Salam Perjuangan

05 Oktober 2011

TUAN PATIK DILANJUTKAN USIA

AZRINAZ  Mazhar Hakim statusnya kini ialah bekas isteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei, dengan gelaran ketika itu, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar.  Beliau merupakan bekas wartawan TV3 Malaysia.


'Naz' merupakan lulusan  jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999.  Beliau muncul dalam Buletin Pagi TV3 Beita Terkini dan Buletin 1:30.
Gambar Hiasan ( sumber:limauais.com)




Beliau terpilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM 2002.  Azrinaz lahir pada 23 September 1979 di Kuala Lumpur, Malaysia.  Beliau merupakan anak kepada Hakim Mazhar Mohd. Johar dan ibunya Fauziah Abdullah Mansoor.




Azrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei pada 20 Ogos 2005 di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai dua anak iaitu:
- Pangiran Muda Abdul Wakeel (lahir 1 Jun 2006)
- Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah (lahir 28 Januari 2008)


Antara madu Azrinaz ialah Raja isteri Pangiran Anak Hajah Saleha dan Mariam Abdul Aziz.  Pada 16 Jun 2010, Sultan Hassanal Bolkiah (63) menceraikan isteri keduanua Azrinaz Mazhar Hakim (26) dengan talak satu.  Berita itu disahkan melalui Radio Televisyen Brunei dan laman web.  Gelaran diraja Brunei 'Yang Teramat Mulia Pengiran' dan lain-lain gelaran ditarik balik. Apapun sama-sama kita berdoa agar beliau bertemu jodoh lagi pada suatu ketika.Apatah lagi kelahiran,kematian,rezeki dan jodoh adalah kententuan Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Tiada ulasan: