dan mempunyai kecenderungan mendakwa kejayaan individu lain sebagai kejayaannya. PNB (Permodalan Nasional Berhad), UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan Perbankan Islam adalah sebahagian dakwaan itu.

“Sekarang sebagai ketua pembangkang beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan baik yang beliau bawa ketika berada dalam kerajaan? Apa yang menjadi minatnya (ketika itu) adalah untuk naik dalam UMNO dan menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun,” kata Mahathir


Beliau juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji perubahan yang dicanangkan pakatan pembangkang untuk memerintah negara.

Katanya, mereka hanya meniru janji perubahan yang dibawa Barack Obama dalam kempen Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi menarik sokongan pengundi.(sumber: BH,4/1/13)