BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.
07 Oktober 2011
PEMAJU AMAL TAKTIK KOTOR : HARGA RUMAH MELAMBUNG GILA
HARGA rumah yang melambung tinggi sehingga melebihi setengah juta ringgit dilihat seakan fenomena biasa di sekitar Lembah Klang.
Jika 10 tahun lepas, rumah teres dua tingkat boleh dibeli dengan harga sekitar RM200,000 untuk kawasan-kawasan di pinggir bandar Kuala Lumpur, kini ia seumpama mimpi.
Harga rumah didapati terus meningkat dengan pantasnya sehingga mencecah angka yang sudah tentu tidak mampu dicapai oleh kebanya kan bakal pembeli yang berpendapatan sederhana terutama golongan muda.
Apakah sebabnya? Adakah ini menunjukkan penduduk di Lembah Klang telah meningkat pendapatan mereka atau ada pihak yang ingin mengaut keuntungan cepat?
Antara kaedah yang digunakan untuk memastikan harga rumah naik dengan cepat ialah menggunakan taktik menyimpan unit tertentu sebelum projek perumahan dilancarkan secara rasmi.
Usaha itu mencapai kejayaan berdasarkan kerjasama yang baik antara pemaju dan spekulator untuk melonjakkan harga pasaran.
Mengikut ‘peraturan’ tersebut, jika mahu mendapatkan pilihan terbaik, pembeli terpaksa akur dengan harga yang ditawarkan biarpun pada kadar lebih tinggi.
Perkara tersebut didedahkan oleh Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.(UM , 07/10/11)
Ketika kerajaan berusaha menyediakan skim rumah mampu milik yang mahu mamastikan rakyat dapat memiliki rumah sendiri, terdapat trend di kalangan pemaju perumahan swasta terutama di kawasan bandar besar seolah-olah saling berlumba meletakkan harga rumah pada harga yang tinggi.
Akibatnya, harga rumah yang dimajukan oleh pemaju swasta melonjak tinggi. Ia diburukkan lagi oleh spekulator yang berusaha mengaut untung sebanyak mungkin selagi harga rumah boleh dilonjakkan.
Justeru tidak hairanlah apabila kita mendapati harga rumah berkembar di pinggir ibu negara misalnya teah mencecah lebih sejuta ringgit.
Keadaan itu sudah pasti akan mengehadkan capaian pembelian oleh masyarakat kecuali mereka yang benar-benar berkemampuan.
Keadaan tersebut perlu dikawal. Sekalipun masih terdapat permintaan terhadap rumah yang mahal itu, satu mekanisme perlu diwujudkan supaya harga rumah tidak terlalu melambung tinggi daripada harga yang sepatutnya. Rumah pun perlu ada harga patut!
Kawal selia harga rumah supaya berada dalam kadar yang lebih munasabah di pasaran bebas akan membantu menyegerakan pemilikan rumah di kalangan rakyat.
Para pemaju perlulah mengambil kira juga hasrat kerajaan dalam soal pemilikan rumah di kalangan rakyat dan bersama-sama menjayakannya tanpa perlupun mengorbankan keuntungan daripada projek perumahan mereka. (Awang Selamat, UM, 07/10/11)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan