Salam Perjuangan

18 Oktober 2011

PPSMI: GMP SERU NGO BERSATU

GERAKAN Mansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan pertemuan dengan lebih daripada 148 NGO (Badan Bukan Kerajaan) di bawah satu gabungan padu dan bersatu pada hari Sabtu ini, 22 oktober 2011 petang di Madrasah Tarbiah Kampung Bandar Dalam  Gombak, Kuala Lumpur bagi  membincangkan secara khusus isu PPSMI yang kini hangat diperkatakan lagi oleh sekelompok golongan yang tidak memahaminya.

Diharapkan semua NGO gabungan dapat hadir ke pertemuan penting ini. Mana-mana NGO yang turut menyokong sila hadir menghantar dengan dua wakil pertubuhan ke pertemuan ini.
Sama-sama kita bersatu dan berjuang untuk masa depan Malaysia tercinta. (TB).

Tiada ulasan: