Salam Perjuangan

22 Oktober 2011

PPSMI : WUJUDKAN AKTA MANSUH

PERSATUAN Pengamal Pendidikan Malaysia (Pendidik/PPPM) tetap dan berterusan menyokong penuh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang telah muktamad dengan keputusan sebulat suara memansuhkan PPSMI. Pendidik menganggap isu tersebut telah lama selesai . Jika ada individu/pihak yang mengungkit bersedialah berhadapan dengan GMP.

Apakah perlu dijadikan akta pemansuhan PPSMI? Sama-samalah kita fikirkan. Jika akta tidak perlu kerana telah sedia ada banyak akta dan dasar maka KETEGASAN yang tiada tolok banding amat perlu pada saat ini tatkala banyak pihak yang cuba mengganggu-gugat masa depan dan maruah bahasa kebangsaan kita.Pendidik tidak mahu ; 'rumah sudah siap, pahat masih berbunyi' dan 'tidak tahu menari, dikatakan tanah tinggi rendah'.Pemansuhan PPSMl telah diputuskan oleh para sarjana yang berwibawa kerana ;hanya jauhari yang kenal manikam'.(TB).

Tiada ulasan: