Salam Perjuangan

28 Oktober 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia: Sila Jawab lsu YTL

TB terima sms yang memetik daripada akhbar The Star, Friday 28th Oct.2011 yang melaporkan "YTL Comms to win bid". Menurut sms tersebut apa yang menarik ialah YTL ialah sebuah syarikat milik bukan Melayu yang diwawarkan memenangi tender untuk menjalankan projek1 Bestarinet yang akan menghubungkan 9924 sekolah satu Malaysia yang bernilai RM1.5 bilion.

Apa yang menarik, projek ini akan menyediakan saluran internet dan pembelajaran virtual  (internet acces and virtual learning) selama 15 tahun! Sehubungan ini beberapa penganalisis industri melahirkan dan menunjukkan kehairanan dan amat terkejut mengapa dan bagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boeh memilih YTL daripada syarikat-syarikat lain seperti TM, Timedotcom, Maxis dan Celcom yang ternyata terbabit terus dalam bidang telekomomunikasi dan lCT 'fibre' seperti TM.

Apa yang membimbangkan menurut seorang informer apabila projek ini berjalan syarikat ini akan dapat menembusi maklumat-maklumat strategik mengenai diri pelajar, ibu bapa, tempat kerja, pendapatan ibu bapa dan apa-apa perkara yang berkaitan soal keselamatan.,demografi dan politik negara.

Persoalannya adakah YTL memperoleh 'lorong hijau' kerana ada 'orang atas' yang menolongnya atau bertindak sebagai 'pelincir'? Justeru adalah baiknya pihak KPM memberi penjelasan beberapa persoalan di atas dengan penuh integriti dan telus agar  tidak banyak disalahtafsirkan oleh orang awam dan demi keselamatan orang awam juga.

Tiada ulasan: